Posts

Showing posts from July, 2016

Shawl Stories ~ Tudung 4 Segi (Bawal)

Image
Assalamu'alaikum. It's a noisy weekend by far at my end, how about yours? Seawal jam 6.30am aku mulakan hari dengan mengayuh basikal statik pujaan hatiku itu, rindu pulak nak exercise (tipu). Bukan tak tahu risiko paling besar lepas bulan puasa dan sepanjang 'minggu rumah terbuka' kat Lembah Kelang ni, lagi mahu tanya! Ini pun tengah mencongak-congak nak pergi ke tidak open house kat Datuk Keramat tengahari nanti. Dah jiran pulak jemput majlis aqiqah cucu dia, pun waktu yang sama. Itu confirm kambing akan ada depan muka, takkan nak nyanyi saje, mesti sedap makan..!  Panjang pulak intro kali ni, ya? Itulah, terlebih produktif kadang-kadang manusia ni. Aku nak borak pasal tudung bawal sebenarnya. Sekarang aku dilanda 'badai bawal', empunya badan sendiri pun tak pasti kenapa. Faktor cuaca, aku rasa. Ye la, bawal kan kainnya lembut dan sejuk. Warna pun manis-manis puding mangga gitu.. Sesuai nak dipadankan dengan segala jenis baju. Aku start pakai masa minggu k...

Never-Ending Shawl Stories ~ Inspirasi Elfira Loy

Image
Assalamu'alaikum. Shawl-styling is a work in (constant) progress, don't you guys agree? At least that's how I see it, from my humble glasses. Cuma bagi aku, tengok mood dan keadaan, selalunya lilit je la shawl ikut cara yang paling suaimanfaat, a.k.a sesedap oren. Nak cepat sangat, pakai inner dan selempang shawl, terus jalan. Situasi macam tu selalunya berlaku sebelah malam ataupun saat-saat genting yang mana aku dihambat waktu bak bom jangka. Lately aku banyak waktu terluang, nikmat manakah yang boleh aku dustakan? Alhamdulillah. Sebelum datang waktu-waktu puncak yang merempit kitaran jam, moleklah kita berlenggang-lenggang kangkung belajar lilit shawl cara terkini. Padahal orang lain dah makan tahun pun lilit shawl style 'Elfira Loy' bagai, aku je takde mood nak ambik port.  Satu malam tu aku terlebih minum kopi, mata dah segar-bugar, tengok budak-budak muda duk upload dalam instagram OOTD lebaran, teringin pulak try lilit shawl macam depa. So, a...

WW ~ Paint of Love

Image
Location: Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Date: 17th July, 2016 (Sunday) (12th Syawal 1437 Hijrah)  ~ Nai at Tak Pe Je.

Kisah Selepas Raya : Hidup Mesti Terus

Image
Assalamu'alaikum. Lepas cuti raya, apa yang terjadi kepada kita semua? Berat langkah kaki, berat hati dan berat badan nak kembali berkuliah ataupun bekerja! Heheheh. Agaknya  itulah salah satu daripada hikmah saranan berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal. Takde la kita jadi macam orang kebulur bila tengok makanan ataupun tak cukup haribulan bila nikmati makanan. Dan takde la kita kembali kepada fitrah dengan nafsu yang tak terkawal, takde la kita malas dan hilang fokus segala bagai.. Anyways, aku balik KL pagi hari Isnin, kebetulan sekolah Junior bukak hari Selasa. Kira kasi peluang la kat dia melepaskan rindu dendam main game dan mercun sampai lebam dengan sepupu-sepapat pujaan hatinya. Adik-adik pun pakat ambik half-day ataupun Emergency Leave, suka hati depa la kan. Aku ni pulak kerja memang sentiasa on walaupun kononnya bercuti ke beraya ke, standby dan on the go. Sebelum bergerak ke KL pun aku sempat check dan vet satu afidavit melalui telegram. Takde life, kan? Itul...

WW ~ Celebrating Spotlight On The Nose

Image
P/S: To Err Is Human. I'm full of flaws and so are you.  ~ Nai at Tak Pe Je.

Raya Selagi Terdaya, Recycle Baju Cotton.

Image
Assalamu'alaikum. Katanya ada entry sampai raya ketiga je, kan? Betul la, setakat hari entry pertama dan kedua dimuatnaik. Raya kedua tu mak dan adik-adik balik Terengganu, beraya kat sana pulak. Kami tiga beranak tak ikut, lepak je kat Temerloh dengan bibik sekali. Itu yang masa bagai terhenti seketika. Raya ketiga tu lepas solat Juma'at kami bertiga pergi nak jenguk adik lelaki bongsu arwah atok, yang aku panggil 'Aboh'.  Raya pertama mak dan adik-adik dah pergi jenguk dia, tapi aku kat kampung mertua masa tu. Sayu je hati aku tengok gambar yang mak kirim kat whatsapp, tak sabar nak jumpa Aboh. Dia kena langgar lari dek mamat motor depan kedai runcit dia, memang terkutuk nak kena sambar petir la orang tu buat warga emas macam tu! Lepas tu kesihatan Aboh jadi terganggu, ye lah umur pun dah senja benar.. Logik la. Keluar masuk wad dah, aku je tak sempat-sempat nak ziarah.  Elok je aku sampai rumah dia, Aboh dah dibawa ke unit kecemasan, muntah darah...

Rumah Sukan Merah: Aidilfitri Nan Mulia

Image
Assalamu'alaikum. Oh, jangan bimbang.. aku takde entry untuk direct sebulan Syawal! Aku pakai baju raya sampai raya ke-3 je, kan aku dah bgtau kat SINI ?  Ini adalah entry untuk raya kedua, yang mana kami #rumahsukanmerah ~ suratan atau kebetulan; majoriti pakai baju warna merah. Aku dari kampung mertua, memang pakai tema merah siap-siap. Kalau Junior, dia yang pilih sendiri t-shirt lengan panjang tu seminggu sebelum raya kat Parkson. Cik abam pulak aku sengaja pilihkan warna-warna baju yang boleh match dengan baju-baju raya aku. Tapi bonda, memang kebetulan betul dia pakai baju warna merah jugak. Masa aku sampai pagi raya kedua dari Kuantan ke Temerloh, dia tengah solat dhuha. Cantik kan, dia pakai shawl? Haa... Akulah yang pakaikan.  Macam biasalah, aku nampak macam menantu dan cik abam nampak macam anak. Nasiblah.. Aku dapat gene cina Siam arwah moyang. Mak pulak dapat gene Pakistan datuk dia. Cik abam keturunan India. Kat mana Melayu aku ni? Duk sibuk nak hala...

Maaf Dihulur dan Dipinta, Selamat Hari Raya!

Image
Assalamu'alaikum. Eid Mubarak kat korang semua.. Raya sakan ke tahun ni? Aku biasa-biasa je, sederhana serba-serbi. Pakai baju raya pun sampai raya ketiga je, tak ke mana dah lepas tu. Rehatkan otak dan tenangkan jiwa, begitu..! Dua hari sebelum raya, bibik terkasih dah kacau mood aku bila dia tersilap gaya gosok baju raya. Berasap kepala aku tahan marah, memang tsunami dalam jiwa, tapi kutahan, Jebat! Tengok gambar close-up ni: overheat la seterika tu, mesti punya. Yang buat aku naik suara, bila dia duk auta kata memang dah sediakala struktur kain saree aku macam tu. Aku sikit lagi nak tonyoh kepala dia, nasib baik tengah puasa. Aku tunjuk kat dia gambar baju tu sebelum bagi dia gosok, baru dia spin cerita 360 darjah ikut jalan laut pulak, naik tongkang. Elok cantik melentik je kebarung hijau aku tu, jangan nak buat fitnah durjana gitu, salah baik mengaku je, takde la aku naik darah 30 juta kali, kan? Cik abam pujuk, ajak pegi beli yang ready made. Aku kata man...

1 Syawal 1437 Hijrah

Image
Assalamu'alaikum. Eid Mubarak, you guys.. Have a blast!  Nanti kita cerita lagi. Take care! ~ Nai at Tak Pe Je. 6th July 2016