Posts

Showing posts from August, 2021

Akhir Ogos 2021

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak Cik Puan Tak Pe Je ni, korang okay ke tak sekarang? Aku ada je ni, masih bernafas di bumi Kuala Lumpur. Dengar cerita tak lama lagi kita nak beralih ke fasa seterusnya, maklum la kadar vaksinasi dah melebihi 80% di sekitar Lembah Kelang. Ada jugak angin lalu bagitau, katanya terus level complete lompat kelas bagai. Fakta atau auta kita tunggu dan lihat je la, okay?    Hari ni 31hb akhir bulan Ogos, kita sambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 ramai-ramai kekal di rumah. Esok dah masuk bulan September dan berakhir sudah birthday month bagi diriku yang sudah berumur 45 tahun secara rasminya 20hb aritu.  Birthday kali ni aku extra cengeng la, aishh… entah la apasal laju je turun air mata kasih pagi-pagi buta. Rasa macam makin luruh je daun-daun hayat menanti destinasi terakhir. Hujung-hujung usia ni apa yang paling penting adalah kasih sayang, melebihi tahun-tahun sebelumnya. Hadiah terulung adalah perhatian dan lambang cinta mesra, bukan l

WW ~ Leaning

Image
Indeed.   ~ Nai @ Tak Pe Je

Harinya Sudah Tiba

Image
Assalamu’alaikum. Hari ini selesai sudah dos ke-2 program vaksinasi negara bagi diriku, alhamdulillah. Lambat sikit turun dari rumah, sebab bangun subuh pun dah lambat. Breakfast pun takat makan seketul biskut dan minum segelas air suam. Dapat pulak drebar grab yang bercinta bawak kereta, nak gesa suruh laju karang kesian pulak, lagipun takde la jauh sangat Mega PPV KLCC dari kawasan kejiranan aku. Bersungguh-sungguh dia duk cerita pasal pengalaman vaksinasi, dapat pfizer katanya (walaupun aku tak tanya, okay). Aku iyakanlah aje, kebetulan kurang ada mood nak beramah tamah sejak bangun Subuh. Tapi hikmahnya, dia drop aku kat pintu masuk ke-2, tempat OKU. Panik kejap aku, eh boleh ke ni, kan OKU Entrance? Katanya takpe, boleh jugak lalu ikut situ, tengok ramai kan yang masuk? Aku teragak-agak lalu depan abang2 RELA, tunggu nak kena sound je muka. Rupa-rupanya memang takde hal, elok je dorang jemput masuk.  Aku expect mesti kena Q panjang sebab dah lambat kan, tapi seronok betul bila ten

WW ~ Ganbatte!

Image
Keep the faith, fighting!  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Kopi Dangdut

Image
Assalamu’alaikum. Masa mula2 dengar lagu Kopi Dangdut (versi remix, bukan Fahmi Shahab) zaman  remaja dulu, aku terdiam kejap. Dalam hati rasa pelik, lagu apa ni best nak mati? Takkan la dangdut macam ni, ish tak boleh jadi ni! Sejak tu sampailah sekarang umur dah 45 tahun, Kopi Dangdut bagi aku kekal menjadi satu misteri yang tak terungkai. Apa dia? Betapa salahnya aku… kan boleh google?  Maka dengan itu, terjawablah sudah ‘misteri’ yang menyelubungi aku sekian lama. Aku siap cakap kat pakwe: Takkan la asalnya lagu dangdut, terlampau advance untuk tahun 1990-an, bunyinya extra international. Rupa-rupanya Kak Temah oi, lagu ni berasal dari Venezuela dengan tajuk Moliendo CafĂ© (Grinding Coffee), bayangkanlah era 1950-an dorang boleh cipta satu melodi yang menjangkau zaman! Sejak pertama kali dipasarkan, dah berapa banyak versi dan bahasa yang ikut sama2 memeriahkan persada dunia muzik? Lebih 800, ko rasa? Irama dan lagu takkan mampu dipisahkan, lemah tiada bernada dan hampa akibatnya, b