Manic Monday
Assalamu'alaikum. Hari Isnin minggu ni memang sungguh havoc, padat jadual dari pagi rapat ke Maghrib. Sebelum pukul 10am aku dah terpacak dalam KLCC, ada appointment kat Dome Cafe. Tapi sejak depa pindah ke outlet sebelah luar, keadaan jadi kurang selesa bagi non-smoker macam aku ni. Untuk ruang lepas bebas kat tempat terbuka bagi smokers, keadaan masih tetap selesa. Agak lama jugak aku tak join meeting dengan smokers ni, baru aku perasan. Yang mana-mana nak smoke tu biasanya depa tunggu lepas borak benda-benda penting dengan aku dulu sebelum mintak diri nak perasapkan alam sekitar. Tak kurangkan lagi cerobong asap tu, bang? Lama dah tak buat aktiviti menyorokkan kotak rokok orang. Anyways, jom sambung cerita aku di KLCC. Pagi-pagi tu muka masih fresh kemerah-merahan, lepas minum jus delima segelas besar campur pati kurma. Tapi menghala ke tengahari, dah tukar suram campur dengan penat otak dan perasaan menanggung macam-macam bebanan masalah orang. Masalah sendiri memang t...