Posts

Seperti Mak Lom Mendapat Bunga

Image
Assalamu’alaikum. Ada pepatah baru kot hari Jumaat lepas, iaitu ‘Seperti Mak Lom Mendapat Bunga’. Hahhah! Terkejut gila aku dapat surprise daripada budak2 kat ofis, kan main dorang buat pakatan harapan kat belakang, ya?  Mana tak terkejut, dah lambat bebenor lagi birthday aku, siap menyelinap keluar dan bunyikan loceng ofis, panggil aku sign delivery bagai. Menjerit Mak Lom depan pintu, ciss! Wa Kena, Beb! Kena big time punya!    Dah berzaman aku tinggal musim dapat bunga segala, bagi bunga pun masa konvo adik2 je. Dulu siap kasi warning kat suami, udah2 ler buat bunga delivery hantar kat ofis, aku segan orang sibuk menyakat. Dah la kami menyewa kat serviced office tahun-tahun pertama bukak firm dulu, memang jenuh orang duk sengih-sengih ucap tahniah segala. Aku mana boleh gitu, kurang gemar. Low-profile la katanya. Tapi sepanjang hayat ni, baru pertama kali dapat surprise macam ni punya comel. Budak2 ni aku dah anggap macam family sendiri, memang hari2 ketawa bersama, me...

Dunia Hitam Putih & Makan-Makan

Image
Assalamu’alaikum. Minggu ni aku ambik keputusan untuk bawak sendiri kes-kes pusaka macam dulu-dulu, tak nak hantar associate pergi. Pertamanya, sebab jadual minggu ni agak free, dah selesai kerja-kerja urgent kat ofis. Keduanya, sebab aku ada misi penting yang memerlukan attendance fees masuk poket sendiri, tak mengalir keluar kepada orang lain.  Budak2 aku teruja lain macam bila tengok aku pakai satu sut blazer dengan skirt, terserlah imej ma’am dorang sebagai seorang loyar buruk. Beriya la nak bergambar bagai, aku layankan aje.  Yang mana ada kat ofis je ler bergambar nya.. yang takde tu ada kes kat Mahkamah Syariah. Ofis ni dah takde legal assistant yang in charge kes civil, tinggal ma’am je sorang. Jadi, kalau tak suruh associate pergi, ma’am kena pergi sendiri. Ye la.. tak mampu nak bayar gaji, ekonomi macam sekarang ni baik minimumkan kos mana yang boleh. Manalah tau kan, esok2 diizikan Allah untuk kembali menggajikan orang lain. Sementara itu, kita pelan-pelan kayuh apa...

WW ~ Hidup Ini Dibatasi Realiti & Fantasi

Image
Assalamu’alaikum. Antara harapan, impian dan angan-angan.. Di situlah letaknya kenyataan. ~ Nai at Tak Pe Je.

Resipi Nasi Biryani Ayam TPJ: Ewant & Instant Pot Pressure Cooker

Assalamu'alaikum. Entry kali ni khusus dibuat atas permintaan seorang pembaca yang teringin nak masak biryani ayam dengan pressure cooker jenama E-Want yang baru dibelinya. Cuma resipi ni aku guna fungsi-fungsi pressure cooker jenama Instant Pot, aku cuba ubahsuai dengan E-Want jugak, ok? Hashtag sis cuba, jangan kecam sis tau...! Here goes:  1. Ayam, dipotong sederhana. Cuci bersih-bersih, ketepikan.  Ikutlah nak banyak mana, kalau takde lauk tambahan, letak seekor ataupun separuh pun takpe. 2. Beras Basmathi ~ 3 cawan, direndam 1/2 jam.    3. Bahan-Bahan Untuk Perap Ayam:- Bahan-Bahan A                      Bahan-Bahan B                   - 3 helai Bay Leaves               - segenggam hirisan daun pudina + daun ketumbar - 1/2 camca jintan putih        - 3 biji cili padi hijau, dibelah dan...

Rabu, Meja Hipster & Birthday Hi-Tea

Image
Assalamu’alaikum. Semalam alkisah, sampailah meja kopi yang aku order kat Shopee, sebelum lunchtime. Teruja nak pasang, dah siap screw driver segala kat tepi, tak zzzzabar rasanya! Sekali takde manual kat dalam kotak, ko rasa? Kuncup kejap semangat Mak Lom ni haa, tapi takpe.. dengar cerita, terer main jigsaw puzzle. Apa ada hal? Awalnya aku berkenan yang warna hitam ni, tapi lama sangat duk bertangguh, sudahnya habis stok, padan muka! Putih je yang tinggal, putih pun putihlah.. janji dapat jugak akhirnya, kan? Tengoklah harganya tu, mampu milik la kiranya. Lagipun, tunggu depan mata je tak payah keluar pergi kedai langsung. Aku mintak bantuan budak aku, mana boleh pasang menda2 ni secara solo. Takkan nak pegang guna kaki pulak, kan ke payah tu? Pemasangan meja ni simple aje, aku ada tanya penjual dalam Shopee tu kenapa takde manual, dia mintak wassap dan akan tunjuk cara macamana. Tapi dia reply dah petang, aku dah lama siap pasang pun, bertuah betul! Kena guna imaginasi...

WW ~ Pusara Di Lantai Jiwa

Image
This, though. ~ Nai at Tak Pe Je.

Adik Dah Masuk Dunia Hitam Putih

Image
Assalamu’alaikum. Adik bongsu aku dah rasmi jadi lawyer minggu lepas, elok sangatlah tu.. sempurna sudah impian arwah ayah, Alhamdulillah. Sama je nasib macam aku, dia bukan minat pun nak ambik law dan tak beriya nak praktis, cuma taat dan patuh pada permintaan ayahanda. Gitu la dik, takpe, kakak ada... itulah yang aku janji kat dia dulu-dulu, lepas SPM. Seronok tengok dia akhirnya happy dan pasrah dengan suratan takdir. Kakak ni biasalah, sentiasa ada untuk adik-adik, selagi hayat dikandung badan. Jadi, masa dia diterima masuk dan didaftarai di Mahkamah Tinggi Malaya, aku tampil menjadi 'mover' dia. Buat pertama kali dalam sejarah amalan guamanku, aku bersetuju untuk jadi 'mover' sebab takde senior lawyer lain yang free masa tu. Hehehe, kalau tidak memang takde nya aku sanggup. Mana boleh, hati tisu macam aku ni karang buat drama air mata pulak masa baca teks ucapan yang disediakan oleh Pempetisyen. Dah warning siap-siap, "Adik jangan tulis sedih-sedih, mal...