Hurry Raya Katanya

Assalamu’alaikum. Betapa Ramadan enggan bertamu cukup sebulan, Allah awalkan tarikh keberangkatan pulangnya sehari cuma. Itu pun dah menggelupur umat manusia di seluruh Malaysia kebanyakannya. Baru sezarah kejutan yang dizahirkan, marilah kita sama-sama menginsafi kekerdilan diri. Kerana siri-siri kejutan sudah terlampau banyak jika diamati baik-baik, dari alam yang mulai bosan bersahabat dengan kita. Bagi yang tadarrus al-Qur’an sepanjang Ramadan, mungkin ada yang terdetik di benak yang paling dalam saat menyelusuri mafhum kalam Allah. Mungkin juga terlepas pandang atau terhijab daripada memahami tentang amaran-amaran kejutan luar biasa yang telah lama termaktub. Maka dengan itu, usah dikejar khatam jika maksud sepatah ayat dijeling pun tidak. Bawa-bawalah menelaah selepas ini ya, kawan-kawan.. semoga akhlak kita ikut mewangi dan mewangikan sekeliling.


Tazkirah panjang hari ni, sesekali menyampaikan pesanan walaupun sebaris ayat… takpe je kan? Kita borak-borak kosong pulak, jom. Aku tahun ni buang tebiat kot, tak sibuk nak cari baju raya sampai pakai je baju-baju lama. Raya pertama aku pakai baju yang aku beli kat butik Variante, Melawati Mall hujung bulan Ogos tahun 2020. 


Beli sepasang baju pinkish purple ke dusty pink warna macam tu entah, tapi keluarga pastel yang lembut di mata sejuk di hati. Tapi disebabkan sejenis melekat di badan kainnya, maka tak lepas ISO nak pakai di khalayak umum. Aku tukar guna skirt songket yang aku jahit sendiri masa kenduri akad nikah adik bongsu kat Terengganu sana. Masuk Ramadan tahun ni, badan aku banyak dah menyusut saiz daripada dulu untuk rasa selesa pakai sepasang atas bawah kain yang sama. Cuma masih tetap tak lulus ISO dari segi labuh baju, jadi aku jahit tangan lekatkan lace kat bawah. Tunjuk kat lembaga penapisan piawaian shariah compliance, dorang berdua luluskan tanpa sebarang pindaan. Kira boleh la gazet dan jadikan undang-undang gitu, lebih kurang. 


Hala ke tua ni malas nak cari baju raya, kasut raya, brooch raya, handbag raya macam zaman dulu kala… tapi masih rajin cari tudung raya. Itu pun tak kuasa nak ronda-ronda survey sini sana langsung… drive pergi Wangsa Walk, masuk butik Ariani terus beli yang matching dengan baju. Q untuk bayar, lepas tu balik rumah. Macam tak percaya itu adalah aku, tapi percayalah… itu aku, wahai aku! 


Bibik pakai jubah pink yang sama tema dengan aku, tapi nak guna shawl kusam yang dia pakai hari-hari jenguk ST Rosyam Mart. Aiyyo… sibbaik aku ada standby shawl Ariani sehelai warna coklat, boleh la masuk dengan jubah tu. 


Baju Melayu anak dengan ayah dia pulak aku suruh pilih kain ikut warna baju aku, dengan pesanan: kalau takde yang matching, gunting sikit sample kain untuk aku pergi beli baju lain. Eh2 sudahnya dorang ambik warna purple, ko rasa? Itu yang aku cari shawl yang ada motif purple, geram jugak rasa. Nak ikut dorang pergi kedai aritu aku tak berapa sihat, kena demam bakteria menggigil bagai, doktor ingatkan denggi asalnya. Tapi takpe la, kira jalan je la warna lebih kurang bila duduk bertiga. 


Kononnya nak ambik gambar tak tengok  kamera, entah la jadi berserabai pun ada. Boleh la daripada takde gambar langsung, syukur dengan apa yang ada alhamdulillah. Aku suka koleksi gambar raya outdoor macam ni, penat la duduk setempat tak berkembang gitu. Nampak hijau pemandangan desa, kan best? Orang usaha pergi masuk bendang bagai nak cari kampung vibes, aku keluar depan rumah mertua dah terbentang luas suasana indah. Rindu pulak pada kampung halaman sendiri, baik di Temerloh mahupun Terengganu.. bila entah nak ada rezeki beraya kat sana… nak fikir pun dah malas. 

Sekian saja, kita jumpa lagi lain kali. Selamat sambung beraya! 

~ Nai @ Tak Pe Je. 






 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan