Posts

Showing posts with the label JEJAK EROPAH

WW ~ Keep Me Warm

Image
Night and Day ~ Nai at Tak Pe Je. 

Beg Galas Pilihan Untuk Kembara

Image
Assalamu'alaikum. Aku biasanya suka bawak crossbody bag kalau pergi berjalan, lagi ringan lagi best nak berlama-lama atas bahu. Jenis bawak segala macam mak nenek,  memang tak boleh nak guna beg saiz kecik,  tapi takde la sampai gedabak lain macam. Kalau nak guna saiz kecik macam Pochette Metis,  aku akan pastikan letak dalam beg besar untuk standby pakai bila dah sampai ke destinasi. Tapi kali ni aku pilih nak bawak beg sederhana besar, yang bernama Alma PM. Selama ni kelek kulu kilir pergi kerja,  dah jadi beg harian pulak,  sebab ringan dan praktikal.  Alma adalah keluaran LV yang takde disediakan tali kecuali bagi saiz mini yang khusus untuk crossbody, tapi ada ruang khas di kedua-dua belah pemegang untuk kita lekatkan tali. Ada masanya aku akan gunakan tali dari koleksi Speedy B,  tapi kebanyakan masanya,  aku lebih gemar guna tali yang aku beli kat Shopee tahun lepas. Sangat ringan dan selesa walaupun tergantung lama kat bahu. ...

WW ~ OOTD Post : Jeans, Sweater, Jacket & Sneakers

Image
Assalamu'alaikum. Here's my travel 'cozy' way of dressing. A staple in the closet of most Malaysian hijabis.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Jean Ballard, Marseilles

Image
Assalamu'alaikum. Sebenarnya kalau nak menjejakkan kaki ke Eropah bagi yang tak berapa kukuh bajet, boleh sangat. Menabung dan berdikit-dikit saban tahun memenuhi tabung percutian, pelan dan tindakan haruslah selari. Kita pilih tempat tinggal dan syarikat penerbangan tambang murah, bawak bahan-bahan kering untuk masak di rumah, menapak selagi boleh ke sana ke mari. Boleh je kalau betul-betul mau, cuma perlu bijaksana bijaksini, hati mesti bersih dan jangan cuma sibuk hasad dengki melihat kegembiraan orang lain. Macam kami bertiga begitulah kekdahnya, 5 tahun ambik masa nak kumpul bajet dan siapkan apa yang patut, selesaikan dulu mana yang afdal.  Tiket ke London kan dah tak keluar belanja, redeem guna Enrich points, bayar cuma airport tax. Jadi, penuhkan lagi tabung untuk biayai perjalanan ke tempat-tempat lain dua malam setiap bandar. Takkan la 5 tahun tak sempat cukup, lagi pulak ambik masa setahun dari tempoh perjalanan, dari tarikh tiket redemption. Pelan-pelan kayuh, ada 12...