Ikan Siakap Stim Ma'al Hijrah
Assalamu'alaikum. Hari ni cuti sempena Ma'al Hijrah, aku tak gi mana-mana pun, duk rumah je. Bangun seawal 5 pagi, mulakan hari dengan produktif, sesuai dengan permulaan Tahun Baru Hijrah. Ambik segala supplement, makan nasi impit sambal ikan yang mak buat malam tadi, minum kopi sambil lepak borak-borak kosong dengan mak. Ni ha semuanya aku letakkan atas Lazy Susan yang aku buat sendiri dengan menggunakan barang-barang dari Mr. DIY. Duk pelan-pelan update blog sambil teman mak tengok siaran langsung Majlis Sambutan Ma'al Hijrah dalam TV, habis jugak 1 mug kopi yang sangat best dan dalam masa yang sama, rendam kaki dengan air garam laut mati. Divine...! Sekali mak sound, dah dekat pukul 11 awak nak masak apa hari ni? Terbantut segala rasa divine tadi, tetiba kembali ke alam realiti. Ha'ah kan? Nanti cik abang balik beriadah aku nak hidang apa? Bibik duk bercinta lagi kulu kilir buat keja sana sikit, tinggal... Buat keja sini sikit, tinggal. Bila aku ...