Assalamu'alaikum. Wah... seronok nampak, mentang-mentanglah hari ni masih cuti, ya? Aku tak cuti pun, baru je lepas jumpa orang ni ha, lepak kejap update blog sebelum bergerak ke tempat appointment seterusnya. Alhamdulillah... ada job tu kira syukur yang amat sangat, rezeki bulan Zulhijah. Mudah2an berterusan sampai bila2, diberkati di dunia dan di akhirnya. Ameen... Kali ni meh kita tengok gambar-gambar sekitar bulan Ogos, birthday month Puan Nai at Tak Pe Je. Melepasi 4 series kehidupan ni, hati makin cepat tersentuh, maklumlah makin muda, kan? Adatlah tu, nama pun manusia. Tahun ni aku dapat kek birthday 3 kali, hokeh? Macam comel sangat, terasa pelik pun ada, biasanya tak macam ni. Tapi aku tak komplen, tersengih-sengih macam kerang busuk je ler, terasa diri begitu berharga, begitu dihargai. Birthday aku tahun ni jatuh pada hari Ahad, jadi diri tak dihambat waktu sangat. Sebelah siang tu aku masak biryani ayam kat rumah, makan bersama family mana yang ...