Adinda Di Medan Perang
Assalamu’alaikum. Selamat Tahun Baru, korang! Alhamdulillah kita masih lagi bernafas di bumi bertuah ini, walaupun ada yang terpaksa bergelumang dengan lumpur terutamanya di Hulu Langat, Kelang, Puchong dan sekitar Shah Alam. Taburan hujan 1:1 abad ini sangat mencabar keimanan dan ketahanan fizikal mental, rata-rata kita terkesan bak dilambung tsunami. Mana yang kita mampu bantu, sama-samalah menyumbang, ok guys?
Ujian hidup kita beza-beza, mana nak sama tapi ikut mana sekalipun kita wajib berjuang selagi bernyawa. Jihad paling utama adalah mempertahankan diri sendiri, jadi kalau ditakdirkan kita perlu berperang untuk hidup, berperanglah!
Kerana adinda juga di medan perang, bukan di medan seni semata-mata. Kanda di medan selera ke Medan Mara ke Medan Indonesia?
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment