Onak, Duri & Ranjau Kehidupan

Hidup tak selalunya indah. Adat la, langit pun tak selalunya cerah. Penuh cerita suka dan padat cerita duka. Itu la pun yang mewarnai kehidupan. 

Lumrahnya, semua orang nak selalu bahagia, kalau boleh. Tak mau ada duka ataupun air mata. Nak ketawa dan bergembira sentiasa. Tapi hakikatnya berbeza. Harapan lain. Kenyataannya lain. Takde pilihan pun sebenarnya, mau tak mau kena telan, kena terima apa adanya. Yang mendewasakan kita itu la dia. 


Kadang-kadang kepedihan yang kita rasa macam tak mungkin ada hujungnya. Itu tahap pertama. Pada permulaannya. Disebabkan tak ada pilihan, kita tetap melangkah. Ya, mungkin longlai. Mungkin juga bagai tak jejak kaki ke bumi. Tapi masih perlu terus melangkah. Dan melangkah. Tanpa sedar, kepedihan itu kian menipis. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Waktu akan memulihkan. Percayalah.


Apa yang paling penting adalah kekuatan jiwa. Tanpa itu, hampir mustahil untuk mengawal perasaan, apa lagi keadaan. Carilah apa sahaja yang positif di sebalik segala kejadian negatif. Jangan asyik fokus pada kesedihan. Hidup bukan untuk bersedih. Tapi bersedih itu sebahagian daripada asam-garam kehidupan. Normal. Standard. Selagi bergelar manusia yang waras, itu memang wajib dirasai. Tak ada pengecualian. Bersedih la. Menangis la. Tapi bangkit la dari kesedihan dan tangisan itu. Perlahan-lahan pun tak pe. Jangan sesekali terus menyerah pada keadaan dan menjadi mangsa kepada perasaan sendiri. Jadilah tuan kepada emosi. Kita akan selamat.


Bagi semua yang berduka-lara di luar sana, anda tidak berseorangan. Masih banyak yang lebih menderita daripadamu. Ingatlah segala nikmat yang telah dianugerahi-Nya. Supaya kita tidak tergolong sebagai makhluk yang gagal dalam menangani ujian Tuhan. Betapa banyak siri ujian yang masih perlu ditempuhi sepanjang kehidupan. Itu la pun ranjaunya. Beruntunglah sesiapa yang lulus. Yang menanti adalah ganjaran. Yang menunggu adalah ketinggian darjat dan taqwa di sisi Tuhan. Nama pun pentas dunia ni. Sementara. Yang abadi itu di sana. Bekalannya datang dari sini. Destinasi akhir tetap di sana, bukan di sini.


Oleh itu, genggam erat hatimu. Jadilah insan yang cemerlang di dunia, terbilang di akhirnya.






























Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah