Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Assalamu'alaikum. Aku terpisat-pisat sekejap bila dengar orang nak jumpa kat Mitsui Outlet, dah di mana gerangankah itu? Ala-ala Johor Premium Outlet katanya, lagilah aku terpana. Oh, ya? Betapa aku tak sempat nak google dan memang tak bersedia nak sambut ketersegaman shopping outlets yang dipanggil Mitsui Outlet Park KLIA Sepang itu! Selama ni aku memang tak berapa gemar konsep premium outlet sebab kalau panas, panas sangat dan kalau sejuk, sejuk sangat, maklum la open space. Tapi Mitsui Outlet Park berkonsep tertutup dalam satu shopping mall yang menempatkan segala macam outlets, berbumbung dan sudah pastinya tak terhalang dek apa jua bentuk cuaca kat luar. Itu jugak bermaksud, lagi bahaya sebab korang akan lebih fokus, khusyuk maksyuk shopping sampai lebam! 


Aku selesai appointment dah dekat pukul 4.45pm, jadi tak de la banyak masa nak tawaf dan survey banyak outlet. Aku macam biasa gi cari kedai kopi dulu, carik nyawa sebab mata petang-petang kalau tak dapat kopi memang carik naya.. Tak pasal-pasal tertidur kat bangku menunggu. Ambik gambar keadaan sekitar pun dah kira nasib baik, sebab adik aku pesan suruh ambik gambar dan share kat whatsapp group. Mana yang sempat je la pun, besar kot nak cover seluruh bangunan! 


Client aku bagitahu, kat sini kalau pandai cari dan datang masa ada sale, memang sangat berbaloi. Kasut bleh dapat bawah RM20, seriously? Tak ingatlah pulak apa nama kedai kasut yang dia sebut semalam, ala korang riki-riki je la nanti, apadehal? Kalau barang-barang Tommy Hilfiger bawah RM50 baru ternganga semua, kan? T-shirt sehelai je la, kot? Hehehe. Aku bukan tau sangat so ampunkanlah daku, ya...


Yang pasti, aku suka dapat secangkir caffe latte yang aku pesan dalam take-away cup bersama scones  yang menjadi pujaan hatiku itu. Kecik je Dome kat situ, takde la gedabak macam tempat lain tapi okay la kan daripada takde. Lagipun orang bukan nak lepak dalam kedai kopi tapi nak jamu mata cuci wallet dan perabis bonus, kan? Sesiapa yang datang jadi peneman pun boleh je duduk melata di bangku-bangku menunggu di sekeliling bangunan. Satu lagi, kat tingkat 1 ada food court yang sangat besar kat sebelah The Loaf. Aku jumpa orang kat food court itulah, dengar cerita dan pinjamkan telinga seperti biasa.


Anyways, lepas dapat hirup tiga teguk kopi panas, aku pelan-pelan jalan ke pintu utama dari hujung kawasan. Sempat la masuk sekali lalu dalam Zalora outlet, perghh... Kalau la aku punya banyak waktu, memang dahsyat la duk situ! Ada koleksi Jovian kaler pink yang dah menambat hatiku, cinta pandang pertama gitu. Belek-belek pun tak sempat, apatah lagi nak carik tanda harga. Bagus jugak, bukan ada duit nak beli pun... Macam-macam benda datang sejak sebelum raya, masa raya dan selepas raya, semua perlukan duit yang bukan sedikit. Kerja sendiri macam aku ni biasa la, ada musim dan ada kitaran. Tinggal lagi, perlu kentalkan jiwa dan perkasakan semangat, berputus asa tak boleh langsung. 


Ikut mana pun, kena jugak check in Mitsui Outlet Park bila sampai waktunya nanti. Mungkin boleh bawak adik jalan-jalan cari hantaran, tengoklah macamana. Sementara itu, meh aku melanja selfie lagi, meh. Hehehe. 


Terima kasih sudi baca sampai habis. Kalau korang duk dekat-dekat situ, pergilah jenguk outlet ni, sekurang-kurangnya boleh keluarkan peluh jalan banyak kedai. Nak ambik gambar pun banyak view yang menarik, takde siapa nak larang. Ok lah, sampai jumpa! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan