Posts

WW ~ Tamatlah Sudah Riwayatnya

Image
Sekian, terima kasih. Tinggal memori... ~ Nai at Tak Pe Je.

Birthday Bonda Tercinta

Image
Assalamu’alaikum. Kami adik-beradik memang akan sambut birthday mak, kalau tak sempat buat tepat pada harinya, akan kami ganti hari lain. Macam tahun ni, 10hb Oktober tak sesuai nak bagi semua orang ada, jadi kami tunda ke minggu berikutnya. Tahun ni mak request tak nak ada lilin atas kek, tak elok katanya ustaz dia pesan, duk ikut budaya Barat. Adoiya... kek takpe pulak, konfius aku! Ikutkan aje ler, asalkan mak bahagia.  Malam tu tak ambik pun gambar ramai2, lapar sangat dah semua orang. Masing-masing pulun makan laksam macam tak ingat dunia.  Mak suka sangat hadiah birthday dia tahun ni, tapi kesian sangat... dia allergic pakai sebab bukan emas, kan. Nak pakai, dia kena lapik dengan stoking tangan dulu. Aku belum mampu nak bagi jam yang diperbuat daripada emas, aku kata. Dia gelak je, tau aku takde nak menyindir ke apa. Dah memang itu hakikatnya.  Sebelum ni elok je mak pakai jam yang aku beli, mesti ada sebab kali ni dia alah. Takpe la, nanti aku cari yang lain. Tapi ...

Kuman Yang Jahat

Image
Assalamu’alaikum. Amboi, seronok nampak bermalas-malasan kat rumah, ye la.. hari minggu, ya? Aku hari ni rasa sihat sket, duk penat lebih seminggu dah. Multitasking antara kerja dengan hantar-ambik anak sekolah, sampai tak sedar yang menggerakkan jasad ini adalah semangat semata2. Balik kerja hari Khamis baru2 ni dah dekat nak Maghrib, duduk kejap je azan pun berkumandang. Lepas solat tu aku tetiba rasa sesak nafas, sikit lagi nak panik. Tak sempat nak bagitau sesiapa, aku bawak kereta kejap pergi klinik, yang memang tak pernah tak ramai orang. Cuma kali ni Alhamdulillah takde la sampai padat klinik tu, kena tunggu lebih kurang 15 minit je sebelum nombor giliran aku terpampang di skrin.  Bila doktor lama bebenor duk suruh aku hembus tarik nafas, diam je tak macam biasa, aku dah suspect ada menda tak kena. Masa tu aku takde la pakai tebal pun, lapik sehelai cardigan atas tshirt lengan panjang je. Doktor mintak cardigan tu dibuka, diulangnya sekali lagi prosedur. Lepas tu baru dia ba...

Busana Kenangan

Image
Assalamu’alaikum. Rajin pulak dua tiga menjak ni, kan? Ada je entry baru yang nak dikongsi dengan korang, kira tak sempat nak bersawang blog ni. Sejak hari Isnin aku kung kang kung kang batuk kat ofis, nak terkucil dah rasanya. Melarat batuk ni, padahal aku minum dua sedut je air milo ais masa weekend, terliur tengok anakanda minum.. maklum la, cuaca panas. Malam tu start batuk, sampailah sekarang, dah dekat seminggu. Esok nak gi ambik nebulizer la, kasi cair kahak, cepat sket baik batuk.  Ok, jom cerita pasal baju yang aku pakai ni. Berzaman dah usianya, beli kat Bandung kalau tak silapnya, masa ikut rombongan pegawai2 Mahkamah Syariah KL ke Jakarta-Bandung, junior umur 4 tahun kot. Sekarang dia 13 tahun, pergh... dekat sedekad dah baju ni dalam almari aku! Mak pun ada, aku belikan jugak kat dia. Kami sama2 tempah buat baju dan seluar satu suit, busana Muslimah standard zaman dulu-dulu. Tahan kainnya, tak luntur ke apa, elok lagi sampai sekarang. Cuma dah lama aku tak pakai satu s...

WW ~ Someone In The Frame

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

Kebaya Klasik & Progres Buih Susu

Image
Assalamu’alaikum. Ambik ko, kuning kenari aku arini, berkebaya klasik, berbatik Jawa segala. Sebelah mak aku ada keturunan Bugis tau, Daeng Selili katanya, mungkin tu salah satu sebab aku suka sangat pakai baju klasik jodoh dengan kain batik lepas. Heheh ada kaitan ke? Kan dah bagitau semalam, nak pakai baju warna-warni arini, sempena bebas daripada motif hitam putih. Dah striking benar kuningnya, aku cari ler tudung yang boleh kasi redup sket suasana. Lipstik pun ambik yang warna tanah, ala-ala nude gitu. Janji bukan aku yang nude, *tetiba jekkk*. Banyak pulak shots arini, malas nak pilih, letak je la semua, tak suka abaikan aje, hokeh?  Ok last, sebelum masuk cerita lain. Macam biasa, aku terus praktis untuk dapatkan buih susu yang cukup syarat dan kombinasi, demi kempen menakluki kemahiran free pour latte art. Nampak ada peningkatan la sket, alhamdulillah... tak sia-sia berusaha penuh gigih. Kalau aritu nampak macam tapak kaki, arini much, much better... at least ada bentuk maca...

Monochrome Monday

Image
Assalamu’alaikum. Minggu baru bermula lagi, dah nak habis bulan Oktober pun... tahun 2017 tinggal dua bulan je lagi nak berakhir. Cepat betul masa berlalu, sedetik pun tak menunggu sesiapa. Mana ada masa nak layan Monday blues bagai, ke depan aje cepat jalan!  Aku hari ni takde menda yang kaler biru, jadi Monday blues apa ke menda nya, kan? Kaler itam putih je dari pagi sampai petang, masa hantar anak bertuah ke sekolah dah siap pakai monochrome uniform, walaupun tak sempat mekap segala.  Turun awal sket arini, sebab minggu exam la katakan. Aku kali ni dah tak kuasa nak stressed pasal anak bujang tu, tau la Allah jaga dia. (*sigh) Anyhow, kena puji tahap ketenangan dia, stress free lain macam hidup, heran aku tengok. Aku dulu masuk sekolah menengah dah menggelupur nak masuk exam, terkucil entah berapa kali sebelum start subjek pertama. Aritu aku sampai buat solat hajat 41 hari untuk dia, biar ada perubahan... alih-alih, aku jadi tenang dan berlapang dada, aku somehow tau dia a...