Posts

Showing posts from October, 2021

Sepagi Di Hospital ENT

Image
Assalamu’alaikum. Apa khabar korang semua? Semoga sihat walafiat hendaknya tapi kalau diuji dengan apa jua bentuk kesakitan, semoga dipermudahkan segala urusan. Entry kali ni aku kongsikan hari anak semata wayang buat rawatan telinga di hospital pakar telinga, hidung dan tekak (ENT singkatan medikal yang digunapakai kebiasaannya). Sejarah rawatan budak bertuah ni bermula dari dia belum masuk sekolah rendah, tak silap aku. Sejenis yang tak jadi takat jenguk doktor harian di klinik kesihatan, terpaksa jumpa pakar bidang ENT. Paling lama tahan tak pergi, dalam tempoh 3 tahun setakat ni. Pakar explain sebab jadi macam tu, saluran telinga dia jauh lebih kecil daripada kita semua dan akan selalu berulang kejadian telinga tersumbat. 3 tahun lepas lagi teruk dia sakit berdengung bagai, sebabnya duk snorkeling kat Pulau Perhentian. Kesian dia, dah la kami selalu sangat lompat dari satu pulau ke pulau yang lain sejak azali. Masa zaman cakap pelat dulu siap bengkak bernanah-nanah telinga dia, mum

WW ~ Watching Eyes

Image
I’ll be watching you, even from the skies above. Much love,  Mom.  

Rentas Negeri Rasmi

Image
Assalamu’alaikum. Bukan sekejap kita semua terkurung tak dibenarkan rentas negeri, rindu pada keluarga nan jauh di mata tak boleh nak cakap la kan? Bagi yang duduk dekat-dekat tak pe la, syukur pada yang Maha Esa atas rezeki yang diberi percuma. Sebelum ni jenuh berkokok atas pokok rindukan mak ayah di kampung, bila rentas negeri rasmi dibenarkan, ada yang sibuk pakat pergi bercuti dulu. Eh jangan la gitu kan? Utamakan yang wajib, baru buat yang sunat. Macam tak berbaloi je duk canang selama ni rindu bagai, betul tak?  Makanya, kita balik kampung dulu seperti selayaknya kerinduan yang berpasak dalam jiwa nan sengsara. Hala ke Pantai Timur kita singgah beli kopi buat bekal tongkat mata, teman drebar kat sebelah. Kesian dia drive sorang-sorang nanti kita layan ngantuk diulit mimpi bulan bintang. Ah gitu! Oh ya, kalau sejenis suka kopi Starbucks, jangan lupa bawak tumbler keluaran dorang untuk dapatkan diskaun RM2 setiap pembelian. Lagipun kan best minum kopi yang kekal panas dan suam lep

Cold Brew Coffee

Image
Assalamu’alaikum. Korang apa khabar? Lama aku tak update blog ni kan? Makin jauh je langkau masa dari satu entry ke satu entry yang lain, maklum la zaman teknologi media sosial bergambar membuatkan kita malas nak berceloteh panjang. Tapi itu bukanlah alasan untuk aku terus menyepikan diri dari dunia blog, memang tak ar.. Kali ni aku nak kongsi minat terbaru dalam cerita tentang kopi: Cold Brew Coffee. Macam namanya jugak, cara pembikinan kopi ini adalah menggunakan air sejuk. Bukan ais, tapi air masak bersuhu bilik dan sudah pasti bukanlah air panas mendidih mahupun air suam-suam kuku. Panas sangat cuaca ni rasa nak minum kopi sejuk pulak, maka dengan itu aku buat perubahan sikit dengan menceburi bidang kopi sebegini. Cara penyediaan macam ni jauh lagi sedap rasanya berbanding dengan guna air panas kemudian letak ais. Senang cerita, lebih mesra di hujung lidah menyelusuri tekak, begitu ya.. kena cuba sendiri baru paham maksud aku.  Aku guna kopi jenama Mister yang memang dah sedia diki

Berani Dine-In Ya?

Image
Assalamu’alaikum. Korang dah berani dine-in, ya? Kami belum lagi, takat masuk kedai tapau bawak balik boleh la. Gambar ni masa minggu bila entah aku singgah tapau java chip dengan mocha frap (dengan whipped cream, of kos!) kat Starbucks. Masa aku pergi tu tak berapa ramai sangat orang dalam kedai, mungkin sebab bukan waktu puncak sebelum asar gitu.  Hari ni selepas sekian lamanya, aku lepak dalam tempat yang sama disebabkan ada orang nak ambik consultation segala bagai, biasalah berebut anak dan apa yang boleh direbut lagi.  Takde pulak aku ambik gambar tadi, aish..! Lepas settle bekerja (bagi consultation tu kerja la, betul tak?) sehabis baik, aku pergi cari sandal baru nak kasi bonda. 10hb Oktober (Ahad) nanti birthday dia, tapi aku balik rumah terus bagi kotak suruh dia bukak dan try. Dia tanya kenapa tak tunggu Ahad? Aku jawab, kita tak tau bila kita nak pergi tinggalkan dunia. Tak payah nak tunggu-tunggu, ada hadiah terus bagi. Ada nak bagitau, terus cakap. Apa ada hal nak postpon

Perlu, Beli & Guna Pakai

Image
Assalamu’alaikum. Dalam masa hampir dua tahun kita diselubungi pandemik tentera mikro bernama COVID-19, kebanyakan masa memang berada di rumah. Tak kisahlah dah masuk fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekalipun, sesetengah daripada kita kekal bekerja dari rumah. Contoh, bukan semua Mahkamah Shariah daerah ataupun negeri dah mulakan kes bersemuka secara fizikal. Sebutan atau perbicaraan secara maya masih lagi giat dijalankan, yang mana pihak-pihak takkan mampu menjadikan alasan jarak sebagai penghalang. Kecuali la memang tinggal di pedalaman yang takde signal 3G, apatah lagi 4G mahupun 5G. Kiranya siapa yang duk baca entry ni tak termasuk la dalam kategori pedalaman itu tadi, kan? Disebabkan selalu berada di rumah 24 jam 7 hari seminggu, maka giatlah jari jemari menekan butang beli kat Shopee. Itu aku, korang aku tak tau. Cuma apa yang dibeli takde satu pun yang tak digunapakai dengan penuh dedikasi. Sebab tu kena betul-betul perlu baru beli, kawan-kawanku sekalian! Gambar paling atas