Projek Hujung Minggu : DIY Meja Mini
Assalamu'alaikum. Tengok tajuk dah tau entry ni pasal apa, kan? Tu la dia aktiviti aku hari Sabtu dan Ahad baru ni. Sejak dua tiga menjak ni aku pandang segala objek dengan dimensi yang berbeza. Contohnya, bangku yang datang sekali dengan meja solek. Selama hari ni aku gunakan bangku tu buat letak collapsible soft box dari Ikea yang kat dalamnya ada sejadah, telekung, kain sarung dan pelikat untuk solat hari-hari. Jumaat petang last week aku borak-borak sambil minum kopi dengan cik abang, dia puji meja kayu mini yang aku buat aritu.
Aku spontan je tunjuk bangku kat tepi pintu, bagitau dia aku ingat nak bikin meja baru yang tinggi sikit gunakan bangku tu dan letak dulang kat atasnya. Berkerut jugak dahi dia kejap, sebelum mengangguk-angguk perlahan.
Aku tak ingat nak ambik gambar 'Sebelum' dan 'Sedang', yang ada hanya 'Selepas'. Tapi rupa stool yang aku guna tu lebih kurang macam ni (Sumber : Encik Google). Cuma takde la guna kayu berukir macam tu..
Dulang kayu yang dijadikan base meja tu pun aku tak ambik gambar, punyalah jenis hands on terus tak ingat menda lain dah kalau start buat keja. Takpe la, rasanya korang bleh praktikkan ilmu Pelan dan Dongakan dan bayangkan sendiri bentuk asal meja dan dulang tu ya. Aku rotate imej meja DIY ni kejap.
Macam ni, sila pandang arah anak panah, ya. Tak payah terbalikkan telefon pun takpe, sebab gambar dah diterbalikkan untuk korang. Buat meja ni senang aje sebab drill dan screw aje dua objek itu bersama, kemudian drill dan screw pulak empat biji tayar kat bawah. Yang jenuh nak buat adalah proses mengecat, maklum la nak kasi warna putih dari warna hitam banyak kaedah nak kena tempuh. Nak gosok dengan kertas pasir satu hal. Nak alaskan dengan warna asas putih dulu satu hal. Tunggu kering satu layer, alaskan sekali lagi satu hal lagi, dah tiga hal. Belum cerita bab mulakan mengecat dengan warna putih dua tiga lapis, tunggu kering setiap peringkat. Haaa... Lebih daripada 4,5 hal sebenarnya kalau nak buat breakdown.
Siap meja pertama, mulakan projek meja kedua. Ya, demikianlah aku kalau dah mulakan sesuatu menda bukan reti nak slow down bagai. Yang ni azabnya lahai nak bikin, dari awal sampai ke akhir. Sebabnya kena mulakan dari scratch, gunakan bahan-bahan mentah la lebih kurang.
Meja ni adikku Ida tolong gergajikan kayu kasi sama panjang untuk buat kaki nan empat. Billy single board dari Ikea tu punyalah rapuh korang... Menyampah aku nak boleh selesai drill dan screw, penuh hampas dan pecah-pecah plywood nya. Akhirnya kami ambik keputusan drill aje lubang untuk loloskan paku dan tukul aje rapat ke kayu. Paku pulak yang kecik takde, gunakan apa yang ada sampai pecah kayu tu, merekah macam bangku kat taman-taman bunga.
Mejanya aku gunakan briefcase kulit kesayangan arwah ayah yang lebih banyak memanaskan setor daripada digunakan selama ni. Kasi manfaatkannya, dapat gak pahala berterusan kat dia, Insya Allah. Aku balut dulu beg tu dengan surat khabar sebelum cat dengan warna putih kayu dan Billy board yang dah siap tadi. 24 jam kemudian aku mula melilit benang kait warna merah nak tutup kayu yang pecah dan saki-baki paku yang 'dimatikan' tak nak kasi sesiapa tercedera. (Kayu tu aku ambik dari pengalas katil a.k.a 'bed pallets'). Aku sudahi dengan membalut hujung kaki meja itu dengan wallpaper, nak bagi ilusi optik sikit.
Pemilik meja dari briefcase kulit dan kayu pengalas katil serta Billy board itu tak lain dan tak bukan adalah Junior. Sekarang dia bleh makan dan 'sendalkan' ipad dalam satu tempat yang sama. Dan meja tu aku tau bakal menjadi meja pelbagai guna, kita tunggu dan lihat aje ler!
Meja yang pertama tu masih lagi dibiarkan betul-betul kering catnya sehabis baik sebelum digunakan. Nanti bila dah nampak kacak nampak lawa dia pakai NV aku ambik gambar dan kongsi dengan korang.
Sekian untuk kali ni, terima kasih sudi baca. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Salam. Lama dah singgah sini. Now akak ada masa untuk berblogging semula. Nai ni ada bakat trpendam tetpii di rendam. Kalau serious buat ni Nai jadi competitor Ikea ni.
ReplyDeleteSalam. Skrg mmg susah nak update blog kakak.. Bakat suam2 kuku je kakak.. Bermusim. Tq anyways.
Delete