Kupu-Kupu Cantik Ikan Keli Panjang
Assalamu'alaikum. Macam-macam jenis nama tudung la kita kat Malaysia ni ada, kan? Yang paling legend, Bawal. Yang lain-lain tu ikut trending semasa, tengok artis mana yang paling ada daya tarikan marketing. Dah pulak zaman artis wanita kita banyak yang dah 'berhijrah' katanya, maka sepantas kilat jugak la ada brand tudung sendiri bak Suratan atau Kebetulan gitiew... Alhamdulillah. Aku pilih untuk tengok yang positif, so takde masalah pon menda-menda ni semua. Takpe je..
Aritu sebelum cuti raya Haji, ada la sorang client ni hantar kat ofis bukan sehelai, bukan jugak dua helai, tapi EMPAT helai tudung Kupu-Kupu Cantik Ikan Keli Panjang Cik Adik Cantik Cik Abang Sayang kat aku. Gila panjang nama tudung ko, Jah! Hehehhe. Tapi itu nama propa aje, takde marketing power. Nama sebenar tudung itu adalah Butterfly, pergh! Aku terbayangkan butang seluar jeans (Button Fly) masa mula-mula dengar nama tudung Butterfly ni, korang. Jenuh nak channel dan tune semula fokus minda aku kepada haiwan comel yang bernama rama-rama a.k.a kupu-kupu yang jauh benar bezanya dengan ikan bawal. Tapi bila aku bukak wrapping yang super awesome tu kat rumah sebelah petangnya, penakkulan mindaku berkata: Ooooo.... Macam Half Moon la jugak rupanya Butterfly ni! Cantik, aku suka... Lebih-lebih lagi FOC kot..! Plus, tudung ni lebih labuh, panjang dan senang nak dililit ~ tak yah paku-paku sangat.
Merah kan? Meh aku belanja Kupu-kupu Ijo plak.. Angle lain maka terserlah la chubby cheeks diriku, sila abaikan je.
Ini baru 2 helai, korang. Ada lagi 2 nak dipakai, digaya dan ditayanganperdanakan. Entah la, aku ni bukan boleh aci sangat.. Tak tau bila boleh buat entry untuk kesemua tudung Butterfly tu. Kadang-kadang tak sempat amik gambar pon masa pakai, sedar-sedar dah masuk bakul laundry sedia untuk dicuci. Tapi dah belanja gambar-gambar kat atas tu kira ok la kan..
Okay la, keja baik-baik tau.. Jangan ponteng-ponteng! Sekian, wassalam...
~ Nai at Tak Pe Je.
suweettt sgt nma tdung nih! ;p
ReplyDeleteKwang3x.. Ngee..
Deletekita kan...kita kan...dh ketinggalan zaman....apa itu kupu2 dan ikan keli? hihihi mcm2 trend skrg ni....dh tak terikut...masih dgn wide shawl jek...
ReplyDeleteTudung Butterfly namanya... Hehehe
Delete