Ziarah Luar Madinah : Antara Pahala, Praktikal dan Ilmu Pengetahuan

Assalamualaikum. Ziarah luar Madinah kami jatuh pada hari Sabtu, di mana biasanya semua tetamu Allah berlumba-lumba merebut pahala untuk mengunjungi dan solat sunat di Masjid Quba. Terutamanya kerana Nabi Muhammad saw selalu mengunjungi Masjid Quba pada setiap Sabtu dan bersembahyang di dalamnya sementara menunggu Saiyidina Ali yang tinggal berdekatan.  Sementelah pula, masing-masing tak nak melepaskan peluang mendapat pahala sekali umrah,  sepertimana yang telah dijanjikan oleh hadis sahih. Maka dengan itu,  berduyun-duyunlah umat Islam dari serata pelosok dunia bertumpu di situ pada hari Sabtu.


Perlu sangat berhati-hati sepanjang solat di situ, kerana antara pengunjung yang hadir untuk beribadat,  ada juga yang mengambil kesempatan untuk mencopet.  Keadaannya lebih kurang di Vatican City,  di mana kesucian Gereja Agung selalu tercemar dek aktiviti mencopet oleh si hidung belang yang tak tau halal haram.  Dengan itu,  janganlah sekali-kali alpa dan leka dengan barang-barang berharga anda,  peluk kemas-kemas handbag walaupun semasa solat sunat dua rakaat di Masjid Quba.  Realitinya,  tak semua yang datang ke situ untuk merebut pahala sekali umrah,  bahkan sebaliknya menempah tempat di neraka. 


Bagi aku, kena tengok keadaan semasa, terutamanya bagi jemaah wanita. Jika sampai terlampau penuh sesak sampai nak pitam keluar masuk untuk merebut pahala umrah,  dah jatuh harus hukumnya solat saja di perkarangan masjid,  daripada menjadi mangsa himpitan manusia bersaiz dua kali ganda dari Pakistan mahupun India, yang entah ke mana tatasusila mereka. 


Itulah harga yang harus kita bayar, dan waktu itulah ilmu memainkan peranan terbesar. Kesabaran of kos penting,  tapi ilmu pengetahuan itu jauh lebih utama bagi memastikan nyawa dan keselamatan tak terjejas semata-mata nak mengejar pahala. 


Usai di Masjid Quba,  kami ke Kilang Tamar. Nak melontar duit dengan membeli tamar di situ, dipersilakanlah tapi bagi aku,  tak payah pun takpe.  Harganya jauh lebih mahal berbanding di sekitar Masjid Nabawi,  apalagi di Masjidil Haram.  Aku tak beli apa-apa,  lagipun takat nak rasa sebiji dua,  percuma je,  nak makan sampai kenyang pun takde hal kalau jenis peminat tamar yang tegar. Selebihnya adalah pengalaman memerhati sekeliling kita. Seronok melihat gelagat para peniaga dan pelanggan yang terpedaya dengan taktik jualan lambak. 


Selesai acara nan bingit di Kilang Tamar,  kami singgah ke makam syuhada' di Jabal Uhud.  Suasana di situ penuh riang ria, sesuai dengan kegembiraan para pejuang yang syahid demi mendaulatkan syiar Islam.  Begitulah jika tempat itu penuh barakah, makam yang syahdu pun diselubungi ketenangan dan kegembiraan.  Terharu sudah tentu dengan pengorbanan dan semangat juang, apatah lagi dengan ketinggian iman mereka. Tetapi dalam masa yang sama,  apa lagi yang lebih menggembirakan selain janji syurga yang telah disahkan oleh Allah dan Nabi-Nya?  


Dingin angin musim sejuk jelas terasa,  walaupun matahari terik di atas kepala.  Mak tak naik atas bukit, cukup takat ambik gambar kat bawah. Kami berempat pun takde la panjat sampai ke puncak, duk bergambar berlatarbelakangkan puncak saja. Itupun dah lawa merecik hawau,  hehehhe. 




Banyak sebenarnya gambar kat kawasan situ,  jenuh kalau nak letak semua, dikhuatiri akan termuntah hijau korang tengok.  Jadi, ada baiknya aku berhenti di sini dulu,  lain kali cerita lagi.  Salam sayang,  Assalamualaikum. 

~ Nai at Tak Pe Je.








~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan