Coretan Awal Ramadan

Assalamu'alaikum. Ramadan kali ni aku memang betul-betul hands-on dalam menentukan menu iftar dan jugak sahur, seperti selayaknya. Tahun-tahun sudah pun macam tu jugak tapi tahun ni lebih bersifat diktator gitu. Hehheh. Bukan apa, penat nak layan Bibik buat drama air mata macam tahun lepas, tertekan emosi bagai sebab tak tahu nak masak apa yang boleh menepati citarasa laki aku. Tahun lepas aku ditakdirkan jatuh sakit sejak minggu kedua puasa, maka banyak benda yang tak mampu aku uruskan. Jadi setakat ni aku memang jadi supervisor dari menu utama sampai la kepada kuih-muih iringan. Yang pasti, semua orang lebih ceria dan urusan pun lebih mudah dikendalikan. Even mak aku nampak happy dan masuk dapur sekali. Mudah-mudahan kekal sampai ke akhir Ramadan, Insya Allah.


Apa saja la kau, bibik... Layankan aje, janji bahagia.


Sorry aku tak de ambik gambar juadah iftar mahupun sahur, ini pun aku beriya ambik gambar dan video hari kedua puasa masa mula-mula nak try portable & foldable outdoor BBQ set yang aku gi beli kat Mr. D.I.Y balik dari kerja itu hari. Sejak tu aku memang terlibat secara langsung dalam aktiviti bakar-membakar dan asap-memperasap ikan, daging dan yang sewaktu dengannya. Suka pulak aku bergelumang dengan asap dua tiga menjak ni.


Semalam dan hari ni aku pergi beli kuih kat dua tempat. Satu kat Great Eastern Mall Jelatek untuk dapatkan kuih peberet aku kat Lulu Nyonya, dan satu lagi kat Keramat AU 2 untuk dapatkan kuih peberet mak dan pakwe. 

Kejap lagi aku dah kena brief untuk menu sahur supaya takde sesiapa yang makan hati berulamkan jantung. Aku takde selera takpe, janji orang lain semua happy. Demikian lah sehari lagi pengisian rohani dan jasmani kita menjalani ibadah puasa tahun ini. Semoga diterima Allah subhanahu wa ta'ala seadanya. Ameeen.

~Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan