Seringan Kapas

Assalamu’alaikum. Lama sangat aku takde projek menjahit dalam skala yang lengkap, takat buat caftan masa kuarantin kali ke-2 bulan Ogos gitu je la. Hobi kalau dah terpaksa bukan lagi hobi namanya, kan? Maka dengan itu memang kita semua perlu ada seruan menuju kejayaan baru boleh jadi kenyataan. Seruan itu bernama MOOD, jenuh nak panggil kalau dia lari jauh. Macam kebiasaannya, aku buat keputusan on the sport bila dah terdetik nakkan sesuatu. Contoh, bangun pagi satu hari terasa nak cari English cotton maka itulah yang aku buat. Ikut hati jugak nak pilih penjual mana dalam media sosial yang mana. Dipendekkan cerita, aku pilih dua pasang kain daripada Iliaz kat Instagram, bayar dan tunggu sampai rumah.


Kuning dan biru, lembut kainnya tak macam English cotton yang aku beli bila entah, lama sangat dah masa anak sekolah rendah lagi. Niat nak tolong kawan-kawan menjual, aku beli dua pasang. Takde la kata tak lawa ataupun tak selesa pakai, cuma jenis kainnya keras. Awetnya boleh tahan, langsung takde luntur warna walaupun dah bertahun-tahun dipakai. 


Kejap je sampai, tak sempat penat menunggu. Tenung-tenung kain kat tangan, aku duk fikir nak tempah kat mana baju kurung modern? Punya la nak cepat pakai, aku ambik keputusan jahit je sendiri takat kegunaan aku lepas la kan? Terlupa kejap aku boleh menjahit, apa entah. Sebenarnya mood aku terpotong banyak kali setiapkali ingat takde mesin jahit tepi kat rumah, itu alasan utama. Nak beli dah lama tapi kena ikut senarai keperluan dan kehendak, sila beratur jangan potong barisan. 


Seharian aku siapkan sesempurna mungkin, dengan keterbatasan alat dan kelengkapan. Nak kasi tak terlampau berserabai hujung kain, aku guna gunting zigzag (yang dah tumpul) dan fungsi jahitan klem mana yang ada. Bila sarung kat badan, rasa macam dibelai sejuk kainnya. Aku pakai sampai Maghrib langsung tak panas, memang terbaik dari ladang! Yang lagi penting, bagi ilusi nampak lebih kurus daripada biasa. Heheh.

… kan dah kena tahan daripada beli lagi?

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan