Memburu Rindu
Salam. Lama la jugak tak update blog ni, dihambat waktu yang memang jeles kat aku.
Dah nak abis bulan Mac, korang.. Cepatnya masa berlalu. Petanda akhir zaman, agaknya. Rasa macam baru je masuk tahun baru. Baru je tengok orang pakat duk buat azam baru, tukar diari dan planner baru. Sesaper yang lebih hi-tech, bz sungguh update planner dalam i-pad atau Galaxy Tab masing-masing. Trendy gitu. Aku? Tetap perlukan old-school planner, kalau tak banyak program terlepas pandang.
Umur dah melepasi garis muda remaja ni buatkan aku bertambah kreatif fikir pasal sisa-sisa kehidupan. Pasal saki-baki usia yang dipinjamkan Tuhan. Kalau beruntung, mungkin aku ada 30 tahun lagi. Kalau tak, esok-lusa
dah boleh jadi arwah. Soal ajal tak siapa yang tau, kan? Macam jugak jodoh, rezeki dan tanah kubur, kita tak tau bila maut akan menjemput.
dah boleh jadi arwah. Soal ajal tak siapa yang tau, kan? Macam jugak jodoh, rezeki dan tanah kubur, kita tak tau bila maut akan menjemput.
Lalu, aku terfikir: Kalau aku ada 30 tahun down the road, aku nak habiskan masa dengan berduka-lara dan bermusuh-musuhan ataupun mencipta kebahagiaan dan berkasih-sayang kerana Allah? Apa pelan dan tindakan aku sebenarnya untuk semua tu?
OK, may be kita boleh break down soklan tu sket, kasi nampak isu, apa kata? 1- Kalau Aku Ada 30 Tahun Lagi Nak Hidup, Macamana Aku Nak Habiskan Masa?
i) Berduka-Lara;
ii) Bermusuh-musuhan;
iii) Mencipta Kebahagian;
iv) Berkasih-sayang kerana Allah.
2- Apa Pelan & Tindakan Aku Untuk Semua Tu?
Alamak.. Tetiba aku rasa tertekan plak bila soklan secara rawak dah diperincikan jadi isu..! Heh, padan muka aku. Jadi, kena la aku hadapi menda nih dgn penuh berani dan apa adanya, kan? Aku dah sah-sah tak mau hidup dalam duka dan lara for the next 30 years, hello?? Saper pun tak nak, kan? Bermusuh-musuhan pun tak best, dah tua-tua nak gaduh dan banyak musuh lagi, of kos not a good picture to me. Makanya aku teramat la suka pilihan (iii) dan (iv) kan. So, aku pilih mencipta kebahagiaan & berkasih-sayang kerana Allah.
Nak kena jawab ke soklan kedua tu? Dah letak kat situ, kena la jawab, kan? Sebab aku dah pilih nak hidup secara positif dan tinggalkan yang negatif, maka kena positif along the way la nampak gayanya, kan? Kalau aku tak mau duka dan lara, aku kena pandai la cipta kebahagiaan. Dah pulak tak mau bermusuh-musuhan, aku kena la belajar memaafkan dan berkasih-sayang kerana Allah. At least yang tu aku kena settle dulu. Akar-umbinya kat situ. Selagi aku tak lepasi tahap tu, macamana nak ke level seterusnya? Tak bleh langkah-langkah punya, kot nanti banyak unresolved business. Perkara-perkara berbangkit nanti banyak yang berbaris.
Aku tak tau la korang, tapi aku nampak semua ni bermula dari pemikiran. Mindset. Macam Keanu Reeves kata dalam The Matrix, "There Is No Spoon". Apa yang kita nampak pada zahir tak semestinya fakta yang tak boleh berubah. Lagipun, kita selalunya berfikir dengan hati yang celaru dan berat sebelah. Emosi duk paling atas. Kewarasan duk kat luar kawasan. Susah yang amat ler nak ada titik penyelesaian.
Apa yang aku perasan selama hari ni, banyak keadaan yang tak diingini boleh dikawal (damage
control) kalau emosi kita letakkan kat tepi dulu setiapkali ada perang perasaan atau tsunami kehidupan. Terlebih sabar, terover mengalah pun tak apa, actually. Sebab di akhir rancangan, lebih senang nak buat damage control. Contoh, kalau kita mengamuk macam Hulk dan lipat-bumi segala ikutkan hati yang bergelora, tup-tup salah paham atau fitnah orang sebenarnya, pihak yang kita sepak-terajang dan maki-hamun tu dah melankolik lain macam, merajuk jeruk asam garam semer ada. Satu keja pulak nak pulihkan hubungan. Banyak keja pulak nak pujuk perasaan. Baik terlebih sabar, sampai orang kata kita bodoh pun takpe. Janji senang keja kita masa depan. Kira macam "Menarik Rambut Dari Tepung" ~ Rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Tinggal lagi, kita ni manusia, bukannya malaikat. Bukan senang nak sentiasa berfikiran positif dan bertindak mengikut kewarasan fikiran. Lebih-lebih lagi apabila diserang pelbagai tohmahan dan adu-domba manusia yang jahat ngalahkan syaitan. Lama-kelamaan kalau tak banyak pun, sikit termakan jugak. Terbawak-bawak jugak dek perasaan dan emosi yang tenggelam-timbul. So, kalau la ada waktunya kita tersasar, maafkan la diri sendiri. Pujuk la hati. Itu hanya menunjukkan kita memang normal macam orang lain jugak. Cuma selalu la cuba bangkit dari semua tu. Pelan-pelan pun takpe, janji kekal dalam kewarasan.
Try letakkan diri kita 10 tahun dari sekarang masa nak buat keputusan. Sekarang kita tengah marah, benci, menyampah, sakit hati dan yang sewaktu dengannya pada pihak satu lagi. 10 tahun akan datang, apa natijahnya dari keputusan yang kita buat hari ni? Ada apa-apa tak yang mungkin kita nak ubah? Kalau kita jengah masa lampau, ada tak rasa sesalan? Timbang-tara semua tu. Terlebih pikir pun takpe. Besok-besok tak payah banyak pikir. Lebih baik daripada pikir sikit sekarang, besok-besok kena banyak pikir. Kalau boleh, kita kasik minimum rasa sesal sebab kita dah abis pikir dan dah abis ikhtiar. Baru la besok-besok kita boleh tenang dan aman-damai.
I wish I could
I wish I could have
I wish I would
I wish I would have
I should have
If only
If...
Ish, tak best la banyak sangat regrets. Kalau aku panjang umur, seboleh-bolehnya aku tak mau ada any regrets whatsoever. Mudah-mudahan aku dilimpahkan ketenangan jiwa dan dianugerahkan segala kemanisan iman oleh Yang Maha Mengetahui Apa Yang Tersurat dan Apa Yang Tersirat.
Amin.
.
Assalam. Datang menjengah blog kakak chomelku. Agree with you. Hidup ni sekejap. Penuhinya dengan kegembiraan dan kasih sayang, bukan kedukaan. Paling penting, kasih sayang Allah yang kita dapat..:)
ReplyDeleteWsm. Tqvm sudi mampir & komen.. Terhura weh..
ReplyDelete