Demam Musim Kenduri Kahwin

Assalamu’alaikum. Jumaat lepas aku balik Temerloh, tidur kat sana sebab ada kenduri hari Sabtu. Anak dah balik awal ikut nenek, bibik dan Pak Ngah dia lepas solat Jumaat, maklumlah lama tak lepak dengan kawan-kawan. Aku ikutkan memang tak berdaya nak berkenduri kendara bagai, penat fizikal mental dah memerah otak dan keringat sepanjang bulan. Tapi demi famili terkasih, kuredahi juga. 



Kesian kat mak, tak habis2 duk explain kat selagi ada orang keadaan aku.. letih sangat katanya, demam beriya. Mana taknya, aku langsung tak jenguk rumah sepupu dari sampai malam tu, esok paginya dan sampai sudah tak buat kemunculan. Memang melampau, aku pun sedar tapi tak boleh nak paksa badan dah... lemau tahap maksimum. Pakai lawa2 tengahari tu, pergi makan kat khemah tetamu, jumpa pengantin kat meja beradab, balik tidur kat rumah. Bangun tidur, bangun tidur, solat jamak qasar, tidur semula. Serius penat.



Nampak biasa je kan? Haa... itulah pasal, aku duk tahan je tu! Nak makan ubat selesema dari awal, karang kenduri pun aku tak jenguk, lagi naya! 




Sepupu aku ni yang paling bongsu, sama baya dengan adik bongsu aku. Jodoh dengan orang Shah Alam, nanti duduk kat sana la lepas nikah. Takpe la, nanti mak nak jemput dorang datang makan kat rumah aku, boleh la aku pujuk hati dia hopefully. Sekeping gambar pun takde dengan pengantin, ok?



Majlis sambut menantu abang sulungnya pun dibuat sekali, kira dua pasang pengantin la hari tu. Aku happy sangat akhirnya Abang Wan bertemu jodoh, depan tangga je pulak tu, huntong laaa...! Elok pulak yang sulung dengan yang bongsu bertemu jodoh dalam waktu yang sama. Alhamdulillah... selamat sudah semua anak mak sedara aku kawin, meramaikan umat Muhammad. 



Adik-beradik aku je la yang jenis berat jodoh, anak2 pun tak membiak sekerap mana, hurmm... takpe la janji ada jugak cahayamata daripada takde langsung, kan?  Tinggal lagi dua orang yang belum nampak bayang calon nak menamatkan zaman bujang. Semoga mak dipanjangkan umur nak tengok dorang naik pelamin. Ameen...

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan