Posts

Showing posts from April, 2017

Jumaat & Luluhawa Badan

Image
Assalamu'alaikum. Aku demam sejak malam tadi, mungkin disebabkan cuaca yang menjemput luluhawa. Panas menyengat seharian, petang menghala ke malam je hujan ribut petir sabung-menyabung. Terjangkit anak saudara yang demam dan batuk pun iya jugak, kira bercampur aduk la lebih kurang. Melepek je tak larat nak ke mana-mana, baring atas tilam panas Bio Ion Contiago nak bagi kebah, siap selimut bagai. Alhamdulillah misi tercapai nak bagi demam kebah, tapi air hidung masih berlari-lari marathon macam Usain Bolt. Sekurang2 nya larat la bangun bersiap ala kadar nak gi jemput anak bertuah kat sekolah. Patutnya dia ada latihan karate sampai jam 4.30pm hari ni, tapi dalam jam 2.45pm, sensei dia bagitau latihan terpaksa ditunda ke minggu depan, sebab keretanya masuk bengkel lagi dan tak sempat siap lepas solat Jumaat. Mak ai, dah satu kerja kena merempit ke Gombak, tak nak bagi anak tunggu lama. Dah namapun hujan pada hari Jumaat, maka sudah pastilah jalan pun tersumbat macam arteri or

Handy Makeup Pouch By Nykolette

Image
Assalamu'alaikum. Aritu aku tengok dalam Instagram sorang fellow blogger, Nykolette, dia ada buat macam-macam jenis pouch dan kit. Sekali bila ternampak makeup pouch yang boleh kelek segala macam mak nenek berus, aku tak tunggu lama, terus mintak beli. Bukannya aku jenis mekap beriya pun nak kena ke hulu ke hilir dengan segerombolan berus dan mekap, tapi aku memang tak display berus-berus tu atas meja ataupun kat tempat yang terdedah. Sebabnya, tanahair aku yang tercinta ni sarat dengan debu dan muka aku tersangat sensitif dengan debu, bad combo! Aku simpan berus-berus tu dalam makeup kit khusus, letak dalam meja ataupun almari. Walaupun tak diperlukan setiap ketika mahupun setiap hari, tetap menda-menda tu aku simpan begitu, dikeluarkan bila nak pakai bedak kat rumah je pun. Kawan-kawan berus yang digunakan untuk sapu bedak tu pulak, jarang-jarang sangat berfungsi. Ye lah, dulu pakwe aku tak tegur apa-apa pasal mekap, tapi bila aku dah start ikut tutorial kat you.tube dan apply t

WW ~ Minggu Tudung Instant

Image
As plain as it could be... ~ Nai at Tak Pe Je.

Terbentang Depan Mata, IKEA Malm Dressers

Image
Assalamu'alaikum. Aritu aku ada cerita pasal sakit hati sebab tak jumpa baju kat SINI . Sejak kejadian tu, aku duk fikir cara nak selesaikan dilema yang nampak gayanya takkan pernah ada perubahan. Bibik kalau umur tua daripada majikan memang macam tu, dorang rasa 'superior' sikit dalam 'pengalaman' segala aspek kehidupan, termasuklah cara penyusunan barang. Dipendekkan cerita, aku ketepikan bajet berdikit-dikit dan bila sampai waktunya, aku pergi jenguk Ikea cheras, bawak balik dua kotak MALM Dressers. Buat kali pertamanya, aku pasang sendiri dari awal sampai akhir, kedua-dua almari ni. Bukan apa, takde melibatkan drilling segala, takat guna skru drebar dan tukul, takkan la tak boleh mandiri, kan?  Aku kemas sendiri baju-baju yang aku selalu suka tapi tak pernahnya nampak masa nak pakai. Dan of kos, setiap ketika aku perlu betulkan balik lepas bibik refill baju-baju yang dah dibasuh. Aku dah redha, bukannya susah pun nak buat menda tu. Dah memang ibarat men

Bawal Forever: Simple Tutorial

Image
Assalamu'alaikum. Kawan-kawan aku selalu mintak tunjukkan cara pakai hijab, mana-mana yang depa rasa berkenan tu, dan selalunya aku buatkanlah untuk depa, share dalam whatsapp group. Kali ni aku share kat sini jugak, dah alang-alang buat tutorial ni kan. Yang tak berkenan ataupun tak berkenaan tu, aku paham, tak payahlah susah-susah nak melayan menda ni, hokeh. Nak kutuk pun boleh, silakan... dapat jugak aku pahala amalan baik korang FOC je. Terima kasih... Sebenarnya banyak lagi cara nak gayakan tudung bawal ni, ikut kreativiti masing-masing. Kalau aku, inilah antara gaya yang paling mudah nak dibuat dan tak menyerabutkan kepala lutut berbelit-belit putar alam segala. Manalah tau kot ada yang kat sini teringin nak cuba cara ni, kan?  Mula-mula, lipatkan je bahagian sulam kerawang tu kat bahagian hujung kiri ataupun kanan, ikut kecenderungan korang sendiri. Sayang tau corak lawa-lawa kita pergi letakkan kat belakang, baik letakkan kat depan, sejuk je mata memandang. A

WW ~ Bawal Biru Denim Dari Zaman Dulu Kala

Image
Layan... ~ Nai at Tak Pe Je.

Kurung Pahang di Gombak, feat. Calatalia & Botol Air 2L

Image
Assalamu'alaikum. Macamana hujung minggu korang, okay semuanya? Esok dah masuk kerja semula, jangan duk nak besarkan Monday Blues, tau. Aku banyak habiskan masa dengan persediaan nak mengajar anak bertuah tu Bahasa Melayu, maklumlah dia baru je nak paham subjek tu takat permukaan air, dah masuk Form 1 ni mulalah besar risiko nak lemas di lautan.  Hari Jumaat aritu aku berbaju kurung kain cotton dari Calatalia dari awal pagi sampai ke malam, kalau cakap tak selesa lagi tak tau la, kan? Tak sabar rasanya nak beli lagi kain cotton dari koleksi yang pelbagai tu, tengah tunggu stok baru sampai. Aritu aku tengok dalam Instagram, tauke kedai ada kat Istanbul, saspen je nak tengok hasil tangkapan dari sana. Mana la tau kan, kot-kot ada Dubai Cotton ke apa ke, yang membuatkan mulutku melopong macam mata ikan lolong. Motif hitam putih berselit warna biru memang satu kombinasi yang cukup simple tapi elegant.. klasik da bomb habis! Aku sekarang ni ke hulu-hilir me

Demam Calatalia Cotton, Ah Sudah!

Image
Assalamu'alaikum. Ok, seronok betul pakai baju baru, macam budak-budak la aku ni! Kain Vietnam Cotton yang aku beli dari IG Calatalia aritu dah selamat jadi baju kurung Pahang kain lipat depan, maklum la aku ni old school bab-bab baju tradisional. Lembutnya lahai kain ni, sejuk je pakai, sesejuk mata memandang. Mak aku tak percaya bila aku bagitau kain ni cotton, sebab lembut sangat, biasanya cotton yang kami kenal tak macam ni. Makanya, aku dalam zon bahaya yang amat ketara, erkk... sila kawal diri kamu, perempuan! SINI  aku ada buat WW entry dua pasang kain, yang tanah hitam biru tu pun aku buat fesyen sama jugak, takde beza langsung: baju kurung Pahang kain lipat depan. Sebabnya, senang nak bergerak dan selesa digayakan sepanjang zaman, takkan pernah lekang dek panas, tak luntur dek hujan. Ikutkan hati, aku nak pakai macam ni walaupun masa weekend, jalan-jalan dengan pakwe dan junior. Tinggal lagi, akan ada soalan cepumas daripada dorang, "Ada kenduri ke hari ni?

It's a Real No, This Time. Farewell.

Image
Assalamu'alaikum. Last night there was Notting Hill on Diva HD, but I only happened to switch on the TV when the movie was almost half way through. There, I subconsciously wrote in English. Tetiba..! Itulah dia, kadang-kadang macam tu kekdah nya, nasib baik tak pandai banyak bahasa. Kalau tak, matilanak kejap keluar bahasa Russia, kejap Bahasa Uganda, kejap lagi Bahasa Gohek Gostan, apa nak buat?  Cerita Notting Hill ni tak pernahnya bosan aku tengok, walau berjuta-juta lemon dah tengok sekalipun. Klasik tahap dewa la lebih kurang, bagi aku. Dan tak pernahnya tak ditimpa perasaan dan terjatuh air mata, aishhh... masuk habuk je kejanya mata tiapkali tengok. Tapi kali ni aku rasa tak miserable dah macam sebelum ni, terkejut jugak kat diri sendiri. Masa tu la aku sedar, betapa aku dah sangat kertu. Dah boleh get over with old feelings, finally moving on from my own worst enemy, that is myself.  Terima kasihlah pada sesiapa yang berkenaan, kerana memberi aku banyak seb

The Cousins: Abang & Adik

Image
Assalamu'alaikum. Anak bertuah aku sejak berumur 9 tahun duk mintak adik lelaki, dia ingat mummy boleh pergi beli kat supermarket agaknya. Tahun demi tahun kemudiannya aku ditakdirkan mengandung dan tewas di tengah jalan, dia dah paham keadaan dan menerima ketentuan Allah. Sejak Muhammad lahir ke dunia bulan November tahun lepas, dialah antara orang yang paling teruja, kira dapat adik lelaki la jugak lebih kurang. Makin lama dia makin prihatin dan beriya dukung baby M ke hulu ke hilir, comel je aku nampak. Minggu lepas, sempat aku rakamkan video dia duk melayan baby M, buat kenang-kenangan. Balik dari latihan kawad untuk hari sukan sekolah, dia tak terus naik ke bilik, lepak kejap kat bawah dengan adik. Samalah dengan aku, kalau balik rumah pun tak terus naik ke bilik, mesti singgah melayan budak kecik yang kuat melompat tu. Memang nak kena penyek je tahap cuteness dia. Besar sikit lagi, jenuh la adik kacau abang main game, angkut Nerf abang yang beratur kat bilik di

Dipanah Mentari Selasa & Menyejukkan Hati Yang Membara

Image
Assalamu'alaikum. Hari Selasa lepas, cuaca sangat panas kat Lembah Kelang, sampai ke petang takde hujan, tak macam biasa. Emosi aku kacau betul, entah apa-apa je rasa dari pagi menghala ke tengahari, jenuh minda kena kawal segala urat saraf tak nak bagi rosak keadaan sekeliling. Kerja macam aku ni tak boleh layan perasaan yang sendat ataupun kepala yang berserabut, ikut-ikut mana pun, kena jadi tuan kepada emosi. Kalau tak, hancur-lebur banyak perkara, hazabedah nau nak buat damage control lepas tu karang, buat naya je! Lagi satu, cara penampilan pun tak boleh sesedap oren je nak ikut mood, melainkan memang takde kerja menanti dan boleh mereputkan diri melayan sendu. Itu pun aku jarang-jarang ada peluang buat, sebab hidup aku ni banyak tanggungjawab yang wajib diutamakan. Jadi, tak hairanlah kalau aku tetap pasang badan pada hari Selasa tu, ya, kawan-kawan!  Satu menda yang aku belajar, kita kena pandai menenangkan hati sendiri. Jangan sesekali paksa dan penjarakan diri ki

WW ~ Ikan Jenahak Stim Limau Dijodohkan Dengan Sayur Naga Hijau Goreng

Image
Yummmeh! ~ Nai at Tak Pe Je.

Baby Girl Turned 3

Image
Assalamu'alaikum. Anak sedara kesayangan kami, Athiyya Hanaani, dah genap 3 tahun bulan Mac, 8 haribulan yang lepas. Dah besar ni dia jadi malu pulak nak tiup lilin, hairan kami semua. Setakat ni dia la satu-satunya baby girl antara 3 sepupu, sejak Muhammad lahir. Kalau sebelum ni, Ajieq dengan dia je la yang ada, kan. Lepas ni kita tunggu siapa yang akan dapat adik dulu, Athiyya ke Muhammad, sebab Ajieq macam dah takde harapan je, mummy dia pun dah tak simpan niat ke arah itu.    Aku punyalah havoc jadual, sampai tak sempat nak cari hadiah untuk Athiyya awal-awal, padahal mak ayah dia dah bagitau seminggu sebelum kejadian pasal rencana nak sambut birthday dia kat rumah aku. Nasib baiklah ada staff yang baik hati yang boleh aku heret sama dalam arena pencarian hadiah itu sebelah petang, mintak dia bawak kereta dan tunggu kat Great Eastern Mall sementara aku literally berlari menuju ke Toys R Us di Tingkat 3.  Kebetulan masa tu ada harga runtuh untuk ahli-ahli Toy