Posts

WW ~ Awesome Japanese Green Tea

Image
🍵 ✅ 👍🏼 ~ Nai @ Tak Pe Je.

Permulaan Minggu Baru

Image
Assalamu'alaikum. Malam tadi aku terlelap lepas Maghrib, bangun-bangun tengok jam dah pukul 10.30 malam, maka meranalah mata nak bagi pejam sampai ke pukul 2.30 pagi. Berapa kali entah alarm Subuh aku berkokok, dan berapa kali jugak pakwe kejutkan, jenuh aku berjihad nak mengheret kaki masuk tandas, ambik wudhu' segala bagai. Aku berangan jugak nak sambung tidur semula dan bangun pukul 7.30, tapi itu semua janji dan harapan palsu semata-mata, sudahlah Nai! Disebabkan sangat mengenali diri dan kemampuan sendiri, maka aku tak berani nak ambik risiko itu, cepat-cepat aku lempang muka secara sopan dan bangun mandi. Elok je pukul 8.15 pagi aku pergi jenguk anak bujang, mentally prepared yang dia masih berselimut macam ulat gonggok, jadi aku takde la mengguruhkan suara kat dia, cukup buat gempak sikit-sikit je. Lagipun aku tau, malam tadi dia pun tertidur lepas Maghrib, macam berpakat pulak dengan aku.  Apa nak buat, lambatlah kami pagi ni sampai ke destinasi, dah kena singgah i...

Burberry Prints

Image
Assalamu'alaikum. Guess what? I'm writing this post with the sound of raindrops and thunder in the background ( HERE ), how absurd is that? And true to its description, I somehow found it magical, the sound does make me half asleep in no time at all. I've been fighting not to fall asleep since this evening, and you should know by now that I'm not really into daytime sleep, for the fear of a sleepless night. I think that it's finally the time to stop fighting, now that it's passed 11 o'clock at night. Anyways, I still want to finish this entry before putting it up for 'publication' after midnight, in a scheduled 'release', to say the least. And yeah, it's in English this time, I just realized it at the end of the first paragraph, not that it matters anyways. Oh, my! The rain has taken its toll that effectively, really. It feels as if I'm sleeping in a tent at a camping site nearby a beach or a river. I should have listened to ...

Ada Apa Dengan UPSR?

Image
Assalamu'alaikum. Sebenarnya entry ni nak cerita pasal konvo Masters adik aku, si Apih. Kebetulan pulak minggu konvo tu result UPSR baru keluar, seluruh Malaya dilanda gempa dan tsunami kejatuhan pencapaian anak-anak terkasih, disebabkan gred permarkahan yang dinaikkan dua minggu sebelum exam bermula (dan pelajar Darjah 6 jadi bahan ujikaji silibus baru, KBAT ke apa mak neneknya lagi). Ok, ada banyak isu kat sini yang aku nak ulas, tapi lebih baik aku buat satu entry khas tentang topik ni, tak sesuai pulak dengan gambar-gambar kami sekeluarga yang tersengih macam kerang  busuk dari awal sampai akhir. Cuma satu yang aku kena tekankan, iaitu 3 orang adik aku takde UPSR pun sebab dorang ikut arwah ayah sambung belajar kat UK dari Masters sampai PHd, balik Malaysia dorang terus masuk sekolah menengah: Mi masuk Form 4, Apih Form 2 dan Ida Form 1. Adik masa tu umur 5 tahun, jadi dia tak termasuk dalam perbincangan ni. Memang dorang kena lalui saat-saat yang sangat getir dalam me...

Interval Weekday - Weekend

Image
Assalamu'alaikum. Semalam adalah hari Juma'at yang produktif lagi mendamaikan, alhamdulillah. Lepas hantar anak ke sekolah, aku pelan-pelan selesaikan segala bagai tugas yang bersusun tangga menunggu sentuhan tuannya. Ada sorang client tu janji nak jumpa jam 9 pagi untuk ambik Sijil Lahir asal anak angkatnya, tapi aku dah kenal sangat perangai dia, paling awal dia boleh datang pun mesti dekat-dekat 3 jam dari waktu yang dia sebut. Semalam pun macam tu la jugak kekdahnya, jam 11.45 pagi baru dia terpacak depan pintu pagar. Jenis manusia macam tu, tak guna kita marah, lebih baik kita yang ejas masa sendiri dan manfaatkannya dengan kerja-kerja lain sementara menunggu dia betul-betul datang.  Elok je selesai dengan dia, aku makan tengahari dan sambung buat kerja apa yang patut. Memandangkan semalam adalah hari terakhir persekolahan, maka anak bujangku itu perlu dijemput pada jam 2.30 petang. Aku angkut bibik pergi sekali, senang dia memboloskan diri pergi bantu Junior angkat seg...

Mutiara Kata Hari Juma'at

Image
Assalamu'alaikum. Lama dah entry ni terperap dalam draft department, jadi ada baiknya aku bebaskannya ke dunia luar, kesian berlama-lama sangat kat situ, tak baik tau! Aku tulis mutiara kata ni sebagai reaksi kepada keadaan-keadaan sekeliling yang aku nampak depan mata, secara langsung mahupun tidak. Dalam suatu perhubungan, kebanyakan masanya, mesti ada salah satu pihak yang suka sangat nak mengubah pasangan masing-masing supaya mengikut acuan yang dikehendaki, bahkan kadangkala sampai ada yang menggunakan paksaan, manipulasi emosi dan kekerasan fizikal. Kenapa harus begitu, cuba soal diri sendiri, kenapa harus begitu? Berubah ke arah kebaikan tak salah, bahkan dituntut agama kita, itu semua orang pun tahu. Tinggal lagi, diri sendiri perlulah menginginkan perkara yang sama seiring dengan peredaran masa. Maksud aku, tak kisahlah kita ni berubah kerana manusia pada awal kejadian, bukan kerana kesedaran dan kemahuan sendiri pun, janji dalam hati yang paling dalam, kita...

Dari Kacamata Seorang Pencinta

Image
Assalamu'alaikum. Dah lama sangat aku tak ambik masa menikmati suasana lepas hujan, ada dekat berkurun lamanya; berkurun dalam erti kata yang sebenar, bukan setakat metafora ataupun penguat adjektif semata-mata. Suasana nyaman dan mendamaikan itu seakan-akan terpendam sekian lama dalam taman hati, lebih macam sekali kita pandai kayuh basikal, sampai bila-bila pun kita takkan lupa punya. Haa.. macam tu perumpamaannya perasaan aku terhadap suasana selepas hujan turun.  Hujung minggu lepas, aku dengan tindakan separuh sedar, duduk bersila depan pintu mengadap balkoni bilik, perasaan yang dah lama aku lupakan menerjah-nerjah tangkai hati, membawa aku ke alam persekolahan menengah rendah. Dengan jelas, aku nampak seorang aku yang berusia 15 tahun, lengkap berbaju kurung plain dari kain cotton berwarna biru lembut, bertudung separa labuh warna putih sedang duduk menunggu hujan reda di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu waktu itu, Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Haji ...