Khamis, hari terakhir Januari 2019

Assalamualaikum. Hari ni Khamis,  31hb Januari 2019, tarikh keramat DYMM Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-16 secara rasminya.  Sebagai anak jati kelahiran Pahang,  aku rasa bangga, entahlah kenapa. Masa Sultan Mizan dulu takde pulak rasa macam ni,  agaknya sebab tak lahir di Terengganu walaupun ayah orang sana dan seluruh keremajaanku letaknya di sana. Takpe la,  semoga YDPA baru akan diterima baik sepanjang 5 tahun perkhidmatan Baginda dan diberkati Allah swt hendaknya. Ameen...


 Hari ni aku pakai shawl setelah sekian lama malas nak melilit-lilit dan memilih bokitta kebanyakan masa. Sebab utamanya,  cik abang kata dia lagi suka tengok aku pakai macam ni,  eh pulak dah. . Kata nak suruh cepat siap tak payah tunggu lama-lama. Ikutkan aje ler,  tapi aku pakai inner ninja dan selempang je zass zass,  pin kat belakang. Tak kuasa pulak nak lama-lama depan cermin. 


(Pujaan Dinda la sangat pose), menyampah buat-buat macam candid, huh!  Oh ya,  lagi satu,  hari ni jugak tarikh pembukaan Secret Recipe kat kejiranan ofis dan kariah masjid kami ni,  sebelum orang start masuk,  kami dah memeriahkan majlis dulu. Siap ada surprise staff SR bawak kek dan nyanyi lagu Happy Birthday lagi. .. Haa kerlas ko Maria! 


 Esok cuti Hari Wilayah,  jadi kami pakat makan bersama-sama sehari awal sempena meraikan harijadi incik boss itiewww. Muka dia surprised betul tadi,  sebab kononnya takde masa la nak plan apa-apa, dia tetiba panggil staff turun makan sebelum lunchtime. Eh,  sempat jugak si Tikah komplot, kuis2 panggil budak SR dari tepi pintu,  nyorok2 order kek. Huntong laa. .!  Aku pun agak terkujat sebenarnya,  takpe la menda-menda gitu kita tepuk tangan sambil menari je la,  kan? 


Tak cukup korum,  mana yang ada je la,  dah namapun boss panggil turun tetiba,  tak aci la kan? Ni mesti sebab awal bulan aritu kami makan di SR Wangsa Walk tak ajak dia,  jadi teringin nak makan sama-sama kat outlet baru pulak. Takde hal,  makan punya pasal,  laju aje siapa pun,  tak gitu? 


 Laaa. .. Kebetulan pulak ada yang pakai tudung sama di dua SR outlet yang berbeza,  confirm ada jodoh dengan SR namanya ni! 


Lepas ni senang la nak beli kek nampak gayanya,  anak aku dah pasang banyak niat tu,  siap la ko,  Mak Jemah!  Esok anak sekolah jugak walaupun aku cuti,  dah sekolah dia daerah Selangor apa nak buat?  Jalan kurang la sesak hendaknya, jangan manusia berduyun-duyun start balik kampung cuti panjang,  sudah. Aku ada rencana esok ni,  semoga dipermudahkan segala urusan, insya Allah. 

Selamat bercuti pada yang menyambut Hari Wilayah dan yang tak cuti,  selamat bekerja dengan tekun. Jumpa lagi nanti,  Assalamualaikum. 

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan