One Hijab A.M to P.M

Assalamu'alaikum. There's one time sometimes you just love a particular hijab so much that you don't mind to keep donning it day in day out, for about a few days? Well, that was me then back in the uni, at least. Dah lama tak buat kerja macam tu, maklum la umur macam aku ni kena la jaga rapport sikit, kan? Tapi Sabtu dan Ahad baru-baru ni aku duk pakai shawl sama pagi sampai malam, selesa sangat fabriknya. Kat sini aku cerita yang hari Ahad je, tau.. sebab yang hari Sabtu kena buat entry asing, cerita pasal open house. 

Mak aku masuk wad dekat dua minggu, kelam-kabut sungguh kami adik-beradik nak tempuhi dugaan yang mendatang. Teruk keadaan mak kali ni, maklumlah paru-paru dia makin lemah dan jangkitan kuman pulak makin hebat, siap batuk berdarah hampir segelas mug masa tadah. Kami semua dah takde kata-kata, sama-sama membantu dan berkongsi menjaga setakat termampu. Aku pulak demam dan batuk serentak dengan dia, ada masa-masa yang aku telan ubat, memang terbaring lesu je kat rumah tak boleh jenguk mak. Nasib baik la adik bongsu kami tengah cuti panjang, ada jugak yang sentri 24 jam walaupun selalu dihalau mak guard, tak bagi jaga mak sebab dia lelaki.



Lepas 10 hari antibiotik dimasukkan ke dalam badan mak, doktor buat keputusan nak bagi mak balik. Alhamdulillah... tempoh kritikal sudah berakhir dan mak dah boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda takat nak ke tandas. Jam 10.30 pagi aku dan Salami dah terpacak kat hospital, proses apa yang patut untuk mak discharge. Dua jam lebih jugak la melangut dalam Discharge Lounge tu, teman mak bergossip dan berborak itu ini.


Susut benar badan mak, maklumlah dia aritu terus sambung puasa enam dalam bulan Syawal. Elok je raya, kena jangkitan kuman dalam paru-paru... Mau tak kurus beriya? Mak aku ni ada 9 nyawa, alhamdulillah, masih diizinkan untuk kami menumpang kasih di bawah teduh doa seorang ibu. 



Beriya nak suruh ambik gambar dia, nak bagi kat wassap group, supaya kawan-kawan tau dia dah boleh balik rumah. Sekarang tempoh berehat kat rumah, kami kuarantin dia daripada panjangkan langkah nak ke kuliah subuh ke kelas mengaji ke apa ke, sila jangan sebut pun, kalau tak kami semua bertukar jadi The Avengers secara berjema'ah.


Dah mak keluar wad ni, baru aku boleh pergi restock barang-barang dapur, yang kritikal sejak lepas cuti raya. Ratu groceries kan aku, jadi bila aku lumpuh, maka lumpuhlah seisi keluarga daripada bekalan yang wajib mahupun sunat. Harap maklum je la, kan..


Sebenarnya aku sangat penat dan kalau boleh nak tidur je kat rumah, tapi takpe la, bila lagi nak buat semua tu kalau bukan hari Ahad? Lagipun, kebetulan Salami masih ada kat rumah, bolehlah ajak dia teman aku nak jimatkan masa dan tenaga.


Dak kecik Athiyya ni of course la berkepit je dengan Mak Long, kan? Abang Ajieq aku suruh buat latihan Matematik kat rumah, balik nanti aku check kerja dia. Kalau tak pesan macam tu, ntah mana-mana dia pergi kejar Pokemon pulak.


Lepas Maghrib, waktu kami bertiga keluar makan. Aku belum elok selera makan dan badan pun sangat lemau sebenarnya, tapi tak nak la hampakan perasaan dua hero pujaan Malaya hidupku itu. Makan la jugak walaupun tekak rasa payau dan menelan pun susah yang amat. Baru aku perasan, bukan setakat aku pakai shawl yang sama, t-shirt pun aku tak tukar! Yang bertukar hanyalah inner tudung dan alas t-shirt. Tapi aku mandi, tau... Jangan ingat aku bau asyam pulak, tau..! Hehehe.


Demikianlah sehari suntuk aku busy sepanjang Ahad baru-baru ni. Tiba hari Isnin, aku makin lemau badan, demam seram-sejuk semula. Dah tua macam tu ler, harap muka je nampak muda.. 

Okay la korang, cukup dulu sampai di sini. Jaga diri dan jumpa lagi! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.












Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan