Posts

Showing posts from July, 2011

Belaian Jiwa

Image
Sebenarnya hidup aku ni komplikated. Banyak hati nak kena jaga. Hati sendiri selalunya tak penting. Rupa-rupanya salah macam tu. Aku terlupa konsep ihsan tu juga terhadap diri sendiri. Ayat-ayat al-Qur'an banyak sentuh pasal orang2 yang membuat kebajikan (al-muhsinin) dan orang2 yang bertaqwa (al-Muttaqin). Biasanya aku sibuk interpret al-muhsinin dan al-muttaqin untuk orang2 sekeliling aje. Tak pernah sekalipun aku teringat kat diri sendiri. Padahal, seperti juga konsep nafkah dalam Islam yang merangkumi peruntukan kepada diri sendiri, sama gak keadaannya dengan ihsan. Sehinggalah aku start baca buku "Self-Compassion', sebuah master-piece karya Dr. Kristen Neff, yang dibesarkan dengan fahaman Buddhism. Tiba-tiba semua intipati, teori dan pesanan-pesanan rohani yang aku dapat daripada buku-buku motivasi, baik oleh ilmuan Islam mahupun pakar ilmuan Barat, bersatu dalam diri. Aku terasa bagaikan berada dalam drama Korea pujaanku, Winter Sonata, dalam adegan Yu Jin melengka...

Bakat & Usaha Seiringan

Image
Hari tu ada yang tanya aku, mana dapat idea tulis entry panjang-panjang?  Aku tanya la balik, panjang ke entry aku?  Sungguh kurang sopan soalan dijawab dengan soalan yang lain!  Well, what to do...  Dah memang sejak azali kot perangai kebanyakan manusia macam gitu. Tapi aku jawab la balik, bukan tergantung kat situ je pon.  Aku bagitau la dia, menulis ni bagi aku dah jadi rutin.  kira macam tabiat yang aku dah terbiasa buat sejak kecik.  Apa yang aku tak bagitau dia,  masa sekolah rendah aku banyak kali menang pertandingan menulis cerpen peringkat kebangsaan.  Tapi hadiahnya sungguh tak menarik ~ buku pasal Leftenan Adnan  dan yang sewaktu dengannya.  Ada sekali tu aku buat cerpen imaginasi,  terbang dengan kunang-kunang jumpa arwah nenek.  Owh! Kuat sungguh berimaginasi cikpuan Tak Pe Je rupanya!  Cerpen tu aku menang peringkat kebangsaan,  buatkan cikgu Bahasa Melayu aku,  Cikgu Muhammad nama dia, kemb...

Bertemu Padamu?

Image
Sejakku bertemu padamu Fikiranku telah terharu Hanya kekanda yang akan dapat Mengobatkan hatiku rindu Tu dia.. Catchy betul lagu Puan Sanisah Huri kita ni.  Sejakku Bertemu Padamu tajuk nya. Jap2 ini aku rasa nak tempah baju kebaya pendek pakai dgn kain kembang.  Tak pon kain sendat, kena jalan kepit2 mcm Saloma.  Jangan marah...   Kalau ikut style cover album cik puan ni pon ok gak, retro gitu!  Paling2 kena berambat dgn mak je suh pi tukar baju.  Tak pon, kena jeling 360 darjah dengan tuan besar.  Ampun... Tapi, kan.. konpius kawan.  Melopong kejap masa perasan lirik lagu nih bila dah tak berapa nak muda nih.  Ada pulak bertemu padamu? Tepuk dahi la aku jadinya.  Dah fikiran terharu pulak tuh! Adeh...  Apa nak buat, masa tu DBP dah ada ke belum aku pon tak sure. Lepas ni kena riki2 kat Google kejap.   Tergaru2 gak kepala duk pikir pasal fikiran yang terharu.  Bertemu pulak padamu, owh sungguh tragis..!  Bir...

Dari DUKE ke Germany

Soal hati memang susah nak dimengerti. Bagi yang tak mengalami, apatah lagi. Ibaratnya pegi diving dalam lautan hati pun tak semestinya boleh paham perasaan sendiri. Kira macam minum kopi kaw sebelum tidur la, gamaknya. Terkebil-kebil sampai pagi. Alih-alih, pejamkan la matamu ratnaku, cubalah senyum. Hehehe.  Kata bijakpandai, tak kisah la apa yang dah terjadi zaman dulu-dulu, yang penting masa depan. Jangan sampai terbuai dengan kisah-kisah lalu, masa depan kita perjudikan. Kata bijaksini, kalau asyik kisahkan masa depan, macamana dengan masa sekarang? Abis tu macamana? Konpius kawan. Mungkin patut ambik jalan tengah, kot? Tengok mana yang baik untuk semua pihak, kita buat. Tapi, baik ke tidak untuk diri kita? Apa yang kita impikan tak penting ke? Penting ke impian kita tu pon? Eh, mesti la penting..! Banyak yang kita rencanakan dalam hidup, kan? Banyak juga yang harus kita lupakan. Sebab, realiti tak selalunya seiring dengan fantasi. Itu la yang orang tua-tua selalu cakap: "I...

Garisan Penamat

Image
Merdeka! Merdeka! Mahathir kaa? Hehehe...  TQ, my stationeries... Hari ni genaplah 3 semester aku berhempas dan berpulas sambil makan buah pulasan sambung belajar. Lama dah aku pospon niat sambung belajar nih. Dari anak umur 3 bulan sampai la dia 7 tujuh tahun. Dari yuran RM2k sampai la RM7k. Hari ni baru la selesai dengan jayanya.... Itu la namanya Diploma in Syariah Legal Practice (DSLP). Gamaknya  3 & 7 kena jadi nombor-nombor bertuah aku nih!  Dengar cerita tahun depan Pak Aji nak naikkan yuran DSLP jadi RM15k... Fuyyyo! Magik lagi Tragik nombor itu. Konpem 15 bukan nombor bertuah aku. Terlaksana la salah satu janjiku kepada arwah ayah. Macamana la agaknya nak tunaikan janji belajar sampai dapat Doktor nih? Sampai je kat rumah tadi mak cakap udah2 la tu belajar, bukan nak jadi lecturer pon. Owh.. Belajar ni kalau nak jadi lecturer je rupanya, baru ku tau.... Abis aritu apasal la dia suruh aku jadi loyar? Ish, ish ish.. Mak tak paham isi hatiku, tak pe la. May ...

Blues Tandas Kita

Image
Assalamu'alaikum & Selamat sejahtera. Auwh, formalnya blog ini...? Hari ni kita sentuh bab Bersuci pulak, ya tuan-tuan. Dah lama nak tulis pasal nih, tapi asyik tergendala je rencana. May be sebab dah lama tak masuk tandas awam dua tiga menjak nih. Cumanya dah lama sangat gambar2 yang relevan pasal entry nih terperap dlm henfon, maka tibalah saatnya utk teruskan jugak niat yang terpendam sekian lama... Tandas kat Malaysia nih bagus. Tandas bermangkuk, ya puan-puan. Sebabnya, ada paip air. Ada gak yang tak de paip, kira sama style dgn oversea la. Especially kat tempat2 yang high end gitu, baik restoren maupun hotel, selalunya kena kreatif gunakan tisu je la.. Tapi mostly nya, memang ada paip. Tak kira la yang old school jenis paip tu ataupun yang modern jenis built in tu, janji ada. Yang tu bagus. Yang tak bagusnya, orang2 kita ni dah terlebih kreatif. Terlebih agresif. Terlebih aktif. Terlebih akai. Sampai nak panjat mangkuk tu, kasi pengguna2 seterusnya berbahagia dgn tingga...

Kad Laporan & Doa Warisan

Baru-baru ni aku ambik Kad Laporan anak kat sekolah. Patutnya big boss yang pergi dan aku kena pergi tempat lain. Tapi dah dapat MC sakit mata, kena la kensel program aku. Dah ada kes PEKIDA mana entah gaduh, kena la mamat tu temankan klien dia. Kena la pulak aku gantikan dia amik Kad Laporan. Macam berlagak la sangatnya, tak bukak-bukak spek hitam macam artis. Masa tunggu giliran, banyak ragam dan reaksi ibu-bapa yang aku dapat tengok. Pelik pun ada, sebab macam aku relax sangat. Ada yang tanya, aku tak berdebar ke? Ha'ah kan, aku tak berdebar pun, baru aku perasan. Tapi, nak berdebar menda nya? Darjah 1 je pun. Semester 1 pulak tu. Aku tak ada expectation apa-apa.  Ada parents ni keluar je dari jumpa cikgu kelas dan dapat Kad Laporan, nampak tension sangat dan carik cikgu-cikgu untuk dua-tiga subjek yang gamaknya anak depa lemah. Bagus la, maknanya depa prihatin. Alhamdulillah. Aku lepak je, sibuk duk layan anak yang memang banyak nau soalannya. Sambil facebooking dan ber'bb...

Jom, ilmiahkan diri..

As salam. Kali ni terasa nak share 1 artikel yg ilmiah kat sini. Dalam usaha mengumpul mana-mana yang ada dalam simpanan, utk kepentingan bersama. Artikel ni sebenarnya kerja kursus yg diberi oleh lecturer, kira assignment diriku la, apa adanya. Cuma tak masuk la footnote sekali, jadi ayat2 qur'an tak appear la detail nye. Ada masa nanti akan update.. Soalan:  Agama Islam Menuntut Keadilan dan Menentang Kezaliman. Jelaskan Peranan Peguam Syari’e Dalam Mematuhi Tuntutan Islam Tanpa Menggadaikan Kepentingan Hak Anakguamnya . Then, entered my answer, as follows: MUKADDIMAH Adil memberi maksud ‘Meletakkan hak pada tempatnya’ sebagai antonim kepada Zalim yang bermaksud ‘Tidak meletakkan hak pada tempatnya. Kedua-duanya mempunyai hubung-kait yang amat rapat kerana jika seseorang berlaku adil, maka dia tidak berlaku zalim. Demikian jugalah jika seseorang tidak berlaku adil, maka dia pada hakikatnya berlaku zalim. Semudah itu definisinya, yang selanjutnya menjemput dua implikasi yang ja...