Blouse Terengganu Kita

Assalamu'alaikum. Ok, aku memang tengah try nak belajar buat baju yang ada lengan, tapi dek kerana insaf akan kekurangan diri, tak berani ambik risiko potong kain pasang baru. Belek punya belek, aku ambik keputusan nak makeover maxi skirt yang aku tak berapa gemar nak pakai selama ni. Kalau terkorban dalam menjalankan tugas pun, dapat gak pahala syahid skirt tu, gitieww...


Macam yang aku jangka, hazabedah yang amat nak pasang lengan. Mak suruh aku masuk kelas menjahit, biar pandai buat pelan. Katanya, sehari aku dah boleh pandai sebab aku cepat pickup, ehemm..! Mak memang terlebih yakin kat anak dia. Masalah satu lagi, aku pergi guna kain lycra, sah-sah mencabar urat saraf dan kesabaran ler jawabnya. Akhir sekali, aku belasah jahit tangan je sambung lengan tu, settle masalah. Senget benget toksah cerita la, entah berapa kali tetas jahit, tetas jahit nak boleh ke jadi. Itupun asal jadi je ler tahap pencapaiannya, sekarang aku dah paham sikit asas penyambungan lengan pun dah seribu rahmat.


Leher pun aku jahit tangan, taruk interfacing dulu nak kasi mudah, keputusan yang sangat tepat! Oh ya, lengan blouse ni aku terpaksa buat pendek sebab tak cukup kain. Masa potong skirt tu, aku letak baju contoh kat tengah-tengah sebab nak ambik corak bunga kembang setaman tu. Jadi, baki kiri dan kanan skirt aku ambik buat lengan, jenuh ejas nak cukupkan side. Takat itu je yang mampu diselamatkan.

Berani dah ke nak potong kain pasang baru? Hurmm.. Belum, ikhlas cakap. Kena cari kain yang berlambak kat rumah ni, asalkan bukan jenis lycra, satin mahupun sutera. Dah elok pandai buat dan sambung lengan, baru kita bergerak maju ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, teruskanlah menelaah dan menonton tutorial menjahit baju, terutamanya memasang lengan di gedung ilmu, you.tube. Terima kasih sudi baca, Diwali Vannakam buat semua yang beragama Hindu dan selamat bercuti buat yang lain. Bye for now! 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan