Busana Muslimah Bertemakan Songket

Assalamualaikum. Hari ni adalah Isnin yang mencabar ketahanan fizikal dan mental, melawan rasa mengantuk akibat lemau-lemau badan,  panas dalam. Malam sebelumnya dah telan ubat selesema, sinus dan ponstant.  Bangun 5.30am terus tak tidur sampailah sekarang, tersengguk-sengguk semenrara menunggu azan Isyak. Elok je selesai solat, dah terjegil semula biji mata,  ko rasa?  Memang berbaloi la aku lawan,  alang-alang berjaga biar sampai midnight,  barulah tidur berkualiti emas sepanjang malam. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.


Punyalah mamai, terbabas masuk exit Wangsa Maju lepas DUKE Highway, satu hal pulak meredah traffic jam nak buat u-turn ke Setiawangsa. Asar dah siap solat di surau Shell menghala ke UIA dari MRR2, jadi takde la meremang takut terlepas waktu. Nak jemput anak bertuah habis kelas tambahan 3 kali seminggu kat sekolah sepanjang tahun,  sila bertabahlah ya,  mummy! 


Hari ni aku pakai satu sut busana Muslimah yang baru siap jahit malam tadi,  start potong petang Sabtu. Kain songket SB Line ni aku beli kat Instagram kainpasang.my macam biasa,  lama dah terperap kat ofis.  Memandangkan aku selesa pakai macam ni semasa dan selepas waktu bekerja, maka apa salahnya kalau aku menambahkan koleksi peribadi,  kan?  Maklumlah dah boleh gagah jahit sendiri,  tak sibuk nak kena tempah segala bagai. Cuma bab lengan belum mahir sangat,  mesti ada problem kat mana-mana,  kali ni terlebih jatuh bahu sebelah kanan. Dah tetas tadi sebelum azan maghrib, tunggulah sihat sikit baru betulkan. 

Kot la korang berkenan nak buat busana Muslimah guna kain macam ni,  boleh la dijadikan inspirasi. Asyik buat baju kurung dan kebaya je,  sekali sekala tukar selera,  ok apa?  

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan