Posts

Showing posts with the label JUMA'AH BARAKAH

Aglio Oliò Daging Padprik

Image
Assalamu'alaikum. Sejak kebelakangan ni aku ada gang nak makan pasta, kalau dulu sorang-sorang je. Anak aku dengan daddy dia tak suka pasta ataupun apa-apa makanan Itali kecuali pizza. Bila pakwe dah jadi suka pulak, maka takkan nak persiakan kesempatan depan mata, betul tak? Petang tadi aku lambat sikit balik rumah, kena jumpa dua orang back to back kat port biasa aku: Starbucks.  Aku rasa penat sangat sebenarnya, mungkin sebab pagi-pagi tadi aku buang tebiat pergi cabut rumput dan lalang dalam setiap pasu bunga yang bibik jaga. Lepas tu, aku sapu satu lantai dan ketepikan sampah sarap kat tepi, sebelum turun siapkan breakfast pakwe. Lunch aku mintak bibik masak daging padprik ikut resepi yang aku forward kat wassap dia, tapi bibik tak tau mana letak handphone, end up dia dah masak ikut resipi yang dia google guna handphone bonda. Sorry to say, tak jadi. Aku makan jugak la alas perut, tapi tak sempat nak telan elok-elok, dihambat waktu nak solat zuhur dan berkejar jumpa client yan...

Kicapkan Tanganmu

Image
Assalamu'alaikum. Siapa pernah terkena air panas mendidih kecepuk kebaboom atas tangan je yang tau sakitnya tu di mana. Bukan di tempat yang terkena air panas semata-mata, sakit jiwa pun termasuk dalam pakej sekali, hokeh? Pantang nombor satu bila terlibat dalam eksiden sedemikian adalah JANGAN PANIK. Nombor dua, JANGAN CARI AIR, weh.. meletup berbintit-bintit jadi bebola air tangan nanti! Dulu masa zaman universiti, aku pernah join camping, jenuh meredah hutan tebal jauh ke dalam dari Pantai Teluk Batik. Masa tu belum jadi tumpuan pengunjung, kira macam kami ganggu privasi makhluk yang mendiami kawasan tu la, lebih kurang. Ada sorang senior terkena minyak panas, punyalah panik, sambil berlari, menjerit dan memegang tangan yang terkena minyak panas tu dia meluru pergi rendam tangan dalam air sungai. Ko rasa apa jadi? Bebola air, of course! Nombor tiga, JANGAN MENCARUT. 🤭 (errrk.. yang ni nombor negatif 1 kot). Tak payah nombor la, ya?    Arghh.. nampak gambar tu terasa sakit,...

WW ~ Maroon Leo

Image
#teammaroon ~ Nai @ Tak Pe Je.

Bagaikan Pelangi: Sehelai Kaftan Biru

Image
Assalamu’alaikum. Baru-baru ni aku ada beli 4 meter kain shifon kat Nagoya cawangan Aeon Big, terjatuh cinta pandang pertama pada corak dan kombinasi warnanya. Dalam hati niat nak buat kaftan, boleh la pakai raya, kekdahnya. Tapi mentang-mentang la kaftan ni teramatlah mudah dibuat, kejap je dah siap terletak elok je kat badan. Namanya dah siap, terus aku pakai pergi kerja, takde maknanya nak tunggu raya bagai. Bak kata bibik, “puan saya hari-hari pun hari raya”. Pelik mungkin bagi korang, kaftan pakai raya tapi percayalah, dah lama aku teringin nak buat macam tu. Kalau kena fabrik dan potongannya, kita tetap boleh tampil bergaya dengan kaftan sewaktu berlebaran. Jangan pulak pakai baju kelawar yang buat tidur tu, tak sesuai la kan. Cuba tengok kaftan yang para wanita pakai di seluruh dunia, siap boleh bawak masuk majlis keramaian tu! Memang la ada kaftan sempoi yang orang putih pakai pergi ke pantai, lapik bikini kekdahnya. Itu sama jugak, tak sesuai buat pakai raya. Korang ...

Gaya Santai Hari Jumaat, Kujahit Luka Sendiri

Image
Assalamu'alaikum. Jumaat biasanya orang pilih gaya santai untuk ke ofis, korang macamana? Aku pulak tak tentu, ada masa beriya pakai abaya, kadang-kadang jubah seluar, tak pun baju kurung warna lembut dan kalau boleh, kena polos. Blouse dengan jeans ada jugak, tapi itu tak tunggu Jumaat kalau nak pakai, hari-hari yang takde acara rasmi pun boleh. Cuma santai style gitu akan buat aku nampak macam budak tengah ambik degree, jenuh pulak nanti. Jumaat lepas aku pakai skirt kembang yang aku jahit sendiri, rembat kain pelikat arwah ayah yang selama ni aku buat solat, padankan dengan telekung putih. Masa nak potong kain, aku siap sebut, "Dengan izin, ayah.." sampai tergelak cik abang tengok.  Dulu masa muda remaja, aku ada sekali dua mintak kain pelikat ayah nak tempah buat kain, tak pernah dia menolak walaupun aku tau susah dia nak bagi. Dah aku mintak, kan.. Satu hari, aku mintak kain songket Terengganu yang dia tenun sendiri sebab cantik yang amat, zamrud berbena...

Cahaya Jumaat

Image
Assalamu'alaikum. Thank God it's Friday, ya? Budak-budak yang ambik PT3 dah merdeka, UPSR pun sama. Next year giliran Junior pulak, entah apa la gamaknya lagi perubahan yang akan diperkenalkan kerajaan. Takpe la, malas nak fikir. Duk berebut nak jadikan anak robot jadian, aku tak minat nak join. Baik santai dan hiburkan hati sementara ada waktu lapang, sebelum waktu sendat datang. Tak balance pencahayaan dalam bilik ofis aku ni, mari kita try guna kaedah cahaya tambahan.  Dapat dramatik effect la jugak. Silau pun takde hal, sekali-sekala apa salahnya.  Hari Jumaat ni shopping complex mesti penuh punya, dah pulak awal bulan, kan. Aku tak ke mana lunchtime, 1.30pm dah nak turun ambik anak kat Gombak sana. Petang lepas kerja ada berkumpul makan-makan, staff nak belanja. Awkward la jugak sebenarnya, tapi layankanlah aje. Tak baik hampakan harapan orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Semoga Jumaat yang penuh barakah ini menyerikan...

Raya 6 Syawal ~ Sehijau Daun Pisang

Image
Assalamu’alaikum. Jumaat datang seperti biasa, tak menunggu sesiapa. Cuaca agak mendung dari pagi dan hujan turun pada sebelah petangnya, amat membantu kelancaran puasa bagi mereka yang merebut pahala puasa sunat Syawal. Aku tak terkecuali, usaha perabiskan sepanjang minggu bekerja, mulai Isnin sehingga Jumaat Untuk mencukupkan enam hari. Minggu lepas aku sempat buat sehari je, sebab hari kedua hanya mampu bertahan separuh hari, sebelum dikunjungi bendera merah pada pukul 2pm. Ko rasa? Aku turun ke Gombak agak awal kali ni, belum pun 1.30pm dan berhenti solat Zuhur di Shell menghala ke UIAM. Itu pun terkejar-kejar, ada seorang gadis terpacul di ofis nak mintak sign surat sumpah. Nasib baik sekeping je, takde la nak menunduk kat meja sign dan stamp bagai lama-lama. Aku berkali-kali mintak maaf tak boleh borak2 sebab nak kejar masa.  Masa sampai kat sekolah, dari jauh aku nampak anak bertuah berdiri menunggu sorang2, semua yang lain dah balik. Lambat sikit mummy kali ni, dia kena tun...

1 Syawal 2018 Masehi ~ Hari Nan Merah

Image
Assalamu'alaikum. Kita masih dalam bulan Syawal dan rata-ratanya belum move on daripada mood raya, especially manusia di Lembah Kelang.. minggu ni dah start la majlis terbuka. Maka akan sendat lagi padat ler segenap pelosok lebuhraya dan jalanraya, sila bertabahlah, ya? Aku tahun ni subuh-subuh hari Rabu (12hb Jun) dah bergerak turun ke Pasar Borong Selayang, sebelum menuju ke rumah mertua. Suami macam biasa akan memenuhkan cooler box dalam bonet kereta dengan daging kambing, untuk dimasak sebagai juadah hari raya. Dah selesai di pasar barulah kami bersesak-sesak di jalan menuju Kuantan. Terbaik punya sesak, sejam dari tol Gombak belum bolos ke terowong, ko rasa? Hurmm... adat ler setahun sekali meredah traffic jam yang luar biasa hebat. Anak bujang tahun ni pilih warna merah, so berbaju merahlah kami tiga beranak pada 1 Syawal tahun 1439 Hijrah. Seram jugak nak pakai merah tanpa was-was, nasib baik la badan dah banyak mengecil. Itupun aku tempah kurung moden ala kebaya pendek d...

Seperti Mak Lom Mendapat Bunga

Image
Assalamu’alaikum. Ada pepatah baru kot hari Jumaat lepas, iaitu ‘Seperti Mak Lom Mendapat Bunga’. Hahhah! Terkejut gila aku dapat surprise daripada budak2 kat ofis, kan main dorang buat pakatan harapan kat belakang, ya?  Mana tak terkejut, dah lambat bebenor lagi birthday aku, siap menyelinap keluar dan bunyikan loceng ofis, panggil aku sign delivery bagai. Menjerit Mak Lom depan pintu, ciss! Wa Kena, Beb! Kena big time punya!    Dah berzaman aku tinggal musim dapat bunga segala, bagi bunga pun masa konvo adik2 je. Dulu siap kasi warning kat suami, udah2 ler buat bunga delivery hantar kat ofis, aku segan orang sibuk menyakat. Dah la kami menyewa kat serviced office tahun-tahun pertama bukak firm dulu, memang jenuh orang duk sengih-sengih ucap tahniah segala. Aku mana boleh gitu, kurang gemar. Low-profile la katanya. Tapi sepanjang hayat ni, baru pertama kali dapat surprise macam ni punya comel. Budak2 ni aku dah anggap macam family sendiri, memang hari2 ketawa bersama, me...

Adik Dah Masuk Dunia Hitam Putih

Image
Assalamu’alaikum. Adik bongsu aku dah rasmi jadi lawyer minggu lepas, elok sangatlah tu.. sempurna sudah impian arwah ayah, Alhamdulillah. Sama je nasib macam aku, dia bukan minat pun nak ambik law dan tak beriya nak praktis, cuma taat dan patuh pada permintaan ayahanda. Gitu la dik, takpe, kakak ada... itulah yang aku janji kat dia dulu-dulu, lepas SPM. Seronok tengok dia akhirnya happy dan pasrah dengan suratan takdir. Kakak ni biasalah, sentiasa ada untuk adik-adik, selagi hayat dikandung badan. Jadi, masa dia diterima masuk dan didaftarai di Mahkamah Tinggi Malaya, aku tampil menjadi 'mover' dia. Buat pertama kali dalam sejarah amalan guamanku, aku bersetuju untuk jadi 'mover' sebab takde senior lawyer lain yang free masa tu. Hehehe, kalau tidak memang takde nya aku sanggup. Mana boleh, hati tisu macam aku ni karang buat drama air mata pulak masa baca teks ucapan yang disediakan oleh Pempetisyen. Dah warning siap-siap, "Adik jangan tulis sedih-sedih, mal...

Raya Awal Nampak?

Image
Assalamu’alaikum. Wah.. sungguh best takde air lama-lama ni, kan? Kulit pun dah jadi terlebih mulus duk mandi air tadah. Nasib ler dah jenis kulit sensitif, kenn? Masa ni baru reti nak hargai nikmatnya air yang mencurah-curah bila bukak paip. Biasa la kan, lumrah manusia memang begitu, dah hilang nikmat baru reti bahasa. Aku tak terkecuali, nama pun insan. Tapi semua tu tak menghalangku daripada bergaya irama Malaysia hari ni, terus pakai baju yang baru dapat daripada tailor malam semalam. Kain ni P.A aku si Tikah yang bagi, lip lap semacam je.. berbatu-batu gitieww..! Lawa naw2 bila dah jadi baju, ko rasa? Dalam gambar tak nampak, tapi ukurannya lebih seinci ni daripada badanku. Tailor baru ni, dia belum biasa dengan ukuran aku.. hari tu masa buat plain saree kaler hijau dah jadi sekali. Pegi ukur badan sendiri depan dia, senang nak repair apa yang patut. Dah sekarang balik asal pulak ukurannya, macam tak pernah ukur inci demi inci badanku ini. Hurmm... jenuh nak kena hantar semula ka...

Jumaat Pertama Februari 2018

Image
Assalamu’alaikum. Semalam hari yang agak perlahan, entah la sejak fenomena Super Blue Blood Moon 31hb Januari lepas, waktu seolah-olah bergerak perlahan. Dengar cerita, terusan Venice jadi kering, betul ke? Yang pasti, memang haus dan dahaga sepanjang hari, terasa kering lain macam je cuaca. Kecuali masa hujan la, kan? Awal aku sampai ofis, sebab jalan pergi dan balik ke Gombak clear lebih daripada biasa, mungkin banyak pihak yang sambung cuti direct sampai hujung minggu. Biasanya hantar anak je mesti sesak, sampai rumah dalam 8.30am gitu. Ofis depan aku pun tutup, alang2 gamaknya nak bukak hari Jumaat. Tapi aku bukak, takde makna nak sambung-sambung cuti bagai, bukannya raya puasa pun.  Masa nak turun ambik anak jam 1.30pm, aku dapat hadiah kain pasang bertatahkan batu permata: liplap liplap merelit merecik kebaboom! P.A aku bagi, ofis suaminya borong pukal dan ada lebih dua pasang; satu bagi aku, satu lagi dia punya. Hurmm... rezeki kasih sayang namanya ni, alhamdulillah... ingat...

Jumaat Yang Basah

Image
Assalamu’alaikum. Minggu kedua tahun baru dengan rasminya dah berlalu pergi, kejap je. Jumaat memang hari yang sangat singkat, terkejar-kejar pun ada jugak. Aku sampai ofis pun dah jam 10 lebih, ada berapa jam je sebelum turun ambik anak lunchtime. Hujan tak berhenti dari awal pagi, dah seminggu macam ni cuaca. Nasib baik tak lebat sepanjang hari, kalau tidak mau tenggelam Lembah Kelang. Hari ni aku pakai warna lembut, secara tak langsung mempengaruhi pembawaan jiwa. Pasang OST Winter Sonata dan orang datang nak jumpa Pesuruhjaya Sumpah terikut-ikut bercakap dengan nada bass no treble. Gitieww... Aku turun ke Gombak dalam jam 1.15pm lebih kurang, saja bawak pelan2 ikut MRR2 tak nak kasi cepat sangat sampai. Pagi masa hantar anak pun lalu ikut MRR2 sejak tiga empat hari ni, dan hampir setiap hari ada accident. Siap ada kereta terbalik dan lori terbakar, pergh... sungguh tragis! Terkebil-kebil aku tengok api yang marak dan asap hitam berkepuk-kepuk tepi jalan, macam dalam movie pulak....

Set Sofa Untuk Dijual

Image
Assalamu'alaikum. Awal tahun 2016 aku ada post pasal sofa make-over kat SINI , kalau korang follow blog ni mesti pernah terbaca, masa tu masih belum masuk rumah baru. Sofa ni asalnya aku nak hantar balik kampung, alang-alang mak nak buat homestay, biarlah ada manfaat menda alah ni. Tapi memandangkan nak menghala ke Terengganu sana bukanlah dekat, lebih baik aku jual je sofa ni sekali dengan meja kopi, kot la ada yang berminat nak beli.      Kenapa tak simpan je, menda elok lagi, mungkin ada orang tanya macam tu, kan? Sebabnya, tak sesuai dengan deko rumah ni... dah pulak makan space, makin tambah kecik jadinya ruang family yang entah bila nak ada bajet untuk aku siapkan. Bila dah takde sofa dengan meja kayu ni, bolehlah aku start pelan-pelan ganti dengan apa menda yang patut dan perlu, supaya serasi dengan konsep semasa.  Dalam ketiga-tiga sofa ni, yang kat bawah ni aje ada orang duduk hari-hari, tempat adik bongsu aku study dan buat kerja, dari masa...

Kuman Yang Jahat

Image
Assalamu’alaikum. Amboi, seronok nampak bermalas-malasan kat rumah, ye la.. hari minggu, ya? Aku hari ni rasa sihat sket, duk penat lebih seminggu dah. Multitasking antara kerja dengan hantar-ambik anak sekolah, sampai tak sedar yang menggerakkan jasad ini adalah semangat semata2. Balik kerja hari Khamis baru2 ni dah dekat nak Maghrib, duduk kejap je azan pun berkumandang. Lepas solat tu aku tetiba rasa sesak nafas, sikit lagi nak panik. Tak sempat nak bagitau sesiapa, aku bawak kereta kejap pergi klinik, yang memang tak pernah tak ramai orang. Cuma kali ni Alhamdulillah takde la sampai padat klinik tu, kena tunggu lebih kurang 15 minit je sebelum nombor giliran aku terpampang di skrin.  Bila doktor lama bebenor duk suruh aku hembus tarik nafas, diam je tak macam biasa, aku dah suspect ada menda tak kena. Masa tu aku takde la pakai tebal pun, lapik sehelai cardigan atas tshirt lengan panjang je. Doktor mintak cardigan tu dibuka, diulangnya sekali lagi prosedur. Lepas tu baru dia ba...