Air Laut Biru, I Love You.
Assalamu'alaikum. Salam Juma'at semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Aku tengah tunggu peluh mengayuh basikal statik warna merah pujaan hati benar-benar kering sebelum menyegarkan badan dengan air suam. Jenuh jugak berdekah-dekah ketawa keseorangan lepas tengok video throwback kelas recorder kat instagram @faizdickievp. Ye, aku adalah #villagepeople yang tak sempat-sempat nak sokong brader faiz gi beli buku kat MPH.
Anyways, aku saje la nak tayang gambar-gambar semalam hari Khamis yang super busy, pagi ke malam. Macam jugak hari ni, lepas subuh aku dah mengayuh basikal merahku dengan slow & steady.. Dapat 45 minit cukuplah, bisik hati kecil ini. Tapi dah terlajak sudah, tengok jam kat handphone dah jam 8.15 pagi. Menggelupur berkejar siap-siap nak ke Jalan Duta, dalam record time 8.40 pagi tayar kereta dah berpusing. Nak hair dryer blow perm bagai memang tak aaar!
Selesai kat Jalan Duta, aku kena pantau projek ubahsuai rumah kejap dan berkejar masuk ofis macam lipas kudung. Mekap apa semua dah wiped out diserap terik mentari. Tetiba rasa penat sangat, dah keluar orang yang aku jumpa dari bilik, memang terbaring berangan nak tidur. Tapi angan-angan biasalah, tak seindah realiti, so aku terkocoh-kocoh bangun meneruskan agenda impromptu balik rumah makan. Tak selera weh makan time berkejar-kejaran dengan putaran detik saat dan waktu.
Petang lepas solat Asar berkejar pulak ke KLCC, tunggu orang yang janji nak jumpa jam 5.30 petang. Haremmmm ke laut time management dia, akhirnya dekat 7.50 petang baru sampai. Sibbaik dia call explain bertalu-talu mohon pengertian dan jasa baik aku tunggu.
Manusia macam ulat kat KLCC petang semalam, aku tak kuasa nak berjalan-jalan. Menyandar je kat bangku seramik belakang pentas CNY, membelakangi Zara. Sumpah aku terlelap beberapa saat, mengantuk tahap gaban. Bila dia call dah nak naik highway Putrajaya, baru aku bangun pelan-pelan pegi masuk keluar butik Mark & Spencer dan Mango.
Marathon Khamis tak berhenti di situ, malangnya. Berderau darah aku berlari menuju surau sebab belum solat Maghrib. Bengap betul aku tak pergi solat dulu masa tunggu minah tu, boleh pulak keluar masuk butik lepas terlelap kat bangku. Dan berlari semula kat Chakra Thai di Tingkat 4 Ramlee Mall, jumpa dia yang dah start makan segala lauk-pauk atas meja.
Panjang cerita kat meja makan, seriously. Yang paling best, aku dipaksa habiskan lauk yang 4,5 jenis untuk berdua. Gila nak habis? Memang tak aaar! Dia bukan apa, tak puas hati aku langsung tak makan apa-apa masa jumpa 1st time kat IOI Mall Puchong minggu lepas. Ye la, masa tu aku belum baik demam.. Mana la ada selera bagai. Aku kalau dah takde selera biasanya makan minggu jugak la, lama aku tau.. Tapi dah jenis aku macam tu.
Lepas makan, aku diminta teman dia untuk tengok-tengok laptop pulak. Layan aje la, memang nak kena turun escalator pun nak balik kan? Dia aku nampak boleh dijadikan kawan, sebab baik dan jujur orangnya. Aku tak pernah ada kawan orang Bidayuh yang baru masuk Islam macam dia, so why not kan? Masa makan tu pun dia duk bagitau pasal niat dia nak tutup aurat secara proper, aku takde tanya apa-apa pun padahal. Rasanya dia tau aku bukan jenis judgmental, rasanya la kan. Dia nak hantar aku balik tapi takpe la, memang dah ada orang standby pun tunggu nak ambik aku. Masa salam nak balik tu aku terjatuh sayang pulak kat dia, haish. Hatiku ini memang penuh kasih dan sayang, masalah betul!
Berjela-jela dah jadinya entry ni, bukan ada apa-apa pun. Tak kisah la, janji aku update blog. Terima kasih la sudi baca, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment