Posts

Showing posts with the label JEJAK BANDUNG

Ngedet & Ngopi di Cimory Resto, Cisarua-Bogor, Bandung

Image
Assalamu'alaikum. Orang Bandung pandai menata-rias kafetaria, restoran dan toko-toko jualan, itu yang aku perasan. Kadang-kadang masuk kedai kasut rasa macam tak mau keluar sebab cantik sangat dekorasinya. Konsep yang diketengahkan pulak memang pelbagai. Contohnya Cimory Resto di Cisarua-Bogor, sungguh mendamaikan jiwa sepanjang waktu lepak di situ. Pemandangan dan angin malam yang berpuput lembut melengkapkan suasana romantis, sesuai untuk pasangan bercinta ataupun orang yang penuh rasa cinta dalam dada. Macam aku la, ehemmmm!  Sebenarnya menapak ke situ dari hotel dengan tujuan nak carik wifi, standard la kan bila travel. Sekali takde pun, padan muka! Tapi takpe, janji boleh lepak secara berjemaah dan membasahkan tekak sambil berborak kosong ataupun bergossip kecil-kecilan. Dah kenapa aku berjaket bagai? Sebab badan aku terasa sekejap seram sekejap sejuk tanda nak demam, dah pulak angin malam kat Puncak memang sejuk sampai ke tulang, lebih-lebih lagi baru lepas hujan. Or...