Posts

Dalam Pelukan Permaidani Syurgawi

Image
Assalamualaikum. Kami pergi umrah lima beranak,  semua pengalaman pertama kecuali mak,  yang dah naik haji dengan arwah ayah sembilan tahun lepas. Dulu mak in charge jaga mak mertua dan seorang mak jiran,  dah la dia bukannya sihat sangat, cuma dulu masih gagah berjalan jauh tanpa berkerusi roda.  Itupun masih di hujung-hujung ibadah,  mak masuk wad jugak dua tiga hari sebab alahan habuk di Madinah. Kali ni ayah dah takde, mak berkerusi roda dan anak sulung, menantu sulung, cucu sulung dan anak bongsu bertanggung jawab menjaganya. Imigresen di Madinah takde masalah,  jemaah yang tiba pun tak berapa ramai masa tu dan kami melepasi kaunter dengan senang lenang, alhamdulillah.  Ambik bagasi masing-masing,  kami kemudiannya bergerak ke bas yang sedia menanti di luar perkarangan terminal. Setibanya di hotel dan usai urusan check in,  aku ditemani suami dan adik mengambil keputusan untuk solat isyak dan jamak ta'khir Maghrib di Masjid Nabawi....

WW ~ Tiada Lagi Kidungmu.

Image
Kumiliki bayangmu.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Kasihku Kasihmu Bersatu Di Raudhah

Image
Assalamualaikum. Dah seminggu kita di tahun baru,  2019. Aku masih lagi mamai, tengah ejas balik sistem badan dengan masa dan jadual kehidupan di KL ni.  Lebih 20 hari di perantauan,  bermusafir dengan segala macam kisah suka dan duka,  aku kembali menjalani rutin sebagai seorang drebar terhormat kepada anak bujang terkasih.   Rindu yang takkan pernah kunjung padam... Dalam banyak-banyak tempat di dunia ni,  yang paling aku nak pergi adalah Haramain. Tuhan saja yang tau betapa banyak kali rencana untuk ke sana tergendala, disebabkan miscarriage saja dah 4 kali,  belum lagi disebabkan faktor-faktor lain. Akhirnya , setelah 9 tahun menunggu,  bonda dapat jugak menunaikan umrah dengan anak sulungnya ini.  Alhamdulillah.  Banyak masa aku luangkan dengan mak,  terima kasih sangat cik abang izinkan dan kasi peluang sebesar dunia untuk aku berbakti sedaya mungkin.  Kami turun Madinah dulu,  dan aku cuku...

Celoteh Mummy dan Mak Lom

Image
Assalamualaikum. Lama tak berceloteh kat sini,  banyak sangat menda nak kena settle kat tempat kerja dan rumah, biasalah hujung tahun.  Barang-barang sekolah anak pun belum sempat beli,  macam tahun lepas rapat nak masuk tahun baru tak silapnya bergegas ke Kamdar dan Ariani cari baju,  seluar dan yang sewaktu dengannya.  Tahun ni nampak gayanya macam tu jugaklah. Seluar budak bertuah tu 6 bulan je elok,  lepas tu mula la senteng sebab makanan jenis tolak ke atas meninggi,  takde hala ke tepi melebar.  Kasut pun sama,  6 bulan dah ketat sebab kakinya memanjang dah rupa kapal layar aku tengok.  Kalau beli baju dan kelengkapan nak gi overseas,  memang mendapat la mummy dia,  simpan stok bagi kat Muhammad je kekdahnya.  Nanti anak sedara aku tu tak payah beli baju winter,  semua ambik yang abang, ada gak pekdahnya.  Nak cerita apa entah, sedar-sedar dah panjang intro, teruskanlah aje,  ya?  Ok,  s...

WW ~ Count Me In

Image
Not done. Just yet. ~ Nai at Tak Pe Je.

Kurta, Songket & Set Kambing

Image
Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, Jumaat lepas jadi dah kurta anak bujang dengan leher yang dia mintak. Mummy bangga dapat buat sendiri, tak jemu-jemu mata memandang. Kurta ni adalah produk paling kemas yang aku buat setakat ni, siap dengan jahit tepi tempah kat kedai. Ingat nak buat poket sorok kat dada, tengok dulu macamana sebab mummy diserang batuk dan selesema.   Sabtu pagi aku bersongket bagai pergi kenduri nun di Bandar Bukit Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kainnya keras, entah berapa kali pakwe tanya panas ke tidak. Surprisingly tak, kain lining kat dalam aku memang pilih fabrik kapas yang menyamankan. Lagipun naik kereta yang ada ekon, bukannya menapak di bawah terik mentari. Takat turun berenti isi minyak kat BHP jalan ke kaunter kejap, apa ada hal. Turun lagi sekali, jalan sikit je masuk dewan kenduri kat UBE Banquet Hall. Dalam tu pun sejuk, bukan dewan cikai. Susah nak capture warna songket ni, tergantung pencahayaan sekeliling. Gambar ketiga...

Potong ar...

Image
Assalamu'alaikum. Aku tak boleh tidur, jenuh ler esok nak survive seharian di kantor. Ni mesti sebab tidur lena yang amat masa gelombang elektrik dialirkan ke seluruh badan lunchtime tadi. Keluar je pusat rawatan lepas sejam, balik kawasan semula, makan nasi lauk gulai ikan masin. Pergh... Mari! Solat zuhur, berkejar ke Gombak ambik anak. Ada regular customer wassap tanya aku kat ofis ke tidak, dia nak datang sign surat akuan. Adoi, sabo kejap ya.. Mak Lom tak cukup ruang nak tapau segala tugas dalam satu masa! Bila buat entry ni baru perasan yang aku asyik sauk Bokitta kaler pink ni, dah banyak minggu macam tu. Nampak sangat baju aku punya warna yang senada seirama, boleh masuk dengan tudung ni. Adeh, dah pukul 2 pagi ni, mata masih belum mengantuk. Ni ada kaitan jugak dengan kejadian lepas isyak, memang tak boleh la nak kompromi. Aku pergi Aeon Big beli fabrik nak buat kurta anak bujang, lepas tu bibik kata nak beli biskut dengan susu fresh. Hurmm.. Sekali...