Posts

Showing posts with the label SYAWAL 1440H (2019M)

Kupilih Hijau Tanda Kedamaian Nan Abadi

Image
Assalamu’alaikum. Tahun ni open house macam takde kesudahan di sekitar Lembah Kelang, mungkin berlarutan hingga Aidil Adha, ah sudah! Kami di pejabat terpaksa lupakan hasrat nak buat potluck panggil kawan2 despatch, cleaner dan jiran depan tangga macam tahun lepas, banyak pulak halangan mendatang, apakan daya. Tapi walau bagaimanapun, Alhamdulillah diizinkan Tuhan buat makan-makan antara sesama kami hampir seminggu selepas berakhirnya Syawal. Atas permintaan, aku kekalkan menu utama macam tahun lepas punya: nasi arab versi bonda, kari kambing dan udang masak merah. Bezanya aku tak kasi pakwe beli kuih, cukup buah-buahan aje, sebab memang tak termakan semua tu. Lagipun desert aku dah buat koktel yang confirm selalu laku keras dan tak pernah menghampakan. Hasilnya, sabo aje ler tengok depa makan, aku tumpang bahagia. Aku pakai baju kebarung lama, jodoh dengan skirt songket kesayangan arwah ayah, yang bertahun-tahun ambik masa nak pujuk dia bagi kat aku. Bila akhirnya dia kasi, a...

Sehelai Songket Berwarna Zamrud

Image
Assalamu’alaikum. Suatu petang Jumaat lepas balik kerja, aku jalan-jalan kat Aeon AU2 sementara menunggu solat Maghrib dan jumpa client. Biasalah window shopping kan, bukan ada nak beli apa-apa pun. Sekali terpandang la tiga empat helai songket yang dah siap berjahit, dan mataku ini melekat pada songket berwarna hijau zamrud. Aku dan hijau memang takkan terpisah selama-lamanya. Jadi, sudah pastilah aku membelinya tanpa perlu berfikir panjang, lebih-lebih lagi harga dan saiznya teramat memikat jiwa.  Songket ni dari India, mungkin digital dan bukan tenunan, sebab bahagian dalamnya takde pun benang-benang kait segala. Panjang dan lebar saiznya, dah macam sarung pun ada... sesuai sangatlah dijadikan skirt. Harganya pulak RM69 (je) berapa kali aku telek, macam tak percaya, biar betik? Takkan la aku nak biarkannya kegersangan tergantung sepi di situ aje, gila ke apa? Bawak balik rumah, hari Sabtu aku dah mulakan projek menjahit. Kejap je siap, nama pun buat skirt, bukannya susa...

2 Syawal 1440 Hijrah : Kaftan Kurung

Image
Assalamu’alaikum. Entry ni lama terperap dalam draft, sebelum menjadi pekasam ada baiknya kita keluarkan ia, kasi CPR apa adanya. Sepanjang Ramadan, aku ada siapkan beberapa pasang baju untuk dipakai pada hari raya. Disebabkan praktikal dan selesa, aku buat keputusan untuk jahit sepasang kurung kaftan dan dua helai dress kaftan. Kurung kaftan tu aku pakai pada hari raya kedua, seharian suntuk tanpa rasa melekit mahupun berkicap, walaupun dilapik dengan inner kat bahagian dalam. Pengudaraan yang cukup membuatkan aku bebas bergerak dengan penuh yakin.  Pelik sikit bila boleh minum siang hari, maklumlah sebulan menahan lapar dan dahaga. Tapi itulah dia, terus sibuk mencari secangkir kopi untuk memulakan hari. Sedap jugak latte Dunkin Donuts kat R&R Gambang, menyesal tak beli dua gelas, dah kena kongsi dengan cik abang. Sebenarnya aku dah tanya, dia yang tak hendak, mungkin sebab tak yakin akan menepati selera. Sekali bila minum, eh.. sedap la pulak! Takpe la, sesekali pak...

Lace & Batik : Maroon Edition

Image
Assalamu’alaikum. Baju kurung modern ni sepatutnya dipakai masa raya ketiga, tapi memandangkan kami mereput je kat Kuantan tak bergerak ke mana-mana, maka kekal saja ia berlipat kemas dalam beg sampailah balik KL. Semalam aku pakai pergi kerja, peduli apa terlebih melawa pun, dah jadi trademark aku berpakaian tradisional macam ada kenduri kahwin bagai. Tak jadi jodohkan dengan kain songket maroon sebab panas nak ke hulu ke hilir, aku keluarkan batik Terengganu yang aku tempah untuk majlis konvo Masters Apih 3 tahun lepas. Elok je masuk dengan baju tu, sepadan macam memang satu set datang bersama. Shawl lembut tu aku beli sebelum raya kat kiosk Aeon AU2, teramat dekat di hatiku ini dan akan menjadi peberet sampai akhir nanti.   Aku tak berapa selesa pakai baju ni, ketiak ketat sebelah, nak kena baiki bila-bila senang. Masa jahit aritu bulan puasa, memang la rasa lega sebab inci banyak hilang. Dah hujung-hujung Syawal ni maklum aje la, sekali aku hadap lemang Ujang, mana ret...

Arkib Seminggu, Lebih Kurang La...

Image
Assalamu’alaikum. Alhamdulillah selesai sudah puasa sunat Syawal dan qada' untuk tahun 1440 Hijrah bersamaan dengan 2019 Masehi. Sempena meraikannya, aku order Nasi Kandar Pelita melalui aplikasi Grab Food, hanya untuk dikecewakan.  Haish,  tak sedap macam yang aku makan kat restoran Pelita la pulak makanannya. Ayam merah yang aku selalu makan tu lain,  ayam kampung,  tapi ayam yang disediakan untuk pelanggan Grab Food bukan ayam kampung. Nasib baik la dua malam sebelumnya aku dah ajak pakwe teman makan nasi biryani kat Pelita KLCC sana,  kalau tak mau kempunan telur tembakul Mak Lom kau!    Bila dah habis puasa, maka kembalilah aktiviti minum kopi seperti biasa. Aku ada beli thermos lawa kat Mr. DIY,  kulu kilir duk kelek benda tu tiap pagi. Ada satu lagi mug yang dah dijadikan koleksi,  lembut sangat-sangat warnanya, pink hala ke lavender. Masa aku minum sekali dengan cik abang,  aku kasi dia yang warna turqoise dan aku g...

Fesyen Viral 2019

Image
Assalamu’alaikum.  Tahun lepas aku dah pakai baju kebaya modern dengan kain batik Solo, masa tu belum viral lagi kat Malaysia ni. Bukan apa, dari zaman anak dara umur 15 tahun aku memang suka cari kain batik buat kain, dipadankan dengan kurung modern kain polos. Tahun ni aku jahit sendiri dua helai lace, sehelai tanpa alas dan sehelai lagi dengan alas. Lace hijau ni dah siap lama dah, lepas aku balik Mekah awal Januari 2019, dijahit tangan sehari suntuk nak pakai pergi kenduri kahwin staff di Gua Musang. Masa tu aku jodohkan dengan kain batik Solo, memang banyak helai dalam koleksi aku, penat nanti korang tau berapa helai semuanya.   Memandangkan baru pakai sekali pergi kenduri dan sekali pergi kerja, aku simpan nak pakai buat pakai masa bulan syawal, raya kan sebulan? 7 Syawal semalam aku pakai dengan kain potongan A daripada kain songket dapat hadiah majlis mana entah, ada tersengih dalam stor bertahun-tahun lamanya. Kita lain sikit la kan, dalam pada hampir ...

1 Syawal 1440H : Kisah Baju Raya

Image
Assalamu’alaikum. Macamana raya tahun ni, seronok? Aku rasa tahun ni lain daripada biasa, sebabnya aku sihat sepanjang Ramadan siap diizinkan berterawih 20 rakaat beberapa kali di Masjid Muaz bin Jabbal. Berat pun tak bergolek-golek terjun macam kebiasaannya, maka baju raya pun sedang elok je menghiasi badan, takde la nampak macam baju pinjam. Dari segi rezeki kesihatan satu, dari segi kewarasan akal fikiran pun iya jugak. Agaknya sebab tu la orang duk cakap, badan yang cergas akan menghasilkan otak yang cerdas. Bukan takde perkara yang menyakitkan hati berlaku, ada banyak je kalau nak cerita tak cukup sehari. Tinggal lagi, akal berfungsi dengan sangat baik dan emosi pun ikut terpimpin sekali. Soal hati memang takkan pernah selesai, jadi ada baiknya kita uruskan segala yang termampu dalam bidangkuasa kita sudah la, nak buat lebih daripada tu sah-sah takkan mampu, kan?  Lagi satu perbezaan ketara tahun ni, takde nak kena tempah baju raya sebab dah boleh jahit sendiri la kononny...