Green, Sad Eyes, Long Hair and I

Assalamu'alaikum. I'm a green person, so I love everything green, to say the least. Baju, hijab, aksesori, stationary, pendek kata semuanya hijau la senang cerita. Mata dan hati ni cepat je tertarik pada warna hijau, terasa begitu damai lagi mendamaikan. Gambar kat bawah ni menggambarkan apa yang selalu membuatkan aku tertarik: shawl, tunic, permata berwarna hijau, dan lelaki yang bermata syahdu dan berambut panjang. Apa entah yang merasuk hati ni, cepat sangat terkesan dengan kombinasi lelaki bermata syahdu dan berambut panjang. Bila tengok drama Korea, Goblin: The Lonely and Great God, Kim Shin (Gong Yoo) sangat menepati dua kriteria fizikal yang membuatkan aku disampuk angau. Speechless beberapa ketika masa mula2 tengok cerita tu, dah la watak dan perwatakannya menepati citarasa, cukup perisa segala.


Tapi tak nak la cerita pasal Goblin banyak-banyak, dikhuatiri tak lena tidur pulak, kenn? Meh kita tengok kombinasi hijab, tunic dan cincin zamrud yang lebih selamat untuk diceritakan dengan panjang lebar. Takde la sampai kucar-kacir perasaan dan naluri seorang aku.


Salah satu tona hijau yang aku paling gemar adalah emerald, memang tak mampu lari daripada mengumpul warna yang sama, walaupun dah bersepah dalam koleksi. Kulit aku sesuai dengan warna ni, naik seri gitu kalau letak kat badan ataupun muka. Itu pada pendapat aku la, kan. Arwah ayah aku dulu pun sama, suka sangat beli segala menda warna emerald untuk dirinya sendiri dan anak perempuan sulungnya.  

 

Bukan setakat pakaian, botol air pun aku suka kumpul kaler hijau. Kronik betul, like, "Oh, mak kau hijau!"


Maka tak hairanlah bila aku tengok kat IG kawan suamiku, yang juga jadi kawanku sendiri, ada jual cincin zamrud yang sungguh menawan kalbu, aku terus book tak tunggu hatta sesaat sekalipun. Hari ni sampai dari Kedah, tersengih-sengih la aku pakai on the spot.. 


Aku pakai saiz 13, memang niat nak pakai kat jari tengah. Cantiknya alahai... Dulu ada yang lagi besar, tapi kena curi. Kali ni beli yang sebesar duit 10 sen pulak, tukar style sket. 


Dengan suami, muat kat jari kelingking, jelas perbezaannya, kan? Hehehhe. Dia taste tak sama bab2 cincin ni, dia modern, aku vintage dan old school. Bagi dia, cincin macam ni sesuai untuk orang2 tua, ataupun orang tua2.. Bagi aku pulak, lawa yang amat. Cincin modern pun aku suka jugak, tapi tetap tak boleh pinggirkan cincin berbatu permata style lama. Dah memang wired sebegitu, apa nak dikata?


Selain emerald, aku minat jugak rubies, delima orang kita panggil. Kalau ada je batu delima, memang aku akan rembat tak pikir dua kali dah. Cuma bukan senang nak jumpa menda2 rare gitu, kalau ada pun, mahal la pulak! Kalau korang suka menda2 gini, kita gang. Old school la sket tapi, tak semua orang macam kita ni..

Okay la, terima kasih sudi baca sampai habis. Jaga diri dan selamat berhujung minggu. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan