Sampai Tempat Sejuk, Awan Pun Cair

Assalamualaikum. Minggu-minggu kebelakangan ni KL dirasakan lebih kering dan taburan hujan agak kurang daripada biasa.  Weekdays takde la jenuh sangat, takat keluar pergi ambik anak sebelah petang,  boleh la tahan selagi rajin pakai spek mata hitam dan aircond kereta elok berfungsi. Selebihnya, duk dalam ofis je,  balik petang dah tak sehangat tengahari. Itupun selagi aircond bilik tidur tak lancarkan mogok lapar. Tapi bila tiba hujung minggu,  masak ler dalam rumah seharian,  lebih-lebih lagi masa beraksi di dapur untuk sajian tengahari ataupun makan malam. Ye lah,  lately rajin pulak aku masuk dapur, mostly disebabkan tak lalu nak telan masakan bibik. Bukan tak sedap,  cuma tak menepati taste bud yang buat perangai semenjak dua menjak ni. Sudahnya,  bila teringin nak makan clear seafood tomyam dan mee goreng basah,  aku buat sendiri baru jadi. Dengan bibik-bibik sekali cair,  jangan marah! 


Hari Sabtu lepas balik beli lauk basah di Pasar Tani,  aku terus masak lala dan dekat jam 12 tengahari,  tambahkan sayur sebagai menu iringan.  Bibik goreng ikan bawal dengan telur ikan tenggiri je,  ringan sikit kerja dia kan.  Makan la teman pakwe,  tak lalu pun jugak aku ni,  sebab bukan lala yang aku teringin nak makan. Lepas tu,  beramai-ramai pergi makan kat house warming jiran kat taman kami,  jalan je lain. Bukan main banyak makanan,  satu pun tak bukak selera aku. Yang boleh tahan sikit,  bubur pulut hitam,  itu pun tiga suap pertama je rasa sedap. Masalah betul takde selera ni,  kan?  Dah susut badan Mak Lom ni ha. ..

Dah solat zuhur kat rumah, aku tak kuasa nak mereput dalam aircond, impromptu ajak pakwe drive naik Genting.  Mamat tu kepala sama dengan aku bab-bab berjalan,  maka berdua kami memulakan perjalanan menuju puncak Genting. Elok azan Asar kami pun sampai,  pergh. . Lama gila tak pergi sana,  kali terakhir masa junior cinonet lagi,  tak lepas nak naik roller-coaster sebab tak cukup ketinggian minimum.  Ajak pergi bukan nak ikut,  lagi rela duduk mengadap game kat komputer 24 jam.  Takpe,  boleh mummy daddy berlagak bujang. 


Bila lagi nak melaram dengan skirt dan blazer tebal kalau tak di puncak Genting? Orang lain mungkin takde hal pakai T-shirt, aku wajiblah sedar kekurangan diri,  so takpe la,  layering activities berlaku dengan sempurna di bahagian dalam dan luar. 


Entah apa relevannya tudung merah dengan pakaian hari tu,  aku pun tak tau,  yang pasti aku malas nak ambik tudung lain,  main sauk je tudung yang pakai pergi house warming sebelum zuhur. Ada aku kisah?  Mak Jemah buat dono je. ..


Lama tak jejak Genting,  macam rusa masuk kampung tengok kat dalam. Dah rupa kat Hong Kong pun ada,  lagi lawa kot! Lain kali kena pergi bawak anak-anak sedara,  mau tak nak balik karang.  Banyak gambar kami ambik, terutamanya berlatar belakangkan TV gergasi dalam Sky Avenue,  tapi pakwe aku boleh delete semua,  sebab dia ingatkan dah forward kat aku.  Haiyya!  Dia forward gambar solo je, yang lain mana ada,  haaa nangis bucu katil,  padan muka.  Nak kena pergi semula ambik gambar,  ya?  Hehehe alasan. 


Starbucks kat Hotel First World Genting sangat best,  donut dia lebih gebu dan menambat selera berbanding outlet lain yang pernah aku makan. Ada jugak menda yang bukak selera aku.  Masa dinner kat Absolute Thai tak dapek nak nolong,  tertutup selera,  apa nak buat. Itu maknanya kena pergi carik tomyam kat Danok,  ada bran?  

Apa-apa pun,  seharian sampai malam lepak di puncak Genting amatlah bagus kepada diri kita,  tak percaya,  silalah try buat. Ada live band tau kat sana malam minggu,  gempak kebaboom performance dorang. Walaupun waitress datang banyak kali tanya nak beer ke idok,  abaikanlah,  anggap je sebagai hiburan. Coke ada je,  self-service kat sebelah belakang. Liberal sangat gamaknya kami bagi sesetengah orang kerana masuk lepak tengok live band tempat gitu,  tapi takpe la,  itu pandangan peribadi orang dan kami tak pernah sentap. Yang penting,  kena sedar, kenal had dan batasan agama,  jaga diri serta hiasi peribadi. 

Kita ni kena muhasabah diri,  jangan sibuk nak fikir dosa orang,  sebab dosa kita pun tak terjangkau dek fikiran. Sekian,  terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali,  Assalamualaikum.

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan