Setahun Beranjak Lagi, Selamat Hari Jadi...

Assalamu'alaikum. Wah... seronok nampak, mentang-mentanglah hari ni masih cuti, ya? Aku tak cuti pun, baru je lepas jumpa orang ni ha, lepak kejap update blog sebelum bergerak ke tempat appointment seterusnya. Alhamdulillah... ada job tu kira syukur yang amat sangat, rezeki bulan Zulhijah. Mudah2an berterusan sampai bila2, diberkati di dunia dan di akhirnya. Ameen... 

Kali ni meh kita tengok gambar-gambar sekitar bulan Ogos, birthday month Puan Nai at Tak Pe Je.  Melepasi 4 series kehidupan ni, hati makin cepat tersentuh, maklumlah makin muda, kan? Adatlah tu, nama pun manusia. Tahun ni aku dapat kek birthday 3 kali, hokeh? Macam comel sangat, terasa pelik pun ada, biasanya tak macam ni. Tapi aku tak komplen, tersengih-sengih macam kerang busuk je ler, terasa diri begitu berharga, begitu dihargai. 


Birthday aku tahun ni jatuh pada hari Ahad, jadi diri tak dihambat waktu sangat. Sebelah siang tu aku masak biryani ayam kat rumah, makan bersama family mana yang ada, sebab adik-beradik aku berterabur di muka bumi ini. Ida ada kat Vietnam, pergi cultural visit dengan gang2 Masters dia, siap wish melalui video kat Instagram, tersangat standard sebagai seorang Pisces girl! Apih ada kat Nilai, Mi ada kat Terengganu. Maka, aku keluar malam tu bertiga je la, dengan cik abang dan Junior.


Tempat yang cik abang bawak kami ni sangat cozy dan romantik, cakap pun level berbisik je kat situ, restoran French la katakan... lagu pun membelai2 lain macam. Nak pesan makanan sikit punya susah, kena buat muka selamba tanya waiter, dikhuatiri terpesan kulit siput semata, siapa nak jawab? Aku terharu sangat2, sebab dengan keadaan sekarang, aku tau cik abang sebenarnya berkorban banyak benda nak bawak makan kat situ. Takpe je kalau makan-makan kat rumah, tapi bila dia ada effort nak buat macam tu, memang membuatkan aku tersentuh dan terharu.


P.A aku bila dapat tau pasal birthday aku, dia siap datang hantar cupcakes Red Velvet yang sangat sedap dan gojes. Aku makan dua ketul je, yang lain-lain tu payung seisi rumah ler, apa lagi, kan? Junior bawak ke sekolah dan share dengan kawan-kawan, dah mintak bawak lagi keesokannya sebab sedap sangat! Alhamdulillah, anak aku tak kedekut dan sangat pemurah orangnya, sejuk perut aku mengandungkan dia.


Seminggu berlalu, tibalah masanya adik-beradik pulak meraikan birthday aku, dah overdosed kasih mesra kalau gini gaya. Kek ala2 Secret Recipe Choc Indulgence size kecik tu Mi tempah dengan kawan dia, sedap jugak rasanya. Bertenggek kat tepi kek Ida letak jugak cupcakes yang Tikah bagi, tak nak ketara sangat kosong takde hiasan, katanya. Gayat hakak ni duk depan lilin macam mercun tu,  weh... terpercik ke muka segala bagai. 


Mak happy betul, tak pernah tengok dia beriya nak menyambut birthday aku. Katanya mungkin ini yang terakhir dia ada peluang, kami semua saje tak nak tambahkan blues, pakat 'buli' dia ramai2 nak bagi dia tak fikir negatif. Ngeri sebenarnya kami semua dengar menda2 gitu, baik jangan disebut2 sangat, dikhuatiri akan rosak mood majlis sambutan harijadi pulak. Hurmm.. itulah, meh kita tukar topik, meh! Tu haa, nampak juadah atas meja, kan? Adik-adik ipar aku yang buat, Mee Kari Ogos nama dia.. bukan senang nak merasa masakan adik ipar, weh..!


Lilin kecik yang Mi letak atas kek tu tak mau padam sampai sudah, nak tergolek aku kat meja. Akhirnya Mi ambik semangkuk air dan matikan api secara manual, havoc satu rumah, dah macam ada pertunjukan sarkas pulak! Kegembiraan melata di mana-mana. Rasanya cik abang je yang masih boleh control macho, orang lain diketuai aku, habis tergelak besar tak ingat dunia.


Seronoknya keadaan macam ni, nikmat Allah manakah yang ingin aku dustakan? 


Keluarga yang bergelak ketawa, derita berduka bersama, kekal bersama. Selamanya.


Semoga dikekalkan dalam ukhuwah sejati, Insya Allah.


Ogos sudahpun berlalu pergi, tapi kenangan indah tahun ini akan senantiasa mewangi dan mewarnai kehidupan seorang aku. Setahun lagi usia bertambah, segala suka dan duka yang ditempuhi mudah-mudahan menjadikan aku semakin dewasa dan berpijak di dunia nyata. Terima kasihlah sudi baca sampai habis, sayang korang semua! Jumpa lagi nanti, Assalamu'alaikum.



~ Nai at Tak Pe Je.








Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan