Kompilasi Suka-Suki, Merah Mata Coklat-Hitamku
Assalamu'alaikum. Tengok dalam senarai entries, ada 1 draft yang belum diproses. Sebelum dijeruk diperam dan dAipekasamkan, baik aku susun ayat dan taip apa yang patut kat sini. Kadang-kadang aku ni bukan ada motif sangat letak gambar dalam satu draft, tapi sesedap tutti frutti je ikut mood.
Contohnya gambar basikal ni, pujaan dan penyelamat aku daripada obesiti ni, entah kenapa ada dalam kompilasi gambar pada tika dan saat ini. Padahal masa tu aku ada ambik gambar untuk kongsi dengan whatsapp group, sebab semua pakat upload gambar apa yang depa tengah buat. Kebetulan aku baru lepas kayuh basikal, snap aje la gambar benda alah tu.
Yang ni masa tengah tunggu nak boarding flight, sejuk la konon sampai pakai jaket bagai. Tapi itu la masalahnya, aku memang penyejuk especially kat tempat yang pasang aircond full blast punya. Kebiasaannya siap kena selimut beriya walaupun dah pakai *cardigan/jaket/sweater (potong mana yang tak berkenaan). Dan jaket ni lain dari yang lain sket, sebab hadiah daripada somebody special gitu..! Timakasih la bam bam bagi hadiah jaket ni tau...
Ok, dua gambar yang terakhir ni aku ambik hari yang sama, di dua tempat yang berbeza. Dah kebetulan pulak gambar pakai jaket kat atas tadi pakai baju yang sama dengan dua gambar terkahir ni. Kisahnya aku bawak naik flight jauh2 nak mintak tukang jahit tiru design blouse yang aku beli kat Zara tu, tapi tak cukup masa nak tunggu siap. Sudahnya aku pakai je la masa balik tanahair.
Blouse ni epik betul, sempurna dari kualiti dan corak kainnya sampai la kepada design dan kekemasan jahitannya. Padan la dengan harganya yang dua hari dua malam aku bolak-balik fikir nak beli ke tak. Nampak kat refleksi cermin tu ada perempuan lain sebelah tiang? Haaa.. Dia la yang jadi pemangkin 'paksa rela' aku beli keesokan harinya. Kawan aku tu, dia beli blouse yang motif lebih kurang jugak, cuma design ala peplum sket. Aku tak menyesal langsung, seriously... Kira bagi reward kat diri sendiri la, kan? Because I'm worth it! Hehehhe.
Ok la korang. Aku ni merah & bengkak mata lepas nangis tengok trailer dan interview pelakon2 Furious 7, gila emosional tak ingat punya. Petang Sabtu kelmarin aku gi tengok cerita ni kat One Utama, memang banjir tudung satin aku takung air mata. Tolong la weh... Tak sanggup betul tengok Paul Walker, especially masa ending.
Anyways, I'd better stop now. Gi basuh muka dan tidur, esok hari yang panjang. Terima kasih sudi baca sampai habis. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Hati tisu jugak yaa nai....br tgk trailer dh nanesss ya...
ReplyDeletealah membeli menang memakai, takpeje......... :)
Dah tgk movie nye hari Sabtu baru ni..
DeleteBanjir airmata la 1 panggung
Tgk trailer x nangis. Yg nangis tu tgk interview kwn2 Paul yg merinduinya.
wahhhh itu pujaan dan penyelamat dari obesiti ye
ReplyDeletetak kusangka
kaki kayuh minah nih
keep it up
moga istiqamah mengayuh kat umah tu
harap tak jadi tukun
Aku kaki kayuh, weh... Dayung sampan bagai, hehehhe.
DeleteYang jadik tukun ada gak, beskal yg bleh lipat tu.. Pakwe beli pastu azab yaamat carik
masa yg matching nak gi kayuh secara berjema'ah.
sama la kita hati tisuuuu cepat naw nk shahdu T__T
ReplyDeleteHati taman bunga takpe... Hikhikhik
Delete