Posts

Teruslah Berjuang

Image
Assalamu’alaikum. Semoga kawan-kawan kekal sihat fizikal dan mental hendaknya. Lama tak singgah meninggalkan jejak di sini, bukannya sengaja cuma tak berkesempatan. Walau bagaimanapun, aku doakan agar segala urusan kita semua dipermudahkan Allah swt dan apa jua musibah mahupun dugaan yang menjenguk kita akan diberikan jalan keluar dari pintu yang tak disangka-sangka.   Teruskanlah perjuangan kita mencari redha Ilahi dalam perjalanan menuju Negeri nan Abadi.  Take care. Be safe. Love Wins All! ~ Nai @ Tak Pe Je ~

Kerana Allah Tidak Pernah Tidur

  Assalamu’alaikum. Hidup kita memang tak selalu indah, tapi itulah asam garam sebuah kehidupan. Alam pun begitu juga, kerana dunia ini hanya sementara dan kesempurnaan tiada di sini. Walau bagaimanapun, sebagai khalifah yang menyahut pelawaan Allah setelah sekalian makhluk lain tidak sanggup menggalas tanggungjawab, maka tiada jalan mahupun kaedah untuk kita mengelak, apatah lagi mengelat.. jauh sekali.  Apa pun yang terjadi, kita hanya wajib meyakini bahawa Allah swt Maha Pentadbir dan segala-galanya akan baik-baik belaka. Sementara itu, selagi nafas masih dikandung badan, terus sahaja kita melangkah kerana kita tidak punya kuasa, tidak punya apa-apa jika tidak punya redha Yang Maha Berkuasa.  Ingatlah, Allah tidak pernah tidur. Maka dengan itu, kekal yakin dan percaya bahawa setiap titis air mata sepanjang malam nan sepi akan ada ganjarannya kerana air mata juga adalah suatu bentuk doa. Air mata adalah doa yang kering di pipi, meresap ke hati dan berhimpun di syurga selagi redha All

Dari Daun Turun Ke Kaki?

Image
Salam. Punyalah gigih nak siapkan jubah dress sampai sanggup tak tidur semalaman, anak siapalah agaknya ni? Sebenarnya sebab aku start potong kain sarong santri yang aku beli dari Shopee 3 minggu lepas pukul 12 malam, tengok jam dah 4 pagi dan hampir siap tinggal sikit je lagi. Risau terlepas Subuh kalau tidur, aku lajakkan aje sampai azan berkumandang. Minum segelas air suam campur madu dan minyak zaitun, aku tidur sebelum sempat makan roti bakar sampailah azan zuhur pulak kedengaran dari Masjid Muaz.  Sejenis tak menyempat, aku terus pakai jubah dress ni ke Mitsui Outlet Sepang turun sebelum azan Asar dan sampai sana dekat 6.30pm, penuh kereta atas jalan menghala KLIA. Aku dengan bibik je kot tak shopping, kami jamu mata aje la mampu lepas solat Maghrib. Orang lain kiri kanan bimbit hasil tangkapan melontar wang segala bagai. Settle cuci mata beberapa ketika, aku sambung drive pergi ambik pakwe yang dah tunggu di Pintu 8 Balai Ketibaan KLIA. Setakat ni aku dah puas hati berjaya buat

Sarong Santri

Image
Assalamu’alaikum. Salah satu daripada cara aku hilangkan stress adalah dengan menjahit, kalau makin banyak menjahit tu faham-faham je lah tahap mana stress nya. Tinggal lagi, masa tak berapa nak ada sekarang. Petang tadi lepas settle beberapa kerja yang urgent, aku ambik masa bertenang dan potong kain sarong santri yang dah seminggu Shopee delivery hantar ke rumah. Aku pulun jahit sampai siap lebih kurang jam 8.10pm, terus pakai pergi solat isyak kat masjid, ko rasa?  Aku sauk tudung instant arwah bonda, yang aku dah buang awning dan ubah jadi tudung syria. Banyak tudung dia yang aku dah buat macam tu, hampir hari-hari aku pakai kulu kilir. Niatnya nak panjangkan pahala sehingga ke Mekah dan Madinah, mudah-mudahan ada bahagian aku. Ameeen…! Sarong santri ni ada order 3 motif semua sekali, 2 helai setiap motif sebab nak kasi cukup dibuat baju. Setakat ni aku buat kaftan tanpa lengan, selesa nak pakai kat rumah dan juga jubah dress lengan 3 suku macam dalam gambar kat atas. Lepas ni teng

Musim Border Lace

Image
 Salam. Dah memang minat sulam kerawang manik goyang ke apa ke, asalkan sulam… aku join. Kalau dulu gigih la tempah sulam kerawang dari zaman sekolah menengah nak pakai raya, sekarang kita order border lace kat Shopee, cari masa dan jahitlah sendiri sampai jadi. Mostly aku jahit tangan aje, tapi lepas tu tindih dengan mesin nak kasi teguh.  Setakat ni ada banyak lagi stok border lace yang menunggu masa untuk ditampal pada baju-baju pilihan kalbu. Mana yang tak sesuai, aku sanggup gunting hujung kain lace dalam kotak, tertunduk-tunduk ikut lekuk nak kasi elok berbentuk. Nama pun minat, begitulah gayanya.  Ni gambar 10 tahun lepas, batik sutera Kelantan disulam kerawang. Sampai sekarang aku simpan baju ni dan ada masanya aku pakai pergi attend appointment, mana-mana yang suaimanfaat dengan tempat dan majlis. Takut overdress je, bukan apa. Bila trend sulam menyulam kembali hangat di pasaran, kita layankan aje dengan hati yang penuh gumbira!  Tak pe je kan…

Yes I Do

Image
Just in case you missed me, here goes:

At My Lowest

Image
I learned a great deal when I was at my lowest point in life, especially about dependency on others. And at the same time, I also had grasped that despite everything that happened, we still had the opportunity and choice to otherwise forgive those who didn’t stay with us at such crucial times. Why? Because we forgive not for their sake, but for ours. It would be too much of a burden to keep holding grudges and letting go would be doing ourselves a huge favour to move on with life.  Sometimes there is nothing comes in between us and the challenges we’re facing except God Himself, because that’s exactly what the journey is all about. Elevation wouldn’t even take place otherwise, spiritually speaking. Everything else would have to be invisible or even disappear in total except for our absolute submission and reliance upon the Creator of the Universe. Like, when the hopes all gone and we were left with nothing but a tiny little thread called faith, which turned out to be the entire secret