Seperti Mak Lom Mendapat Bunga

Assalamu’alaikum. Ada pepatah baru kot hari Jumaat lepas, iaitu ‘Seperti Mak Lom Mendapat Bunga’. Hahhah! Terkejut gila aku dapat surprise daripada budak2 kat ofis, kan main dorang buat pakatan harapan kat belakang, ya? 



Mana tak terkejut, dah lambat bebenor lagi birthday aku, siap menyelinap keluar dan bunyikan loceng ofis, panggil aku sign delivery bagai. Menjerit Mak Lom depan pintu, ciss! Wa Kena, Beb! Kena big time punya! 
 


Dah berzaman aku tinggal musim dapat bunga segala, bagi bunga pun masa konvo adik2 je. Dulu siap kasi warning kat suami, udah2 ler buat bunga delivery hantar kat ofis, aku segan orang sibuk menyakat. Dah la kami menyewa kat serviced office tahun-tahun pertama bukak firm dulu, memang jenuh orang duk sengih-sengih ucap tahniah segala. Aku mana boleh gitu, kurang gemar. Low-profile la katanya.



Tapi sepanjang hayat ni, baru pertama kali dapat surprise macam ni punya comel. Budak2 ni aku dah anggap macam family sendiri, memang hari2 ketawa bersama, menangis bersama. Bila dorang buat macam ni, terharu sangat aku rasa. Kasih-sayang yang melimpah-ruah terasa berlegar di udara.



Aku sengaja tinggalkan jambangan bunga mawar nan indah itu di ofis, biar yang menyambut aku nanti adalah bau yang romantis lagi manis. Semanis kasih sayang kerana Allah antara kami, Insya Allah.

~ Nai at Tak Pe Je.





Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan