Posts

Showing posts from June, 2024

Dari Daun Turun Ke Kaki?

Image
Salam. Punyalah gigih nak siapkan jubah dress sampai sanggup tak tidur semalaman, anak siapalah agaknya ni? Sebenarnya sebab aku start potong kain sarong santri yang aku beli dari Shopee 3 minggu lepas pukul 12 malam, tengok jam dah 4 pagi dan hampir siap tinggal sikit je lagi. Risau terlepas Subuh kalau tidur, aku lajakkan aje sampai azan berkumandang. Minum segelas air suam campur madu dan minyak zaitun, aku tidur sebelum sempat makan roti bakar sampailah azan zuhur pulak kedengaran dari Masjid Muaz.  Sejenis tak menyempat, aku terus pakai jubah dress ni ke Mitsui Outlet Sepang turun sebelum azan Asar dan sampai sana dekat 6.30pm, penuh kereta atas jalan menghala KLIA. Aku dengan bibik je kot tak shopping, kami jamu mata aje la mampu lepas solat Maghrib. Orang lain kiri kanan bimbit hasil tangkapan melontar wang segala bagai. Settle cuci mata beberapa ketika, aku sambung drive pergi ambik pakwe yang dah tunggu di Pintu 8 Balai Ketibaan KLIA. Setakat ni aku dah puas hati berjaya b...