Kerapu Masam Manis Cinta Meletup Kapow
Assalamu’alaikum. Sebelum aku start berkejaran dengan puing-puing waktu, molek rasanya kalau kita borak pasal resipi special sempena Ramadan kali ni. Special sebab aku yang masak dan solat kat masjid dah rapatkan saf. Bagi aku itu sangat special news, alhamdulillah. Maka dengan itu tanpa membuang masa, kita mulakan dengan penuh gaya bagaikan diva!
1- Seekor ikan kerapu (dilumur, dicelup dan direndam tepung jagung/gandum + garam secukup rasa). Belah tengah dan goreng lautan dalam, maknanya minyak biar panas membara, hapus tenggelam ikan.., melimpah ruah seperti kasih Baek Yi-Jin terhadap Na Hee-Do.
2- Untuk kuah yang bakal disiram atas ikan yang siap digoreng, mayang halus mulus bak kulit wajah Ko Yu-Rim tanpa pori-pori bahan-bahan berikut:
(a) Selabu bawang putih;
(b) 5 ulas cili padi; dan
(c) 2 ulas cili besar.
- Tumislah ketiga-tiganya sekaligus sambil pakai mask sebab weh… menusuk ke hujung nostril anda!
- Dah nampak bertukar warna bawang putih itu, masukkan air masak sikit tak nak kasi hangit, diikuti dengan 3 sudu makan sos ikan, 1/4 tapak tangan mungil gula melaka, 1 sudu makan gula pasir dan 2 sudu makan air asam jawa. Masukkan 4 sudu makan sos pencicah Thai dan gaul sebati.
- Bila dah hancur semua gula melaka dan gula pasir, masukkan pula 2 batang ketumbar, ikutlah nak diikat ataupun lepas bebas begitu sahaja. Yang penting, ada.
- Tuang atas ikan dan hiasilah keperibadiannya dengan daun ketumbar agar lebih terlihat hijau lagi mendamaikan.
Amaran keras: Lupakan diet seketika, enjoy the fish to the fullest. Sesekali aku masuk dapur, memang takde moderation because I’m extreme like dat.
Ramadan kareem, you guys! Aku tak tau la apa nak buat sedih sangat ni lepas habis drama Thirty Nine dan Twenty Five Twenty One. Ni apa masalah entah tajuk Matematik memang mendajalkan gamaknya?! Weh tolong la weh… sedihnya la cerita dua ketul drama ni!
Ok la esok aku kena pergi shopping mekap biar terubat sikit hati.
Comments
Post a Comment