Posts

Showing posts with the label SYAWAL PKP 2020

Bukan Baju Raya

Image
Assalamu'alaikum. Musim-musim raya ni ada satu kecenderungan orang ingat kita pakai baju raya, walaupun baju tu dah berkali-kali raya pun umurnya. Cuma kalau pakai pattern macam ni, mungkin tak nampak sangat aura rayanya, lebih kepada baju kenduri kendara, tak gitu? Memang baju raya pun dan aku pernah pakai buat pergi kenduri resepsi kahwin beberapa tahun sudah. Tinggal lagi, kalau raya takde nya aku nak pakai tudung instant macam ni, kalau tak lilit shawl, aku pilih Bokitta. Mak bukan main teruja puji tudung lawa, maklumlah style yang dia gemar dan aku selalu duk belikan sejak dua tiga menjak kebelakangan ni. Warnanya manis, dah macam punch drink kita campur-campur kordial masa raya.  Hari ni PM Prihatin Nasional, TSMY umumkan PKP masuk dalam Fasa Pemulihan dan dilanjutkan bermula 10hb. Jun 2020 sehingga hujung bulan Ogos. Merdeka! Errk... PKP-PKPB-PKPP, ah, lu pk la sendiri! Heheheh. Merentas Negeri dah dibenarkan, maknanya Raya Haji boleh la bersesak-sesak di lebuhraya di pa...

Next OOTD Post

Image
Next OOTD would be 7th Syawal, perhaps. ~ Nai @ Tak Pe Je.

PKP dan Budaya Berdisiplin

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni 3hb Syawal 1441H, dah masuk hari kedua bonda, bibik dan aku berpuasa sunat Syawal. Alang-alang takde ke mana-mana langsung, ada baiknya terus mulakan puasa sunat, lagi cepat lagi bagus, hujung minggu ni dah boleh raya. Rasanya nak buat makan-makan lagi, bagi kat jiran tetangga. Adik-beradik pun boleh datang memeriahkan majlis, bukannya dorang dibenarkan merentas negeri balik kampung mertua masing-masing pun, kan? Kalau sihat dan diizinkan Allah, hajat di hati nak masak nasi bukhari pulak, sebabnya hari raya pertama dah buat nasi biryani, tukar menu la pulak. Kari daging kambing kita gantikan dengan kari daging lembu pulak, apa kata survey? Tapi tertakluk juga pada perubahan jadual, mana la tau ada rencana lain yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Aku tak berapa teruja sebenarnya nak masak nasi bukhari sebab bonda kurang gemar, tak macam nasi biryani yang dia makan bertambah-tambah dua kali sehari.  Happiness overload, pendek kata. Anak aku p...