Fesyen Viral 2019


Assalamu’alaikum.  Tahun lepas aku dah pakai baju kebaya modern dengan kain batik Solo, masa tu belum viral lagi kat Malaysia ni. Bukan apa, dari zaman anak dara umur 15 tahun aku memang suka cari kain batik buat kain, dipadankan dengan kurung modern kain polos. Tahun ni aku jahit sendiri dua helai lace, sehelai tanpa alas dan sehelai lagi dengan alas. Lace hijau ni dah siap lama dah, lepas aku balik Mekah awal Januari 2019, dijahit tangan sehari suntuk nak pakai pergi kenduri kahwin staff di Gua Musang. Masa tu aku jodohkan dengan kain batik Solo, memang banyak helai dalam koleksi aku, penat nanti korang tau berapa helai semuanya. 


 Memandangkan baru pakai sekali pergi kenduri dan sekali pergi kerja, aku simpan nak pakai buat pakai masa bulan syawal, raya kan sebulan? 7 Syawal semalam aku pakai dengan kain potongan A daripada kain songket dapat hadiah majlis mana entah, ada tersengih dalam stor bertahun-tahun lamanya. Kita lain sikit la kan, dalam pada hampir semua orang pakai lace dengan batik, aku tukar pakai songket pulak. Lace ni kalau tak alas dan pakai inner aje kat dalam, nampak lain sikit pada pandangan mataku. Lebih modern, casual dan trendy. Kena hati2 padankan dengan kain apa, dikhuatiri jadi sexy pulak, kan ke susah nanti?



Lagi sehelai yang ada alas penuh aku belum pakai, yang itu pun niat nak padankan dengan songket. Warnanya cantik, sesuai sangat dengan songket maroon yang aku jahit tangan 100% beberapa bulan sebelum Ramadan. Bila entah nak pakainya, kot la ada majlis yang sesuai elok jugak keluarkan dari almari. Aku duk ikhtiar nak settle puasa 6 sampai Sabtu ni, mudah2an diizinkan Allah. Settle awal senang sikit nak attend mana2 jemputan open house, kalau tak kena pergi time maghrib siap iftar sekaligus. Kalau sihat, boleh sambung sampai hari Isnin depan, cukupkan ganti tinggal puasa 8 hari semuanya. Maklum la tahun ni datang period 3 hari awal dan 3 hari akhir Ramadan, jenuh ler menggantinya! Tapi dah namanya Allah bagi kesihatan, apa ada hal nak komplen? Maknanya Dia tahu aku mampu la tu kan? 

Lepas ni ingat nak start puasa Isnin khamis la, umur pun makin tua. Lagipun aku rasa jauh lebih sihat bila puasa. Semoga diizinkan-Nya. Ameen... 

~ Nai at Tak Pe Je.




Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan