Demam Biryani : Ayam & Kambing
Assalamu’alaikum. Saka biryani Pakistan datang menyerang lagi, susahnya bukan kepalang. Selagi tak masuk dapur dan masak sendiri, selagi tu tak senang duduk aku dibuatnya. Cuti Hari Pertabalan YDPA baru-baru ni aku bersilat di dapur dan terhasillah biryani ayam, dijodohkan dengan ayam pencen masak sambal, sambal belacan (pujaan kekanda) dan acar resipi Chef Ammar. Bukan nak puji diri sendiri la, tapi memang terbukti sedap dan konsisten, dengan syarat ikut betul-betul resipi yang aku ambik dari Sandhya’s Kitchen.
Sedapnya makan cuti-cuti, menternak lemak dan melayan penat.
Meraikan permintaan anakanda, Sabtu lepas aku masak biryani lagi, kali ni biryani kambing pulak, tuan-tuan dan puan-puan. Cara masaknya sedikit berbeza dan lebih rumit, renyah la pendek katanya. Sebab tu aku ambik masa yang lama sangat-sangat nak mencuba resipi Sandhya’s Kitchen nan satu ini, rasa macam ‘Hurmmm... boleh ke aku buat ni? Rumit gila kot!” Tapi demi memenuhi hajat orang tengah exam, mummy pun mencuba la sedaya upaya.
Berkat dedikasi dan kesabaranku, alhamdulillah seisi keluarga bergumbira menikmati hidangan istimewa dari Nai’s Kitchen. Maklumlah, aku ni jarang nak datang angin rajin, selalunya serah tugas pada bibik aje. Kecuali buat sambal belacan, sebab kekanda tak boleh terima cara penyediaan sambal belacan oleh bibik, tekak dia reject. Aku sampai sekarang tak paham kenapa, aku makan elok je rasa. Kopi pun sama, dia takkan minum kalau bibik yang buat. Dulu masa mesin kopi De Longhi fully automatic masih berfungsi takpe, setting semua menda tinggal tekan suis je. Tapi dah masuk kali ketiga hantar service centre kat Petaling Jaya, spare part takde dan kalu nak baiki anggaran dalam RM1.5k tak termasuk upah, tak kuasa aku, baik beli baru! So, pakai je De Longhi semi automatic yang kena brew sendiri, froth susu sendiri. Niat bibik nak memudahkan aku, dia bangun subuh cepat-cepat siapkan kopi untuk majikan. Sampai satu hari tu kekanda pesan, cukuplah membazirkan kopi dan susu yang mahal, dia takkan minum kopi kalau bibik buat. Ok, sejak tu aku je yang lulus buat kopi untuk incik suami, takpe la dah nama pun aku isteri, takde nak komplen apa aih!
Tinggal lagi aku tak sangka pulak sambal belacan pun menerima nasib yang sama. Again, I don’t mind at all, takat tumbuk sambal belacan amenda masalahnya, kan? Betapa rutinnya aktiviti menumbuk belacan, aku dah terer nak kasi tak memercik cili ke muka tanpa menggunakan perisai Captain America. Caya la!
Anyways, nanti aku buat entry khusus untuk kongsi resipi biryani kambing ni, ya. Tapi resipi yang guna Instant Pot la, manual punya aku tak reti. Ilmu aku ni dari you.tube dan pengalaman aku hanyalah bersifat experimental, try and error. Mak dan adik aku Mi punya style campak-campak dan agak-agak, tapi aku dari mula-mula nikah dulu memang bergantung pada resipi bertulis. Bila ada you.tube, resipi visual pulak. Cara mana sekalipun, apa yang paling penting adalah kemahuan dan kesungguhan. Buat sampai jadi, lama-lama boleh ajar orang lain pulak...
Ok guys, thanks for dropping by and I’ll see in the next entry. Assalamu’alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment