My Mom My Chauffeur

Assalamu'alaikum. Anak bujang aku bukan main seronok sekarang ni, banyak pulak cerita dan celoteh sejak dua menjak aku hantar-ambik dia pergi sekolah. Maklumlah, dia sempat merasa bunda dia buat macam tu hari-hari setakat tadika aje. Masuk Darjah 1 sampailah dua bulan sebelum tamat Darjah 6, ada orang yang in charge hantar-ambik dia. Mula-mula aku dan cik abang rancang dan cari pengganti drebar yang berhenti, tapi entahlah, takde pulak calon yang sesuai dan berjodohan dengan kriteria dan syarat. Akhirnya, kami sepakat untuk berkerjasama buat kerja tu, lagipun takat nak habiskan UPSR apalah sangat. Habis je exam, dia dah dicutikan secara rasmi dan hanya pergi sekolah hari terakhir untuk kemas locker dan bawak balik semua buku.


Dalam pada tu, kami pakat pujuk dia naik van bila masuk sekolah menengah. Hurmm... kau rasa? Of kos la gagal, sebab aku jugak yang dipilihnya untuk jadi drebar. Setakat ni masih okay, Alhamdulillah.. bangun pagi pun dah tak liat, dalam pukul 7.15am tayar dah bergolek menuju Gombak. Dia pun nampaknya serasi dan happy kat sekolah ni, sesuai dengan jiwa dia gamaknya. Takde la 'hazabedah' aje nak buat homework, walaupun masih perlu dipantau ketat untuk tak mengelat. Kawan sekelas dia dari sekolah rendah ada jugak sorang kat sekolah baru ni, sekelas dan semeja lagi dengan dia. Budak tu pun anak tunggal, jenuh berkicau hari-hari bagitau ibunya, betapa mudah je nak berulang ke sekolah dari kawasan kami, tengok mummy Rafief, katanya. Ibunya buat tak paham aje dan tetap suruh dia naik van, sekurang-kurangnya sebulan yang pertama. 



Aku dah jadi kawan baik dengan mak budak tu, dipendekkan cerita. Hari minggu itu hari dia datang jemput kami kat rumah, car pooled dari Setiawangsa untuk hantar anak-anak bertuah dua orang tu berlatih memanah, kelas pertama di sekolah baru. Kebetulan pulak kan, dorang tu sama-sama masuk memanah kat sekolah rendah, lebih baik teruskan aje kat sini, kalau tak mereput alat-alat yang dibeli mahal-mahal tak bersentuh. Kakak tu rupa-rupanya nak suruh aku tunjuk jalan alternatif selain daripada jalan bertol Lebuhraya DUKE. Dah tau jalannya, dia nak hantar-ambik anak bujangnya mulai bulan Februari. Aku sengih aje la, kan? Paham sangat perasaan dia, orang anak ramai macam tu ler, orang lain mungkin tak paham. Latihan memanah lambat habis, pukul 6.30pm baru coach lepaskan budak-budak tu. Kebetulan hari tu aku ada appointment dengan client kat Setiawangsa pukul 5.30pm, kakak tu hantar aku balik rumah dulu dan dia volunteered nak bawak anak aku balik nanti. Sekali tak sampai setengah jam lepas tu, aku dapat gambar budak-budak tu tengah berlatih guna getah bagai. Laa... sanggup dia patah balik ke Gombak dan tunggu sampai ke akhir rancangan!

Huntong laaaa ada kawan macam ni, ingatkan aku dah cukup extreme bab2 attached dengan anak, rupa-rupanya tahap aku ni pertengahan je! Nanti aku nak tanya dia kot2 nak join jadi committee PIBG sekolah. Aku tak la, kot... tapi kalau dia nak join, (yang aku rasa agak mustahil), mungkin aku akan pertimbangkan semula kemungkinan dan kebarangkalian yang munasabah. Sementara itu, izinkanlah kami menjadi chauffeur kepada anak-anak tunggal kami berdua. Terima kasih sudi baca sampai habis, jumpa lagi lain kali, jaga diri dan hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan