Posts

Showing posts with the label FAMILY DAY

Hujung Minggu Di Midvalley

Image
Assalamu’alaikum. Minggu lepas kami bertiga naik grab ke Mid Valley, kena panggil kereta 6-seaters ya kawan-kawan. Masa PKPB kita tak boleh naik grab lebih daripada 2 orang, kecuali kalau kereta yang jenis 6-seaters. Ingat lagi dulu terpaksa burn duit sebab tak boleh naik bertiga nak pergi outing, tapi masa tu tak tau pulak ada exception kepada general rule. Sekarang dah tau senang la nak rancang perjalanan. Kenapa sampai ke Mid Valley kami pergi, jauh tu dari tempat lepak biasa? Sebabnya anak bertuah nak tengok movie anime pujaan dia: Demon Slayer DAN nak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Nampak tak betapa specific nya permintaan dia? Kami kena cari Golden Screen Cinema yang ada outlet Madam Kwan’s, ko rasa? Maka demikianlah kami tercampak ke Bangsar sana, walaupun ada je tempat dekat setakat nak layan movie.  Zaman anak bertuah kecik dulu, ofis kami di kawasan Pavilion sana, memang selalu lepak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Takde nya pernah dia order makanan lain kalau singgah si...

Awal & Akhir : Satu Kesan Abadi

Image
Assalamu’alaikum. Samada satu suratan ataupun kebetulan, hanya anak sulung dan bongsu yang akhirnya mengadakan majlis kenduri kahwin di rumah Terengganu. Anak kedua majlis resepsinya di Temerloh dan anak ketiga di Taman Setiawangsa. Nampak gayanya anak keempat kalau pun terbuka hati nak menamatkan zaman solo, besar kemungkinan majlis resepsi bukanlah di Terengganu. Sekarang pun dia dah berbahagia di United Kingdom, entah nak balik Malaya entahkan tidak... Kami takde warna tema, kombinasi warna pelangi, mungkin? Korum pun tak cukup, isteri Apih menunggu hari nak bersalin anak kedua, jadi dorang memilih untuk tidak memandu 6 jam dari KL ke Terengganu. Isteri Mi pun menunggu hari, cuma due masih lambat dan memang nak bersalin di Terengganu. Demikian pun, kemeriahan majlis di kampung masih terasa dengan kelainan yang luar biasa: siap dengan pengimbas suhu, kaunter saringan diawasi abang-abang RELA dan pelayan-pelayan sado dari Primula Hotel bertugas sepanjang majlis. Koleksi gambar yang fo...

Sehari di Cameron Highlands

Image
Assalamu'alaikum. Lama dah tak jenguk Cameron Highlands, last sekali naik ke sana masa anak kecik lagi, rasanya dalam 4 tahun kot umur dia masa tu. Mak pun duk sebut nak pergi CH dah macam zikir, takde kesempatan aku nak bawak, mostly sebab kesihatannya yang tak mengizinkan... asyik duk ada kuman dalam paru2, batuk berpanjangan dan mengah toksah cerita la kan. Lepas cuti Deepavali baru2 ni aku buat keputusan impromptu tempah homestay semalaman dan ajak adik2 yang mana nak ikut. Tak kuasa aku tunggu semua orang free, entah zaman bila nak sampai CH mak aku tu. Dah la harap kat aku je sorang yang plan, makanya terpaksa la aku ikut cara dah masa sendiri. Nak ikut, silakan, tak nak sudah. With or without you, this ship is sailing. Masa kami pergi tu jalan takde la sendat padat sebabnya hari Rabu, cuma tak merasa la bonda ke Pasar Malam yang hanya ada setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Elok macam tu daripada buang masa makan jem dalam kereta 4, 5 jam, betul tak?  ...

Panggilan Pulau Perhentian : Versi Kumpulan

Image
Assalamualaikum. Sejak jatuh cinta pandang pertama saat menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian Kecil beberapa tahun lepas, aku memang dah bertekad nak berkunjung lagi dan lagi ke sana. Siapa sangka kali ni kami bukan saja bertiga, tapi bersembilan belas sekaligus, ambik ko! Dan yang pasti, ini bukanlah yang terakhir... aku nak pergi lagi, panjang umur murah rezeki. Takde maknanya nak pergi Phuket dah sejak kenal Perhentian. Aku tak minat snorkeling pun, tapi lebih kepada menikmati keindahan suasana dan kedamaian persekitarannya. Anak dan suami memang kaki snorkeling, jenuh ler nak tengok terumbu karang, ikan nemo, penyu, anak jerung bagai. Aku takde hal, dalam TV boleh je tengok... gitieww. Hahah. Tapi aku suka je berendam dalam air laut tu kat gigi-gigi, persisiran pantai sementara menunggu dorang menghitamkan kulit kat tengah laut. Pergi kali ni sebab beramai-ramai kan, takde masa nak layan jiwang dan mengarang puisi segala. Layan anak-anak staff sudah ler, kasi chance mak b...