Posts

Sepetang Di Putrajaya

Image
As salam. Hari tu band Filipino ni nyanyi lagu birthday personally kat aku. 2 guitars & a chello.  Kali ni tengok depa nyanyi lagu-lagu lain plak. Dalam banyak-banyak lagu, aku wajib la bangun + rekodkan satu lagu. Sikit je pun, sebab banyak sangat ganguan orang lalu-lalang. Waitress pun macam la tak bleh lalu kut belakang. Nak gak enter frame dengan dulang. Aku perasan, depa macam dah penat nak nyanyi. Biasa la, dah banyak sesi gamaknya. 7pm depa start show, elok lagi ceria dan sengih-sengih. Tinggalkan depa kejap, gi solat Maghrib, balik tu sampai dekat 8pm pun ok lagi. Dah hala ke hujung-hujung tu macam dah mendung plak. Semendung cuaca di Putrajaya petang tu. Any how, aku tetap suka lagu Casablanca ni,  walaupun depa nyanyi takde perasaan, tak menghayati. Bak kata budak sekolah aku, 'tak mari'. Lagu asal dari filem 1940an ni best yang amat. Kaler pun belum ada masa tu. Ingat satu hari ni kena gak tengok filem ni. Cuma ye la, flow cerita zaman lama ni lambat,...

Selamat Hari Ahad

Image
     As salam. Hari ni hujung minggu yang agak tenang. Maksudnya, takde 'campur tangan' kerja-kerja kat ofis. Aku pun bleh layan rasa kantuk melebihi jam 11 pagi. Owh sungguh heaven. Mandi cepat-cepat, turun ke dapur. Menu tengahari ni, sup tulang & daging masak merah. Sebab by the time aku buat grand entrance (cheh!) kat dapur dah pon kul 12, maka kami rakyat Malaysia pon berikrar la nak bikin lunch ready A.S.A.P. Tulang tu baru nak rebus jawabnya malam karang baru bleh empuk. Saat-saat mcm ni la aku teringin nak gi beli pressure cooker. Anyways, yang penting kena buat satu tindakan yang bleh selesaikan kerja kat dapur dalam masa yang munasabah. So, aku rebus la tulang tu dalam microwave, siap letak 2 biji kurma lagi nak bagi cepat empuk.       Aku perasan bibik duk jeling-jeling dari ekor mata, sambil tersenyum simpul. Aku rasa dia nak tanya apasal hari ni aku tak pasang lagu-lagu best dalam henfon masa masak. Sebab semalam aku buat macam tu, si...

Dulu, Kini dan Selamanya

Image
As salam. Hari ni aku tetiba terdengar lagu lama Hindi kat kedai mamak. Tak sempat nak kontrol macho, dah terluah reaksi spontan. Itu la pasal, perangai kat rumah jangan bawak ke kedai! Ish, kacau betul. Tak bleh nak tolong, weh.. Dah memang teramat sangat minat lagu tu. Bukan selalu ada peluang dengar kat kawasan aku pun. Lagipun satu-satunya kedai mamak yang aku biasa lepak, kat Pelita Ampang. Depa tak pernah la setakat ni pasang lagu Hindi pun. Agaknya sebab crowd depa multi-racial kot.. Dulu masa kat Sungai Pusu ada satu filem Rani Mukherjee. Aku masa tu tak minat kat dia. Tapi sebab ada medley lagu2 lama Hindi dalam filem tu, aku jadi minat. Duk ulang part medley itu aje la pun. Dekat nak abis medley yang panjang dalam Mujse Dosti Karoge ni, ada lagu yang tiapkali aku dengar mesti lupa diri. Walaupun kejap aje, pastu waras balik. * wink * wink Happy semacam aje kalu dengar lagu tu. Tajuknya: Aaj Kal Tere Mere Pyar Ke Charche...

Yang Tak Punya Apa

Image
As salam. Korang tau, ada sesetengah lagu bila dengar boleh meruntun jiwa. Menyentap-nyentap tangkai hati. Tapi lagu-lagu macam tu tak selalu hadir. Sekurang-kurangnya itu la yang aku rasa. Sekali dah terjatuh cinta, jadi la evergreen. Dah lama tak ada lagu yang mampu buatkan aku rasa macam tu. Sehingga la baru-baru ni. Dalam kereta dengan adik ipar, aku sempat dengar kejap je. Nak tunggu sampai lagu tu habis, duk tengah dihambat waktu. Terngiang-ngiang je kat telinga. Selang seminggu dua lepas tu ada peluang lagi dengar. Kejap jugak, tajuk pun tak sempat tahu. Malam tadi lama aku termenung kat you.tube. Nak carik tajuk lagu, langsung takde clue. Nak beriya mengetuk jendela Google pun takde maknanya. Masa dinner tadi aku hampir aje melompat bila terdengar lagu tu kat TV9. Jadi lagu tema untuk slot drama 'Keimanan Cinta'. Kebetulan bonda duk layan cerita tu. Sampai sanggup bawak pinggan depan TV bondaku. Berdesup aku naik carik lagu tu. Dan cepat-cepat letakkan laptop kat rib...

Dilema Sepasang Kasut

Pasca Lebaran

Image
As salam.  Dah abis raya ke korang? Raya kan sebulan.  Especially bagi warga kota Metrofulus Kuala Lumpur. Open House merata-rata. Sampai jam la KL nih tak kira Sabtu, tak kira Ahad. Naik buhsan aku.. Kalau tak buat open house, susah orang nak datang beraya. Tak macam kat kampung, tak payah tunggu buat open house pun orang datang je. Budak-budak pun tak segan nak ketuk pintu rumah. Tapi kalau kat KL nih, mak bapak marah nak simply beraya rumah jiran. Kecuali la dapat jemputan. Aku sampai terkujat monkey la satu hari tu. Member anak aku datang beraya, mak dia sound baik punya suruh balik. Huk oloh... Tapi esoknya dia jemput anak aku datang rumah.  Ada birthday party kakak kawan Junior tu. Siap bagi duit raya lagi, sama jumlah yang aku kasi kat anak dia semalamnya. Well, at least dia tau aku tak kisah anak dia lepak beraya rumah aku. Tak macam orang lain yang dia kenal. Aku kan orang kampung je... Anyways, aku lepas seminggu cuti raya ni bukan main kemaruk lagi kat KUIH...

Simple Je

As salam. Dalam kehidupan yang makin kompleks nih, kadang2 kita terlupa kpd perkara2 ringkas. Benda senang pon kadang2 jadi susah nak handle, sebab dah terlampau biasa bergelumang dgn benda kompleks. Tapi sebenarnya masih banyak pihak yang sangat ringkas kehidupannya. Sampai tak terjangkau dek akal orang2 yang dah teramat kompleks nih. Contoh, nak raya nih kan kita sibuk beli apa yang adatnya perlu ada. At least sepasang dua baju baru. Sepasang kasut atau selipar baru. Yang jenis tukar langsir baru setiapkali raya pon ada, tak percaya tanya Nykolett . Sampai kita terlupa pada yang tak punya. Yang nak makan hari ke hari pon terpaksa bercatu. Yang nak pakai hari2 pon duk ulang benda sama. Nak ganti benda2 baru jauh sekali. Kasut banyak yang takde. Kalau ada pon, abis lusuh leper segala. Selipar pon tahap2 org wakafkan kat jamban masjid je. Tahun ni aku berdepan dengan semua tu secara langsung. Puncanya, bibik bertuah aku tu la. Aku bawak balik selipar untuk dia buat raya. Bila tengok d...