Seputih Lantai Bajuku
Assalamualaikum. Okay, sejak balik umrah ni, aktiviti dan projek #diy #naimenjahit berada pada gear 'N' dengan hand brake ditarik. Minggu kedua menjejakkan kaki semula ke rumah, aku pelan-pelan bukak lipatan kain putih bercorak timbul dari gobok legenda. Potong ikut contoh baju Muslimah yang lebih sedekad usianya, yang mana fabriknya aku beli di Bandung, kalau tak silap. Jahit jelujur guna tangan je dulu, sementara ada mood nak jenguk mesin jahit. Tak sampai sehari dah siap jahit badan, lengannya dibiarkan dulu, ambik masa selesaikan banyak perkara lain.
Sampailah cuti panjang Sabtu sampai Isnin sempena Thaipusam, aku sudahkan apa yang dimulakan. Potong kain untuk buat lengan dan guna contoh seluar peberet aku yang dah bertahun-tahun lamanya dibeli kat Belle Wangsa Maju. Pergi guna mesin, confirm ada tangan lain yang sentuh, setting semua lari. Malas nak pening kepala try and error cari keserasian benang, jarum dan fabrik (sampai patah sebilah jarum), aku turun bilik mak nak guna mesin dia. Hurmm. .. Bibik selamatkan jarum terakhir dalam simpanan, patah seribu masa kami kat Mekah. Best kan?
Tiada apa yang boleh menghalang aku kecuali Allah, sudah pasti. Maka, aku selamba badak siapkan sepasang baju dan seluar busana Muslimah dengan jahitan tangan, tak sampai dua hari. Mak Jemah kalau kata hendak, jangan cuba halang. Takde maknanya. Isnin dah boleh pakai kalau aku nak, tapi aku bawak bertenang sehari, pakai pergi Imigresen keesokannya. Jodoh dengan Bokitta kaler hitam, sesuai sangatlah baju pasca Thaipusam, ke guana?
Sistem kat Imigresen Putrajaya tersangkut la pulok dari pagi, melangut macam orang pelarian kat sana. Nak balik, jauh. Nak datang hari lain, berapa hari nak cutikan anak dari sekolah? Nak tak nak, bertabah aje ler tunggu sampai sistem ok, yang mana makan masa seharian, dari 8am, selesai dapat pasport dekat nak asar. Itu dapat nombor 6 sebaik saja kaunter bukak, bayangkan la dia punya best level mana. Respek betul aku kat diri sendiri, takde rasa nak bunuh orang pun. Alhamdulillah.
Sampai KL sebelum 6pm, terima kasih ya Allah Kau bagi jalan smooth dari daerah sana ke daerah sini. Kira baguslah, semua selesai akhirnya dan balik tu sempat lagi aku posing, sebelum mandi manda ganti baju lain. Mak kata dia bangga sangat aku dah pandai jahit baju dan seluar macam ni, talented betul anak mak, katanya. Hihihi comel.
Aku bukan apa, duk beriya praktis nak jahit baju raya sendiri sebenarnya, di samping nak jimatkan kos upah baju. Dah jenis suka beli kain pasang, kan boleh jimat kalau pandai jahit sendiri? Lepaslah takat nak buat baju simple macam ni, itupun dah seribu rahmat. Beli yang ready-to-wear (RTW) bukannya murah kalau nak kain elok. Cuma ye lah, aku beli kain ni murah je kat Nagoya Aeon Big Wangsa Maju, berapa ringgit je semeter. . Nama pun nak belajar. Lepas ni yakin la sikit nak beli kain mahal pulak.
Tak pasal-pasal banyak busana Muslimah dalam koleksi, jangan maraa. ..!
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment