Posts

Showing posts from December, 2011

Jetlag ku sayang.

Image
As salam. Tabik spring la weh kpd semua cabin crew kat seluruh pelosok dunia nih. Tak kira la walau di mana anda berada. Atau kat airlines mana yg korang kerja. Dan tak kira la walaupun korang actually tak pernah baca pon blog rojak aku nih.. Sebabnya? Korang memang power rangers semuanya. Tahan jetlag dalam hidup korang. Kejap kat Thailand. Tak lama lagi dah kat India. Lepas tu ada pulak kat Australia. Sebelum terbang lagi ke USA. Mak ai... Macamana la korang bleh tahan? Dah la kena maintain muka manis depan penumpang. Jadinya, tahniah la kat korang, ya? Tengok la aku. Pukul 4.41 pagi duk melangut lagi tulis blog. Dah abis zikir round kat tasbih, tetap mataku tak mau lelap. Lemau abis satu badan. Lemah abis segenap urat saraf. Dimamah fenomena jetlag. Ditambah dgn aku terlelap atas sejadah lepas solat Maghrib. Dan sebelumnya, secawan capuccino di Subway masa teman mak, junior dan bibik makan sandwich masing2 kat Jusco Setiawangsa. Tapi tak relevan, kot. Sebab lps maghrib tu boleh je...

Di Hujung Dunia

As salam. Sejak dua menjak tiga menjak ni payah nak tulis blog. Takut terluah banyak rahsia, boleh? Tak pun, sebab banyak yang dah tak lagi jadi rahsia. Pada dasarnya, at least. Tinggal lagi, dah lama sangat tak menulis ni jadi macam biul sikit ler, bermonolog dengan perasaan. Sampai berjalan pon terasa macam tak pijak bumi. Jadi, molek juga hamba membariskan kata-kata di hujung tinta, agar tenang jiwa dan raga. Boleh, tuan hamba? Aku ni workaholic. Semua yang rapat dengan aku tau. Perfectionist pulak tu, teruk betul kombinasinya. Kedua-duanya jadi parah setiapkali nak pergi bercuti, semasa bercuti dan selepas bercuti. Cuma lately jadi ok sikit la, Alhamdulillah. Sebab aku dah pandai relax. Konon la, kan? Sebenarnya lebih kepada berhati-hati. Sayangkan tekanan darah dan jantung, terpaksa la.. Tak pasal-pasal karang jejaskan kesihatan. Ish... Tak mau la! Lagipun, sebagai langkah utama melambatkan proses kedutan di muka. Kan? Masuk hari ni dah lebih seminggu aku di perantauan. Menimb...