Kasihku Kasihmu Bersatu Di Raudhah
Assalamualaikum. Dah seminggu kita di tahun baru, 2019. Aku masih lagi mamai, tengah ejas balik sistem badan dengan masa dan jadual kehidupan di KL ni. Lebih 20 hari di perantauan, bermusafir dengan segala macam kisah suka dan duka, aku kembali menjalani rutin sebagai seorang drebar terhormat kepada anak bujang terkasih.
Dalam banyak-banyak tempat di dunia ni, yang paling aku nak pergi adalah Haramain. Tuhan saja yang tau betapa banyak kali rencana untuk ke sana tergendala, disebabkan miscarriage saja dah 4 kali, belum lagi disebabkan faktor-faktor lain. Akhirnya , setelah 9 tahun menunggu, bonda dapat jugak menunaikan umrah dengan anak sulungnya ini. Alhamdulillah.
Banyak masa aku luangkan dengan mak, terima kasih sangat cik abang izinkan dan kasi peluang sebesar dunia untuk aku berbakti sedaya mungkin. Kami turun Madinah dulu, dan aku cukup puas hati dapat tolak wheelchair mak setiap fardu 5 kali sehari, selama 5 hari. Adik, anak dan suami pun turut menyumbang tenaga, tapi kebanyakan masanya memang aku yang in charge, sesuai dengan niat aku selama ni.
Rindu yang takkan pernah kunjung padam...
Banyak masa aku luangkan dengan mak, terima kasih sangat cik abang izinkan dan kasi peluang sebesar dunia untuk aku berbakti sedaya mungkin. Kami turun Madinah dulu, dan aku cukup puas hati dapat tolak wheelchair mak setiap fardu 5 kali sehari, selama 5 hari. Adik, anak dan suami pun turut menyumbang tenaga, tapi kebanyakan masanya memang aku yang in charge, sesuai dengan niat aku selama ni.
Mak memang teramat happy sepanjang di sana, gambar semuanya sengih sampai ke telinga. So plain to see, tak payah jadi rocket scientist nak nampak kegembiraan yang jelas terpamer di wajahnya yang makin dimamah usia. Dia dah tak kuat nak berjalan, asma dah tahap kronik benar, tapi dia takde sakit lain, selagi kita tolak dia naik wheelchair dan dia tak guna tenaga, insya Allah tak ada masalah langsung untuk dia beribadat.
Yang paling tak boleh aku lupa, masa proses nak menuju Raudhah. Rasanya sebelum, semasa dan selepas menjejaki Raudhah adalah saat yang terindah dan akan kuabadikan dalam hatiku ini selagi hayat dikandung badan. Air mata gembira yang mak titiskan selepas solat di Raudhah dan di sekitar tiang menuju keluar kawasan Raudhah takkan ada galang gantinya. Elok je selesai dhuha di situ, mak datang mintak nak salam dan peluk aku kemas-kemas, tak sudah-sudah dia ucap terima kasih. Aku masa tu dah tak mampu nak bernafas pun, tahan air mata pun memang tak langsung, hanyut dalam emosi yang tersendiri. Tapi dalam masa yang sama, kena kuat untuk seorang ibu.
Semoga Allah sudi jemput aku lagi, menjejakkan kaki di karpet hijau melalui jalan biasa, bukannya jalan untuk wheelchair. Buat masa sekarang, aku dah lebih daripada bersyukur, kerana dah tertunai impian bonda nak bertamu di Raudhah. Kami berpakaian serba hitam hari tu, kebetulan pulak, sebab biasanya aku memang lebih senang berpakaian warna lain sepanjang berada di Madinah. Sempat aku abadikan gambar mak berdiri megah di hadapan Pintu nombor 25, usai berdrama air mata segala bagai di tempat yang paling menjadi buruan umat Islam yang mengunjungi Masjid Nabawi. Aku tak banyak gambar kat sana, takpe lah.. semua tu terpahat indah di sanubari.
Banyak yang nak aku ceritakan, tunggulah waktu yang sesuai. Cukup sampai di sini dulu, semoga dipermudahkan segala urusan semua, insya Allah. Terima kasih sudi baca, Assalamualaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment