Jabal Rahmah: Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana.

Assalamualaikum. Diriwayatkan,  setelah sekian lama terpisah dan saling merindui,  akhirnya Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu di Jabal Rahmah. Maka dengan itu,  berbondong-bondonglah umat Islam memanjat puncak bukit ini demi mendapat jodoh. Yang belum berpunya,  menyeru nama impian kalbu, tak kurang jugak yang dah berpunya,  menyeru impian kedua,  ketiga mahupun keempat. Huntong laa.... !


Bagi sesetengah orang,  ini semua khurafat. Bagi aku pulak,  tergantung niat asal itu sendiri, jangan sampai tersalah sandaran kerana yang memakbulkan tetap Allah swt,  selebihnya adalah ikhtiar semata-mata. Sama jugak macam orang kepingin anak, dengar je makan buah zuriat boleh mengandung,  pulunlah makan.  Takpun,  mandi kat Tasik Dayang Bunting di Langkawi sana,  sejuk menggigil pun berendamlah sejam dua. Sekadar menyebut dua contoh, banyak lagi cerita kat luar sana,  kan. 

Maka dengan itu,  tempat-tempat mustajab doa memang patut dan perlu kita imani, asalkan jelas hukum dan sandarannya. Takde satu hadis pun yang sebut pasal doa jodoh kat Jabal Rahmah ni,  kan? Sampai macam-macam benda khurafat orang buat kat atas puncak,  nasib baik tak penuh dengan mangga insan bercinta je.  Kalau nak berdoa jodoh jugak kat sini,  mohon syafaat sirah kasih sayang Nabi Adam dan pasangannya, agar diizinkan jua pengakhiran yang sama. 

Bagi aku secara peribadi, daripada gigih mendaki puncak bukit,  lebih baik berdoa di hadapan Kaabah dan Masjidil Haram,  yang mana pahala solat pun dah 100 ribu kali ganda berbanding masjid-masjid lain.  Kita berdoa di sana pun,  sandaran tetap kepada Yang Maha Berkuasa dan kaabah adalah kiblat, bukannya pengantara. 


Pokok pangkalnya,  apa jua ikhtiar untuk mendapatkan jodoh, zuriat atau hajat-hajat lain,  sandarannya harus jelas,  iaitu kembali lagi kepada izin Allah. Kot la lepas berdoa di puncak Jabal Rahmah, balik Mekah ditakdirkan bertemu jodoh,  sudah tentu syukur Alhamdulillah. Itu kebetulan yang harus disyukuri,  tinggal lagi jangan lupa kepada siri-siri doa dan ikhtiar yang selama ini dilakukan. Sesungguhnya Allah amat menyukai doa-doa yang berterusan,  sentiasa bersabar menanti tibanya hari dimakbulkan. Dan yang paling penting,  hati mesti ikhlas dan doa mesti sepenuh jiwa raga. Allah kan Maha Adil lagi Maha Mendengar .. Takkan la orang yang tak mampu sampai ke Haramain doa mereka tak termakbul. Di mana pun kita berdoa,  yakinlah pada rahmat-Nya. Semoga kita semua berada dalam pelukan kasih sayang Allah selama-lamanya. Ameeen. . 


~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan